CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Bersuara Isu Tudung Daphne Iking – “Bagus! Bukan Boleh Bawa Dalam Kubur Pun Banyak Followers”

27-5-2024 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11568| Komen: 53


Umum mengetahui bahawa sebelum ini pengacara dan pelakon Daphne Iking memaklumkan mengenai keputusannya untuk tampil berhijab.

Daphne Iking juga mendedahkan bahawa dia mula mengenakan tudung sejak Oktober 2021 yang mana pada awalnya hanya untuk menutup uban di kepala ketika keluar rumah.


Menurut Kosmo, selepas seminggu bertudung menggunakan topi selam, dia ada pergi berenang dengan memakai bikini tetapi mengakui sangat janggal.

Akhirnya, dia mengambil keputusan menjual semua pakaian seksi miliknya selepas mendapat persetujuan daripada suaminya, Azmi Abdul Rahman yang turut memberi sokongan penuh kepadanya untuk bertudung.


Terbaru, satu muat turun oleh Azmi mendapat perhatian dari warga net mengenai cara pemakaian isterinya itu.


Dalam hantaran tersebut, Azmi menjelaskan bahawa kebelakangan ini isterinya sering menerima ‘DM’ bahawa peminatnya ingin ‘unfollow’ Daphne disebabkan cara pemakaiannya yang berbeza dari sebelum ini.

"Kebelakangan ini, Daphne Iking ada menerima DM daripada orang bodoh yang mahu berhenti daripada mengikutinya kerana sekarang ini dia telah berpakaian berbeza."

"Bagus! Bukan boleh bawa dalam kupur pun banyak pengikut."

Malah Azmi juga turut memklumkan bahawa tindakan individu yang mahu ‘unfollow’ Daphne Iking adalah tindakan yang bagus kerana pengikut yang ramai sekalipun tidak boleh bawa ke kubur.

Malah tegas Azmi, walau macam mana pun Daphne berpakaian atau menguruskan penampilan, Daphne merupakan seorang individu yang memiliki hati yang baik.

Bukan itu sahaja, Azmi juga memklumkan bahawa isterinya itu sentiasa mempunyai perangai yang sopan, mempunyai nilai profesinalisma dalam kerjaya sebagai pengacara dan dia mengharapkan agar pengikutnya tidak perlu tertekan dengan penampilan Daphne dan berhenti daripada mengejeknya.

Sumber ; Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 27-5-2024 03:34 PM
what do u expect from a liberal couple?
Quote Omai 27-5-2024 04:19 PM
laki nye pun jenis meroyan ke?
Quote sharlenetexas 27-5-2024 04:21 PM
Sebab cari customer acik meleis utk beli termomix ke?


Quote KucaiHijau 27-5-2024 05:55 PM
So u rasa dlm kubur bawa ape eh?
Quote pocongkiutss 27-5-2024 06:01 PM
Tak faham...dia tetiba free hair blk ke tu
Quote pocongkiutss 27-5-2024 06:03 PM
Ok da dpt jawapan..hahaha
Quote jihyomelly 27-5-2024 06:35 PM
dah free hair balik kan,.ramai je memuji..lantakkan..dah geng slepet dia sorang yg tutup kepala mana tahan yg lain semua free hair..
Quote miss_white 27-5-2024 08:55 PM
Marion counter pun sama
Asyik melaram je dgn rambut  rambu2 dia
Amik  air wuduk terus kemek rambut ko
Kdg aku fikir dorg ni 24 jam melawa
Solat ke tak

Quote dagusengett 27-5-2024 09:07 PM
Rambut dah tumbuh balik la tu
Maybe tunggu panjang lagi nak donate utk cancer kan baru pakai tudung balik
Tulah topic tudung ni mmg favorite
I paham je coz family members i pun gini jugak
Taknak pakai takyah la respond kat org
Bukannya mintak duit dari depa utk bayar bil kannn
Quote purplelilac 27-5-2024 10:11 PM
Mcm mana la Daphne ni blh kawen ngn laki dia yg bermulut hansuang??? Pelik sungguh. Walaupun ko cakap omputih masih kau seperti kelas bawahan
Quote weezerfan 27-5-2024 10:49 PM
Minah ni pakai tudung dulu pon nak menunggang je
Quote spitsid 28-5-2024 12:37 AM
Nak bg kekal relevan masa musim covid dulu kena la buat perubahan so ada la wartawan nak interview tanya pasal imej baru. Dapatlah keluar news. Kalau tak sendu je. Masa covid dulu kan sheols struggle nak cari duit. Tapi dah mcm menunggang agama pulaks.
Quote fattymah 28-5-2024 12:44 AM
Ala...mana ntah aku dgq ke tgh live jual handbag dia pakai sebab rambut dah beruban...
Quote vanillaninja 28-5-2024 08:17 AM
Sheols pakai dulu pun sebab nak cover uban je bukan nak tutup aurat pun. Motif netizen nak put high expectations on her?
Quote BoongaKertas 28-5-2024 08:26 AM
iols xtau nape, laki sheols ada vibe rempit sikit. dr dulu iols x berkenan tp lantak ko lah kan kak, laki ko kan..
Quote lightheaded67 28-5-2024 08:47 AM
Edited by lightheaded67 at 28-5-2024 08:52 AM

entahle rasanya aku pun dh pening (sbb acik rasa ok kalau tak pakai tudung tp tak tunjuk kopek, peha etc). sbb dlm ugama the real sopan, adelah tutp n longgar ape yg patut, pmbawakan takleh vulgar gedik miang gitu. tp sbb culture/environment dh lain, jdi bcmpur baur makna dan standard sopan. skrg consider sopan je kalau u tunjuk kopek, tp hati baik.paham tak pening nya tu mcm mana? sbb attire bab lain, pmbawakan bab lain, pcakapan bab lain, dsb lah. skrg smua caca marba. mmg lah takleh judge org dri pmakaian, tp tunjuk kopek peha vagina kulu kilir pun tak bantu selesai masalah hidop. kan? acik sembang general tau, luahan pening acik. huhu (tukar)  . tp acik pon tak sapot ummah yg beria smpi level harass org kt medsos sbb tak btutup pmakaiannya. takde kerja ke?? ustaz ajar kita kalau nk tegur org, kalau dia islam, kita assume dia tau, cuma dia lupa. so ckp baik baik. tak ingat ustaz mana tah ckp ni. (unless kes jenayah smua tu takpelah kita beria)
Quote pearl.silver 28-5-2024 08:48 AM
vanillaninja replied at 28-5-2024 08:17 AM
Sheols pakai dulu pun sebab nak cover uban je bukan nak tutup aurat pun. Motif netizen nak put high  ...

Alasan tutup uban tu lamee sgt
Abes skang dah tayang rambut balik uban dah xde ke

Kikikikiiii
Quote vanillaninja 28-5-2024 09:03 AM
BoongaKertas replied at 28-5-2024 12:26 AM
iols xtau nape, laki sheols ada vibe rempit sikit. dr dulu iols x berkenan tp lantak ko lah kan kak, ...

Memang laki sheols rempit. Cuma sebab heols selalu writes in English boleh la camouflage rempit heols. But the vibes can't lie kannn
Quote vanillaninja 28-5-2024 09:06 AM
pearl.silver replied at 28-5-2024 12:48 AM
Alasan tutup uban tu lamee sgt
Abes skang dah tayang rambut balik uban dah xde ke

Malas nak berpura2 kot. Lifestyle urban tapi image muslimah. They don't jibe katanyeh

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.085052 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top