CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajinomoto rekod keuntungan lebih besar RM401.42 juta

30-5-2024 04:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14545| Komen: 31


KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Ajinomoto (Malaysia) Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 melonjak kepada RM401.42 juta daripada RM27.49 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Perolehan meningkat kepada RM636.45 juta daripada RM603.75 juta sebelumnya berikutan peningkatan hasil daripada segmen perniagaan pengguna dan perniagaan industri.

Syarikat itu berkata dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini bahawa pendapatan suku keempat turun kepada RM152.7 juta berbanding RM157.9 juta pada suku yang sama tahun lalu.

"Perolehan segmen perniagaan pengguna pada suku semasa ialah RM116.1 juta berbanding pendapatan RM122.1 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu disebabkan volum jualan Aji-no-moto yang lebih rendah dalam pasaran domestik dan eksport," katanya.

Bagaimanapun, syarikat itu berkata, pendapatan segmen perniagaan industri lebih tinggi pada suku semasa sebanyak RM36.6 juta berbanding pendapatan RM35.8 juta pada suku yang sama tahun lalu, disumbangkan oleh volum jualan produk perasa industri yang lebih tinggi.



Syarikat mencatatkan keuntungan sebanyak RM391.4 juta daripada pelupusan aset yang dipegang untuk jualan pada suku semasa.

Mengenai prospek, Ajinomoto berkata tekanan ekonomi akibat konflik geopolitik terus memberi kesan ke atas kos import dan margin keuntungannya, justeru ia akan memantau dan mengkaji dengan teliti impak kepada perniagaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengekalkan margin dan keuntungan.

Sementara itu, ia menambah bahawa seperti yang diumumkan pada 2 Mei 2024, pengarah mengisytiharkan dividen satu peringkat khas sekali bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 sebanyak RM2.12 sesaham biasa, dengan jumlah dividen yang perlu dibayar sebanyak RM128,892,892.

Tarikh pembayaran dividen satu peringkat khas sekali ialah 30 Mei 2024.

Sumber -BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 30-5-2024 06:33 AM
Sebab itu makanan malaysia sedap-sedap.
Quote adm7 30-5-2024 06:50 AM
Lps tu salahkan vaksin ye tak?
Quote zehra2 30-5-2024 07:03 AM
tu sebab jgn selalu makan kat luar. separuh botol bubuh aji. gula lagi..
baik masak sendiri
Quote A-Are 30-5-2024 07:54 AM
untuk makluman, tiada scientifically proven pon yg mengatakan aji no moto ni memberi kesan teruk pada kesihatan...cumanya jangan lah ambik berlebihan...sam ajela macam gula atau garam...byk sgt ambik jd penyakit tiga serangkai..
Quote Gingerly 30-5-2024 09:44 AM
Uawlz makan msg ni tak gugur rambut kew.. Benda ni ada chemical buat ketagih makan. Rosak hormon
Quote dua_chzy 30-5-2024 09:49 AM
adm7 replied at 29-5-2024 10:50 PM
Lps tu salahkan vaksin ye tak?

Kalau yang mati terus lepas vax tu salah ajinomoto salah pemakanan juga ke?
Quote sayurmayur88 30-5-2024 10:14 AM
sedap kot.. iolls masak memang kena ada benda alah ni, n rambut iolls tak gugo pon..makin lebat jer
Quote jihyomelly 30-5-2024 10:19 AM
peniaga2 byk guna pak aji ni..rumah iols xde pak aji..actually ikut tekak memasing la stengah suka stengah xleh…xde halangan pun
Quote anony-mous 30-5-2024 10:46 AM
dua_chzy replied at 30-5-2024 09:49 AM
Kalau yang mati terus lepas vax tu salah ajinomoto salah pemakanan juga ke?

Entah la puak2 penyembah vaksin ni, pfizer n AZ dah keluarkan kenyataan siap minta maaf lg masih in denial. Mgkin slh vaksin jgk otak dah xboleh berfikir
Quote midori888 30-5-2024 10:53 AM
wahhh...dulu kawan meols ada beli saham Aji nie, he makes lots of money from it...
Quote supernaturalee 30-5-2024 10:57 AM
x tahan dah pak aji ni
bikin sakit kepala

Quote ultra78 30-5-2024 11:40 AM
A-Are replied at 30-5-2024 07:54 AM
untuk makluman, tiada scientifically proven pon yg mengatakan aji no moto ni memberi kesan teruk pad ...

Benar. Penggunaan MSG sebenarnya boleh kurangkan penggunaan garam dalam masakan.
Quote A-Are 30-5-2024 11:44 AM
ultra78 replied at 30-5-2024 11:40 AM
Benar. Penggunaan MSG sebenarnya boleh kurangkan penggunaan garam dalam masakan.

rasa umami tu yang buat sedap...org jepun lah byk panjang umur..tp tulah makan kena berpada, jangan sesenduk plak letak aji dlm masakan..nama pon secukup rasa...
Quote Carcosa 30-5-2024 10:56 PM
Meols mmg suka aji ni. Sebab membuatkan meols fefeling meols pandai masak
Yelah rasa sedapppp je semua meols buat.m
Tapi haus tekak ya amaatttt lepas tu. Korang sama tak? Kalau meols tak letak aji, rileks je tak haus
Quote Decaffeinated 30-5-2024 10:59 PM
Bisnes MSG ja boleh untung macam ni. Apa lagi product company ni ya, ada ka?
Quote Mamidingdong 30-5-2024 11:31 PM
midori888 replied at 30-5-2024 10:53 AM
wahhh...dulu kawan meols ada beli saham Aji nie, he makes lots of money from it...

Mcm mana nak beli saham tu.. rasa mcm nak try pulak..

Pakai aji dalam masakkan ni mmg sedap, tapi tulah lepas tu haus yang teramat
Quote sharlenetexas 30-5-2024 11:33 PM
Makan berpada2.
Apa lagi produk company ajinomoto?
Iols tau perencah seri aji. Masin perencah tu.

Quote stingerbumpy 31-5-2024 02:01 AM
Decaffeinated replied at 30-5-2024 10:59 PM
Bisnes MSG ja boleh untung macam ni. Apa lagi product company ni ya, ada ka?

ajinomotosunga....tapi yg ini tak pernah untung...rugi memanjang....

Quote Gunama 31-5-2024 04:43 AM
Aku paling suke Aji Shio dia.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049405 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top