CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tahniah! Pasangan Tular Sah Bergelar Suami Isteri Petang Tadi

28-5-2024 09:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15426| Komen: 105


Pasangan tular yang bawa bayi guna alat pernafasan dengan menaiki motosikal akhirnya selamat dinikahkan di Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Kuala Kedah sebentar tadi. Alhamdulillah!

Menurut laporan Sinar Harian, Mohd Azlan Ishak yang berusia 36 tahun dan Nor Hidayu Halim berusia 34 sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz selepas dinikahkan Imam di masjid itu, Muhammad Hazamer Mualim selepas solat Asar tadi. 

Nor Hidayu menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan sebentuk cincin emas.

Pihak masjid juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu memudahkan urusan pasangan itu.

Bukan tu jer, orang luar juga diminta untuk memberikan sokongan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan baru dan perkara ini dikatakan sendiri Pengerusi Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer.

"Mereka ini sudah berusaha untuk menghalalkan hubungan dan seharusnya kita menolong mereka dengan tidak berbicara yang buruk tentang status perkahwinan mereka ini."


"Selepas selesai urusan akad nikah ini, saya nasihatkan dia juga untuk selesaikan urusan nasab anaknya pula."

Kredit: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 28-5-2024 09:41 PM
Tahniah. Selamat melalui alam rumahtangga. Semoga yang halal tu berkekalan.

Quote miss_perfect 28-5-2024 09:49 PM
"Selepas selesai urusan akad nikah ini, saya nasihatkan dia juga untuk selesaikan urusan nasab anaknya pula."

Macam mana nak selesaikan urusan nasab anak tu ya? Genuine question.
Quote Firenzza 28-5-2024 10:21 PM
miss_perfect replied at 28-5-2024 09:49 PM
"Selepas selesai urusan akad nikah ini, saya nasihatkan dia juga untuk selesaikan urusan nasab anakn ...

Mungkin suh tukar nama bin dlm surat beranak anaknya
Quote 3chanceno 28-5-2024 10:27 PM
Maka betul lah apa yg Imam tu khabarkan pasal kapel nie. Dah viral 1 negara, akhirnya nikah jua. Kesian anak2 dlm kes nie.
Quote sukacactus 28-5-2024 10:41 PM
Ha boleh pun nikah
Kalau xviral aritu, ntah bila
Quote Adeakukesah11 28-5-2024 10:43 PM
Habis laki dlm jail tu dh cerai belom?
Quote beatgirlX 28-5-2024 10:48 PM
Dah halal.. Tahniah
Quote dua_chzy 28-5-2024 11:03 PM
On the positive side la kan kalau kita nak berfikiran positif kan,

orang Malaysia ni memang pemurah dan baik hati. Sampai gigih usahakan tolong nikahkan orang lain yang takda kaitan dengan dia (i.e. blood related).
Quote Lily_Elizabeth_ 28-5-2024 11:08 PM
Dah kaya dah. Bestnya. Duit free free masuk.
Quote Cyempaka 28-5-2024 11:37 PM
hebat.. Macam mat saleh ooo.. duduk bersama, ada anak, anak dah besar baru menikah. Relax2 tak de rasa bersalah xde rasa malu. Macam normal je.
Rakyat socmed pun tenang2 saja, senyum2 tgk pengantin smbl terus bg derma.
Quote Missjass 28-5-2024 11:39 PM
Firenzza replied at 28-5-2024 10:21 PM
Mungkin suh tukar nama bin dlm surat beranak anaknya

Setahu i tak boleh. Kecuali dia nikah masa perempuan tu pregnant and baby lahir selepas 6 bulan dia kahwin
Quote allshares 29-5-2024 03:09 AM
Cer kalau nor hidayu tu tak bertudung, mesti tone rakyat malaysia yg simpati tu lain bunyinya kan? Double standard much?
Quote felinecat 29-5-2024 03:22 AM
Kt fb, kemain suci morni
Quote B40tastePosh 29-5-2024 04:07 AM
Kongkek Bini Orang.
Quote Sesuatu… 29-5-2024 04:55 AM
Aku naik taip lebih tp aku ikut la saranan pengerusi mesjid ni. Tahniah pengantin
Quote Sesuatu… 29-5-2024 04:58 AM
dua_chzy replied at 28-5-2024 11:03 PM
On the positive side la kan kalau kita nak berfikiran positif kan,

orang Malaysia ni memang pemurah ...

Islam kn begitu cikgu. Tanggungjwb sosial, kalu x kita pun ada saham sekali dlm dosa mrk org. Amar makruf nahi mungkar agitchu!
Quote duri_durians 29-5-2024 08:19 AM
Cyempaka replied at 28-5-2024 11:37 PM
hebat.. Macam mat saleh ooo.. duduk bersama, ada anak, anak dah besar baru menikah. Relax2 tak de ra ...

so nak suruh org buat apa? tangkap rejam dorang ke?
Quote mrcreator 29-5-2024 08:33 AM
Aritu kemain cerita duit ada RM12 ja dalam poket. Nie boleh pulak mas kahwin RM1000 siap cincin emas lagi
Quote matseh 29-5-2024 08:40 AM
mrcreator replied at 29-5-2024 08:33 AM
Aritu kemain cerita duit ada RM12 ja dalam poket. Nie boleh pulak mas kahwin RM1000 siap cincin emas ...

PMX ada bagi sumbangankan?

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.110206 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top