CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Zarina Zainuddin Peroleh 6A 2B Dalam SPM 2023 – ‘Alhamdulillah, Bersyukur Sangat’

27-5-2024 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9462| Komen: 71


Pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Muhammad Adam Azrai memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Menerusi hantaran di Instagram, Zarina memaklumkan anaknya berjaya mendapat enam gred A dan dua gred B.


"Alhamdulillah, Adam dah dapat keputusan SPM. Dia dapat 6A 2B+. Syukur."

"Sebagai seorang ibu, itu pun saya sudah bersyukur sangat. Ibu tak pandai, biarlah anak pandai. Semua ibu bapa mengharapkan anak mereka berjaya."

Pada hantaran sama, Zarina turut memuat naik gambar keputusan SPM anaknya untuk tontonan umum.

Dapat dilihat antara subjek yang memperoleh gred A adalah Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains dan Sains Sukan.


Manakala untuk subjek Bahasa Melayu dan Prinsip Perakauan, Adam memperoleh gred B.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menitipkan ucapan tahniah kepada Zarina dan anaknya.

Sumber: Instagram/OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 27-5-2024 02:48 PM
Tahniah! Jarang nampak anak2 yg lain..
Quote haliamerah 27-5-2024 03:00 PM
oh...ada anak lain ke?ingatkan yg 2 org tu je..
Quote cantthinkofany 27-5-2024 03:06 PM
haliamerah replied at 27-5-2024 03:00 PM
oh...ada anak lain ke?ingatkan yg 2 org tu je..

haaaa...tu la....aku ingat dua je anak dia...rupernya ada lain....
Quote Omai 27-5-2024 03:11 PM
anak dia 4 orang kan?
Quote nanasno 27-5-2024 03:11 PM
semua laki anak dia eh. tahniah la dik .
Quote haliamerah 27-5-2024 03:14 PM
cantthinkofany replied at 27-5-2024 03:06 PM
haaaa...tu la....aku ingat dua je anak dia...rupernya ada lain....

itulah....semua lelaki pulak tu...
Quote noor2 27-5-2024 03:25 PM
Ohhhh ramai anak2 nya...ingatkan 2 je...
Tahniah
Quote jlo 27-5-2024 03:25 PM
tahniah dek
Quote pocongkiutss 27-5-2024 03:29 PM
Nak tanya..A- tu markah dia cama mcm C3 utk SPM jaman dinosaur dulu2 kah ?
Quote aleesyasofia 27-5-2024 04:30 PM
sayang BM tu B.. tapi BI dapat A..
Quote sharlenetexas 27-5-2024 04:36 PM
Tahniah.

Adakah anak yg ni pulak bakalan jadi content?


Quote princessmiang 27-5-2024 04:43 PM
aleesyasofia replied at 27-5-2024 04:30 PM
sayang BM tu B.. tapi BI dapat A..

Rata2 budak dapat B BM tp BI A kan..anak buah incess pun sama
Quote reen8601 27-5-2024 04:52 PM
tahniah
Quote hanamunir 27-5-2024 07:39 PM
tahniah
Quote Manenak 27-5-2024 07:45 PM
yg ni baru betol terus tunjuk result berapa. kak km terpaling puji anak, sorok2 result. kat tiktok confident reply anak result 6A padahal 3A jer...kenapa perlu tipu?? post ig pon da delete sbb x hide no ic & angka giliran faris. kann berjemaah bly check online. kantoi disitu
Quote green~tea 27-5-2024 07:54 PM
Perlu ke weols nak tau result exam anak retis
Quote viva_gerl 27-5-2024 07:56 PM
Tak penting...nextttt
Quote bambimbom 27-5-2024 07:59 PM
Alhamdulillah.. moga anak yg ni dpt membantu maknya bila dah tua nnt..
Quote Piramida 27-5-2024 08:49 PM
Bagus lah anak dia pandai jugak belajar... Memang as mak dia bangga sbb mak dia ni bkn sekolah tinggi pun kan?
Lagipun besar tanggungjawab as anak lelaki lagi2 ada abang autism. Harap anak ni dpt jadi anak yg berguna dan bertanggungjawab.

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.075826 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top