CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 16 tahun maut jatuh gaung di Bukit Broga

28-5-2024 09:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13372| Komen: 57


KAJANG: Remaja lelaki berusia 16 tahun maut dipercayai terjatuh dalam gaung sedalam 10 meter ketika beriadah di Bukit Broga, Semenyih, dekat sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima laporan seorang remaja sesat di lokasi riadah itu pada jam 4.08 petang, semalam.

Beliau berkata, kejadian itu dilaporkan oleh seorang lelaki dipercayai penjaga kepada mangsa, Adi Putra Affendi, 16, yang ketika kejadian melakukan aktiviti riadah bersama penjaga serta dua lagi rakannya.

"Mereka memulakan pendakian pada jam 8 pagi sebelum mangsa disedari hilang pada jam 11.15 pagi.


"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih digerakkan ke lokasi bagi menyelaras gerakan mencari dan menyelamat bersama agensi bantuan lain seperti polis, malim gunung, renjer hutan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta pasukan bomba sukarela membabitkan kekuatan 47 anggota.

"Operasi pencarian menggunakan kaedah 'sweeping searching' dijalankan dari Puncak 1 hingga Puncak 3 membabitkan keluasan 1.5 kilometer," katanya dalam kenyataan hari ini.

Md Razali berkata, operasi pencarian pada hari pertama ditangguhkan jam 2.30 pagi selepas gagal menemui mangsa sebelum diteruskan semula pagi ini.

Beliau berkata, pasukan penyelamat kemudian menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai terjatuh gaung pada kedalaman 10 meter di lokasi kira-kira 100 meter dari pintu gerbang Bukit Broga pada jam 2.50 petang tadi.

"Mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat pada jam 3.42 petang.

Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Mayat mangsa sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kronologi remaja sesat dan jatuh gaung di Bukit Broga:

- Mangsa bersama penjaga yang dipanggil Walid serta dua rakan dikenali sebagai Fizo dan Qayyum memulakan pendakian pada jam 8 pagi, semalam dan sampai ke Puncak 3 Bukit Broga pada jam 10.10 pagi.

- Pada jam 10.30 pagi, mangsa dan kumpulannya mula bergerak turun dan Walid dikatakan berjalan agak jauh dengan mereka kerana mengalami kecederaan di kaki.

- Sekitar jam 11.15 pagi, mangsa menyedari Walid ketinggalan dan mangsa dan dua rakan memutuskan untuk mendaki semula mencari penjaganya itu. Dua rakan melihat Walid turun melalui trek lain dan tidak dapat memanggil mangsa kerana jarak yang jauh.

- Sekitar jam 12.30 tengah hari, Walid dan 10 minit kemudian, Fizo dan Qayyum tiba di kaki bukit namun mangsa tidak dapat dikesan sehinggalah pihak berkuasa dimaklumkan.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuralisa 29-5-2024 08:55 AM
Allah.. Alfatihah ...
buat aktiviti cuti sekolah ...  
Quote mikasa 29-5-2024 08:59 AM
Dia guna track lain dari kebiasaan ke? Kalau cuti sekolah. Ramai org hiking kat sana. Tiada yang perasan?
Quote mikasa 29-5-2024 09:01 AM
2 jam untuk sampai kemuncak? Biasa 1 jam pun dah lama utk beginer.
Quote otai_g 29-5-2024 09:01 AM
Owh ada gaung eh dkt broga. Ingtkan x ada. Bila hike mest ada permit and guide kan? Agak2 blh claim insurans ke Kes mcm ni?
Quote JunkMail 29-5-2024 09:18 AM
Tak...yang bawak tu main tinggal je ke? Kau menonong sendiri padahal budak tu beginner walaupun setakat tinggi 400m je. Yang salah ialah si Walid tu.. kalau tak reti nak jadi guide kau panjat sendiri je dah.
Quote sara_thrash 29-5-2024 09:18 AM
otai_g replied at 29-5-2024 09:01 AM
Owh ada gaung eh dkt broga. Ingtkan x ada. Bila hike mest ada permit and guide kan? Agak2 blh claim  ...

takde permit & guide pun. i dulu pergi ikut orang depan je. memang ramai  

Quote nuryakmal 29-5-2024 10:08 AM
hujan
Quote prettyuglybabe 29-5-2024 10:18 AM
JunkMail replied at 29-5-2024 09:18 AM
Tak...yang bawak tu main tinggal je ke? Kau menonong sendiri padahal budak tu beginner walaupun seta ...

yang bawak tu tertinggal belakang sebab cedera katanya..
bebudak ni yang menonong pastu patah balik nak cari dia..
jangan ada penjual ikan masuk sudah..
part kronologi tu macam ada tergantung..
Quote syamzana 29-5-2024 10:29 AM
salam takziah...
Quote cicicumel 29-5-2024 10:48 AM
Cantik lagi ke Broga?last i g 10 years ago tu pon dh byk togel..manusia ramai gila
Quote supernaturalee 29-5-2024 11:10 AM
die yg tlg cari penjaga die
alih2 die plk yg hilang

btw tak pernah lg naik broga
igtkan broga ni bukit landai
rupanya ada gaung jgk ye

Quote shernazz 29-5-2024 11:14 AM
Kesian...
Bukit tu takde la extreme pung
Tapi dah ajal kan..isk
Quote batmana 29-5-2024 11:24 AM
kalau bukan tentera ke komando ke, tak payahla berangan nak hiking tnpa guide yg bertauliah, saban masa ada je org hilang, cedera masuk hutan cmni..

harap keluarga dia saman la si walid ni pasal cuai, budak bawah umur ko bawak pi masuk hutan, takde akal ke?

tapi sbb org melayu, benda cmni kata takdir, redha ajala.. tahun akan dtg jadi lagi skrip yg sama
Quote otai_g 29-5-2024 11:26 AM
sara_thrash replied at 29-5-2024 09:18 AM
takde permit & guide pun. i dulu pergi ikut orang depan je. memang ramai

Zaman 2012 dulu blh la main terjah je. Aku dulu pun dulu2 pg terjah je. Tp skrg dgr2 da kuatkuasa undang2. Kena ada guide Dan permit. X de bnd tu ko langgar kena tgkp blh kena saman.
Quote laksmanabentan 29-5-2024 11:27 AM
otai_g replied at 29-5-2024 09:01 AM
Owh ada gaung eh dkt broga. Ingtkan x ada. Bila hike mest ada permit and guide kan? Agak2 blh claim  ...

tu la pasal kann... rasanya mcm kawasan sawit tu... then terang rumput sampai ke atas tu....
maybe budak nih dia lajak teruss tu sbb dia cari bapak dia tak jumpa kott...
Quote chinta89 29-5-2024 11:32 AM
heran aku. kalau pegi sorang dua biasanya kita akan duk dlm group, x berpecah. kalau group ramai, aku paham la akan ada yg pancit, nk brenti etc. ni korang pegi berapa kerat je pun pahtu yg terpancit sakit kaki korang blh tinggalkan? nak buktikan apa, buktikan betapa pantas korang blh turun naik bukit? tak pentingkan keselamatan org lain?

sb aku kalau hiking mmg ada spesies tinggal geng konon terpaling laju, x semput nak hiking, sanggup tinggal member yg lambat kat belakang, hampeh.
Quote lipans 29-5-2024 11:36 AM
baru je ada yg hilang sehari dua sebelum tu kan, tapi dah jumpa. siap kait dgn bunian lagi.
Quote sara_thrash 29-5-2024 03:02 PM
chinta89 replied at 29-5-2024 11:32 AM
heran aku. kalau pegi sorang dua biasanya kita akan duk dlm group, x berpecah. kalau group ramai, ak ...

betul, kalau ada yang pancit sorang akan jerit pada yang lain suruh stop dulu. sini pentingnya teamwork.

Quote reenz013 29-5-2024 03:05 PM
takziah bt keluarga

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.148721 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top