Adik ipar kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Alieya MZ meraih keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Malaysia (SPM), pada Isnin. Berita gembira itu dikongsi suami Shila iaitu pempengaruh media sosial, Ubai MZ melalui hantaran terkini di Instagram Story (IG Story). Menerusi perkongsian tersebut, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, meluahkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah atas kejayaan adik perempuannya itu. "Assalamualaikum mak, anak bongsu mak dapat straight A untuk SPM. Hajat dan impian mak tercapai." Ucapan tersebut turut didedikasikan buat Allahyarhamah ibunya, Rohani Jamal. Dalam pada itu, Ubai akui berbangga dengan keputusan cemerlang Alieya.
"Sebak dan bangga kami. Anak-anak lelaki mak dulu cukup makan je result tapi Alhamdulillah, berkat doa mak, kami berjaya juga. Ubai rindu mak. Ini untuk mak." Untuk rekod, Rohani Jamal menghidap kanser ovari tahap tiga dan mengalami pendarahan pada bahagian rahim sebelum disahkan meninggal dunia pada 30 Julai. Sumber: Instagram/OhBulan |
redz85 replied at 28-5-2024 04:44 PM
kita tahu arwah tak boleh baca, tapi itu lah luahan perasaan seseorang pada yang dah meninggal dan t ...
ADVERTISEMENT