CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Rakyat Malaysia Perlu Pertimbangkan Menyewa Berbanding Membeli Rumah” – Penganalisis

28-5-2024 11:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22650| Komen: 96


Melalui laporan Free Malaysia Today, seorang penganalisis menyarankan agar rakyat Malaysia untuk pertimbangkan menyewa rumah daripada membeli.

Ia kerana kenaikan harga rumah yang semakin hari semakin tinggi membuatkan orang ramai tidak mampu untuk membeli lagi.

Dalam pada masa yang sama, penganalisis itu berkata pembelian rumah juga menjadi salah satu faktor bebanan kewangan buat orang ramai.

Difahamkan dari laporan kumpulan teknologi hartanah Juwai IQI, harga purata untuk pangsapuri baru di Malaysia mencecah RM582,887 pada suku pertama 2024, manakala harga untuk subsale pula RM521,614.

Harga tersebut dikatakan lebih tinggi daripada harga purata rumah Pusat Maklumat Tanah Negara (NAPIC) sebanyak RM467,144 pada tahun lalu.

"Kita harus lebih memberi tumpuan kepada pasaran sewa dan bukannya pemilikan rumah. Seseorang itu tidak seharusnya terburu-buru berhutang perumahan hanya untuk memiliki rumah."


SUMBER : Free Malaysia Today

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 29-5-2024 03:27 AM
Ha ye sewa. Pastu bila owner nak jual umah, ko start pening kepala. Mana nak cari rumah dgn harga yg reasonable, sekolah anak lagi. Harga rumah tak sepatutnya gila babi mahal kalau gov betul-betul firm dan x layan cekadak REHDA.
Quote B40tastePosh 29-5-2024 04:06 AM
Jabatan Tenaga Kerja sepatutnya semak kelayakan majikan, samada mereka memilik hostel untuk pekerja asing atau tidak. Bukannya menyewa rumah2 kos rendah, sederhana dan rumah2 bantuan.
Quote ultra78 29-5-2024 05:33 AM
Wakil developer dan rehda spam thread ni?
Quote ultra78 29-5-2024 05:41 AM
Sepatutnya kerajaan ambil hak milik tanah di lokasi strategik dan bina rumah untuk disewa. Flood market dengan rumah sebegini.Penyewa sewa terus dari kerajaan atau pbt,bukan sewa daripada private owner. Provide minimum facility,tak payah buat swimming pool.
Quote green~tea 29-5-2024 07:49 AM
Bodo nya merata spammer..
Quote green~tea 29-5-2024 07:49 AM
Bodo nya merata spammer..
Quote A-Are 29-5-2024 07:56 AM
oiii spammer, penat nak scroll oii
Quote Dwdrum 29-5-2024 07:56 AM
Renting rumah di malaysia aku tengok penat apabila mahu pindah... Aku tengok banyak rumah tidak provide basic furniture... My cousin sebelum kahwin and selepas kahwin renting... Beli rumah mahu pindah kena uninstall and install furnitures... Cabinet.. Wardrobe etc....banyak kerja kena buat...
Quote green~tea 29-5-2024 08:13 AM
Aku kalo memuda lagi i would go for life yang minimalist... and menyewa je bilik kalo bujang, menyewa rumah kekecik... utk have more cash in hand utk savings/investment...


Tp memandangkan dah tua dan husband dah provide rumah.. just utilize whatever yang dah ada...
Quote dagusengett 29-5-2024 09:18 AM
Msia masih lagi byk supply rumah utk beli atau sewa
Ikut keperluan
Gi oversea bandar2 besar masalah rumah sewa bilik sewa takde
Adik ipar dah lama dok sydney dpt beli rumah kat melbourne kena pindah lor anak dah 3
Kawan expat dah dpt PR canada satu family gigih cari kerja kat msia balik sbb sewa rumah kat toronto mcm hanat. Baru dpt sewa kat dwiputra anak2 masuk international school
Quote copy_paste 29-5-2024 09:34 AM
selagi x mampu ok la menyewa,
tapi bila dah mampu ada peluang beli je,
Quote fattymah 29-5-2024 09:38 AM
Penat duh pindah randah.. sewa korang tak naik ke tiap tahun
Quote Dovahkiin 29-5-2024 09:40 AM
Malaysia ke arah NWO. You'll own nothing. Kereta pun sekarang da ada kan. Sewa keta 5 tahun, lepas 5 tahun bg keta lain. Bayar la smp AJM. Yg kaya bertambah kaya, puak2 ni la.
Quote prettyuglybabe 29-5-2024 10:09 AM
sewa berpuluh tahun, hujung-hujung rumah bukan kau punya..
sewa makin lama makin naik kau bising..
owner tak nak sewa kat kaum tu kaum ni kau kena..
kalau semua tak nak beli nak sewa, mana nak datang rumah sewa?
demand lagi tinggi dari market, kau rasa dapat sewa rumah harga 4 5 ratus?
Quote syamzana 29-5-2024 10:37 AM
Dwdrum replied at 29-5-2024 07:56 AM
Renting rumah di malaysia aku tengok penat apabila mahu pindah... Aku tengok banyak rumah tidak prov ...

kat msia/dunia ke3 mmg macam ni berbeza nau dgn negara membangun rumah sewa mesti ada kc+kabinet dlm bilik at least. even renyah agreement itu ini tapi memudahkan tenant.

tapiiiiiii tenant di negara2 camni pun lahanat jugak perangai. rumah iols dulu sewa fully furnished, sepanjang 3 thn sewa 2x tukar washer, kc runtuh kat area sinki, katil patah (anak lompat) mcm2 lg la. sesak nafas iols everytime tenant call.
Quote ekong 29-5-2024 10:41 AM
Sewa tapi jangan beli Perabot. Biar ade toto dengan dapo Nak masak je cukup. Jenuh weyg Nak pindah randah kalau kene halau.
Quote ifanonline 29-5-2024 10:48 AM
ini menunjukkan perkembangan negara tak seimbang...sepatutny kerajaan negeri2 perlu majukan negeri masing2...jadi manusia takde la tertumpu ke selangor, KL dan lembah klang...disperse kan development ke negeri2 lain...

sewaan rumah di penang, johor dan KL semakin menggila
Quote nuryakmal 29-5-2024 10:50 AM
ultra78 replied at 29-5-2024 05:41 AM
Sepatutnya kerajaan ambil hak milik tanah di lokasi strategik dan bina rumah untuk disewa. Flood mar ...

bukan da ada ke. macam KPKT buat ie PPR and rumah transit?
tapi tu la bagi sewa , tak reti nak bayar, tak berjaga. parking chop2 padahal bukan hakmilik sendiri. common area usah cakap la, mmg tak jaga


Quote BoongaKertas 29-5-2024 10:51 AM
tp yg plg tak boleh disangkal, mmg ridiculous rumah punya harga skrg. ada haritu meols tertgk 280k area setapak. pastu rupanya luas dia less than 500sqft. giler! jenuh lahhhhhh developer punya harga markup tu.

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.054137 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top