COPENHAGEN: Sebuah gunung berapi di barat daya Iceland meletus hari ini, letusan kelima sejak Disember lalu. Ledakan itu berlaku ketika satu lagi letusan di semenanjung Reykjanes baru-baru ini berakhir selepas memuntahkan batu cair selama hampir lapan minggu. Pihak berkuasa telah memberi amaran mengenai risiko aktiviti gunung berapi di kawasan selatan ibu kota Reykjavik kerana kajian menunjukkan terdapat magma terkumpul di bawah tanah. Kejadian letusan itu memberi tekanan dan cabaran kepada negara pulau yang mempunyai hampir 400,000 penduduk itu, ketika saintis memberi amaran bahawa letusan boleh berlaku berulang kali di Reykjanes selama beberapa dekad atau malah berabad lamanya. Letusan itu adalah yang kelapan di semenanjung, tempat tinggal bagi kira-kira 30,000 penduduk, sejak tahun 2021 apabila sistem geologi yang telah tidak aktif selama kira-kira 800 tahun kembali aktif.
Kejadian terdahulu telah mengganggu pemanasan daerah, menutup jalan utama, dan malah meratakan beberapa rumah di bandar nelayan Grindavik, di mana hanya beberapa penduduk yang kembali sejak itu. Dalam usaha untuk mengelakkan kerosakan, penghalang buatan manusia telah dibina untuk mengalihkan lava dari infrastruktur termasuk loji janakuasa geoterma Svartsengi, spa luar Blue Lagoon dan Grindavik. Penduduk Iceland sering merujuk negara mereka sebagai "Tanah Api dan Ais" sebagai penghormatan kepada landskap dunia lain yang ditempa oleh glasier dan gunung berapi yang terletak di antara plat tektonik Eurasia dan Amerika Utara, menjadikannya sarang seismik. Walaupun letusan pada tahun 2010 di bahagian lain Iceland menyebabkan kira-kira 100,000 penerbangan antarabangsa terhenti disebabkan oleh awan abu yang besar, Reykjanes biasanya menjadi tempat keluaran rekahan yang tidak mencapai stratosfera. - REUTERS Sumber : Berita Harian |
airfilterkotor replied at 30-5-2024 10:17 PM
sharlenetexas replied at 30-5-2024 10:50 PM
Sape yg bagi nama ni?
Nowa danish sempat photoshoot kat iceland utk promo baju raya owl.
ADVERTISEMENT