CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peguam tidak lagi mewakili ibu bapa Zayn Rayyan

4-6-2024 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23781| Komen: 122


Petaling Jaya: Peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang kini ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mewakili mereka bermula hari ini.

Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Saya berdoa supaya perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.

"Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama," katanya.

Sebelum ini, Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, ibu bapa kanak-kanak terbabit direman seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 9 malam 6 Disember lalu.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sehari sebelum itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.30 petang oleh keluarganya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acik2kepam 4-6-2024 09:43 AM
Lain kali boleh tak jgn kecoh2 kat fb
Akak cam pelik skit bila loyer pun duk cite mcm2 kat fb siap komen kalau salah dia akan tarik diri
Jadi skrg ni mmg dah didapati bersalah ke?
Tp ko bg alasan lain plak tarik diri atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.
Quote lasagna 4-6-2024 09:52 AM
adooiiii ni plot twist cite korea apa lagi plak ni..
aritu polis dah reman parents arwah, ni lawyer plak..
suspen btul kes ni!
Quote cantthinkofany 4-6-2024 09:57 AM
parents dia ke yg terbabit ni???
Quote noor2 4-6-2024 09:59 AM
Acik2kepam replied at 4-6-2024 09:43 AM
Lain kali boleh tak jgn kecoh2 kat fb
Akak cam pelik skit bila loyer pun duk cite mcm2 kat fb siap k ...

Loyer pun manusia biasa..ada cerdik..ada x cerdik
.eh mana boleh x cerdik...bukan senang nk jd loyer kena keputusan cemerlang....hehe
Quote Manusiabesa 4-6-2024 10:00 AM
Acik2kepam replied at 4-6-2024 09:43 AM
Lain kali boleh tak jgn kecoh2 kat fb
Akak cam pelik skit bila loyer pun duk cite mcm2 kat fb siap k ...

Wei acik kepam. Dia main fb dia tu dia punya pasal. 1st skli hritu wrtawan yg p iv dia dpn pintu mhkamah. Since dia mmg lawyer yg pemes, byk viewers, likers, followers, mmg isu jd gempak. Sama gak mcm lawyer benun haritu. Pemes tu dtg sndiri naturally. Hg p lani kt fb wall dia , dia tulis smua menda yg common. Wall masing2 penulisan masing2. Hg p bca wall seorg pilot, dia akn ulas bab air turbulence.  Dh mahmud jumaat ni lawyer, dia tulis ttg job scope dia. Smbil2 dia promote firm guaman dia. Apa salah dia kt situ wahai acik kepam? Klu diri tu kepam, xsgka ek otak pun kepam. Bawa2 la sental dgn clorox apa2 yg kepam !!!!
Quote Manusiabesa 4-6-2024 10:02 AM
noor2 replied at 4-6-2024 09:59 AM
Loyer pun manusia biasa..ada cerdik..ada x cerdik
.eh mana boleh x cerdik...bukan senang nk jd loy ...

Kan. Ngaji bkn senang. Yg dok byk komplen tu rasanya ngaji takat pmr je. Upss zmn mkcik2 tu nama srp.. pehtu main sosmed pun malfunction.  Jenih mata dh rabun otak dh blurr ingt x ingt pstu nk salahkan mahmud jumaat pulak. Dh la mahmud tu herlokkkss. Aku selek ni mmg bengang org marah kt abam herlokssss
Quote ina_na 4-6-2024 10:02 AM
Btl2 ke uolsss loyer tarik diri... X sabar ni nk tau kisah sebenar
Quote makita 4-6-2024 10:04 AM
Acik2kepam replied at 4-6-2024 09:43 AM
Lain kali boleh tak jgn kecoh2 kat fb
Akak cam pelik skit bila loyer pun duk cite mcm2 kat fb siap k ...

Ha kan..patut diam2 je dulu sampai kes selesai baru nak nak ulas2. Siap dah bg stetement kalau mak pak zayn terlibat dia akan tarik diri. Nampak la dia ni nak cari publisiti. Meols harap cepatlah settle kes ni. Meols syak mmg Zayn ni ada org lama plan nak lenyapkan dia. Satu sbb tercepat lahir dari tarikh sepatutnya. Kedua, dah lah tercepat lahir..autisme pulak. Jadi dah mcm unwanted child.
Quote prince_marhaen 4-6-2024 10:04 AM
Acik2kepam: Lain kali boleh tak jgn kecoh2 kat fbAkak cam pelik skit bila loyer pun duk cite mcm2 kat fb siap komen kalau salah dia akan tarik diriJadi skrg ni mm ...


khenss.... walhal dia yang asyik post itu ini kat social media, lepas tu jangan bagi spekulasi jangan bagi spekulasi, kes tengah berjalan pun asyik post2 gambar dia yang masuk suratkhabar... apooo nokkk???



Quote miss_perfect 4-6-2024 10:04 AM
Edited by miss_perfect at 4-6-2024 10:08 AM
Acik2kepam: Lain kali boleh tak jgn kecoh2 ...


Itu la kan... Dah dia sendiri mengaku akan tarik diri kalau client dia salah.

Peguam yg profesional patut diam je, tak payah update apa2 pasal kes yang diwakili. Tulis general je.
Quote lolipopmanish 4-6-2024 10:09 AM
Wow! Loyer tarik diri pulakkk

Quote meteorspeed 4-6-2024 10:09 AM
Uih tak silap aku baca dlm fb kalu parent tur terlibat dia akan tarik diri. Bau bau ikan plop aku rasa
Quote Acik2kepam 4-6-2024 10:09 AM
noor2 replied at 4-6-2024 09:59 AM
Loyer pun manusia biasa..ada cerdik..ada x cerdik
.eh mana boleh x cerdik...bukan senang nk jd loy ...

Yg akak tau loyer ni biasanya dr aliran sastera
Cerdik tak cerdik akak taktau la yg penting terer berdebat berhujah
Sbb tu la ramai yg jadi ahli politik hihi
Quote Manusiabesa 4-6-2024 10:12 AM
makita replied at 4-6-2024 10:04 AM
Ha kan..patut diam2 je dulu sampai kes selesai baru nak nak ulas2. Siap dah bg stetement kalau mak ...

Nikah jun. Lahir feb next year. Ok cukup je timing. Klu 30weeks pun even bby prem, ramai je lahir. Ni 8bulan, ok je. Anak sulung xcukup 9bulan xsmua ALN. Prem pun leh jdi. Jgn buat apa2 speku tkut jd fitnah dosa xlarat beli kneepad.

Tajuk utama skrg tjuk siapa pembunuh bkn nk siasat anak dlm ka luaq nikah.
Quote fattymah 4-6-2024 10:13 AM
Yg pompuan dengan hat ni sama pesen je.. iols ingat cam loyer pichay ke apa nama yg botak tu... Heols bagus explain satu2 issue.. takat bagi ucapan jangan speculate benda arrr.. semua ikut template fahmi fazil... ramai pulak puji... Pfffrrttt
Quote noor2 4-6-2024 10:17 AM
Acik2kepam replied at 4-6-2024 10:09 AM
Yg akak tau loyer ni biasanya dr aliran sastera
Cerdik tak cerdik akak taktau la yg penting terer ...

Oh hihi...tp kan Acik...ai yakin loyer ni mmg dah dpt tahu dan yakin akan sesuatu..tu sb dulu dia ada sebut x kan wakilkan dah mak pak arwah jika mereka tu bersalah..
Quote Acik2kepam 4-6-2024 10:18 AM
Edited by Acik2kepam at 4-6-2024 10:38 AM
makita replied at 4-6-2024 10:04 AM
Ha kan..patut diam2 je dulu sampai kes selesai baru nak nak ulas2. Siap dah bg stetement kalau mak ...


Itulah rasanya tak semua loyer gini kan
Dulu si siah pun suka gak cite pasal kes dia kat fb
Akak rasa cam tak sssuai je bila dorang ni bincang ngn netizen tentang kes yg dia tgh wakili kat socmed.
Ada sorang tu dia peguam sorang retis yg skrg tgh dibenci netizen
Tp dia diam je takde tulis apa2 pasal kes dia kat socmed padahal dia pun content creator yg dikenali juga.

Quote Lampuled 4-6-2024 10:19 AM
Dalam rancak² dkt fb dia tetiba tarik diri. Risau nk komen sbb hr tu dia warning siap screenshot netizen yg buat specu. Hujung² dia plak buat tindakan drastiic gini. Kalau dia tak ulas masa mula² parent kena tahan hr tu iolls pun tak tahu dia loyer kpd parent zynn ni.
Sejak ikut kes ni drp thread dulu then smpai ke thread ni, Setiap thread drp 1st page ke last pages membuatkan i impressed juga dgn pembunuh tu sbb kejanya kemas, bersih dan teliti betul. Mcm professional betul.
Quote Acik2kepam 4-6-2024 10:31 AM
Manusiabesa replied at 4-6-2024 10:00 AM
Wei acik kepam. Dia main fb dia tu dia punya pasal. 1st skli hritu wrtawan yg p iv dia dpn pintu m ...

Laah akak tau la dia loyer yg dikenali
Dia nak cite pasal undang2 ke apa kat socmed dia gasaklah .

Cumanya tak perlulah ulas beria sgt kes yg dia sedang wakili, cukup bg kenyataan yg general.
Walhal sblm tu dia asik duk ingatkan netizen jgn spekulasi itu ini.
Kalau dia bukan peguam bela kes ni tu ok je dia nak ulas apa2 pun nk ckp gitu gini.
Bagi akak dia ni salah amik kes jer,kes ni mendapat perhatian rakyat  tp yela dah nama pun peguam bela mmg la akan amik kes tuk membela pesalah.
Kalau pesalah tu disokong netizen ko selamat drpd dikecam tp kalau pesalah tu dibenci netizen loyer pun akan dapat tempias sekali.


Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.044917 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top