CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Iman naik turun, saya bukannya baik sangat – Erysha Emyra

24-5-2024 10:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27255| Komen: 61



Biarpun dikecam watak alim tidak selari dengan penampilan dalam drama Aku Bukan Ustazah, pelakon Erysha Emyra berlapang dada menerima segala kritikan selain mengakui tidak mampu mengawal reaksi penonton.

Pun begitu, Erysha atau nama lengkapnya Nur Erysha Emyra Zakaria, 25, berkata, segala mesej yang disampaikan dalam drama tersebut adalah kehidupan dan realiti sebenar dilalui masyarakat.

“Kalau kita ambil secara positif melalui drama dan watak tersebut, kita dapatlah mesej tentang kehidupan ini. Nak istiqamah bukan senang.

“Ada juga respons yang saya lihat dalam TikTok ramai mengaku diri mereka juga begitu, pada akhirnya kita semua manusia lemah.

“Saya sendiri pun bukannya baik sangat, mungkin ada hari iman kita naik dan begitulah sebaliknya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sebelum ini, ada penonton mempertikaikan penampilan watak Aminah lakonan Erysha yang mengenakan tudung singkat.


Malah, ada juga segelintir netizen tidak bersetuju dengan dialog diucapkan Aminah yang menyentuh hukum berniqab.

Menerusi babak tersebut, Aminah bersama dua wanita berniqab dilihat berbual mengenai penampilan berpurdah dan syarat wajib dalam menutup aurat.

Mengulas lanjut pertikaian tersebut, anak kepada pelakon Noniswara itu menjelaskan ada sebab mengapa dia mengenakan tudung singkat.

Tambah Erysha, kebanyakan komen kritikan dilemparkan mereka yang tidak menonton drama berkenaan secara keseluruhan.

“Ada juga yang mempertikaikan saya yang bertudung labuh dalam drama itu tiba-tiba ada satu babak saya bertudung singkat.

Sebenarnya itu adalah babak dalam rumah dan watak saya belum bersiap untuk keluar rumah.

“Saya rasa orang yang memberikan komen itu tidak menonton drama tersebut dan hanya melihat potongan video yang tular,” ujarnya.

Ini bukan kali pertama Erysha berdepan kritikan, sebelum ini dia pernah dilabel pelakon kayu dan masuk industri hiburan atas ‘tiket’ ibunya sebagai pelakon. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 24-5-2024 11:48 PM
tak yah lapang dada sangat.. bkn besau pun...
Quote DeLuna85 24-5-2024 11:56 PM
Aku takda masalah dengan tudung singkat. Melainkan puteri sarah maybe sebab badannya nampak seksi.
Quote sharlenetexas 24-5-2024 11:58 PM
Nonis pernah kawin dgn lelaki nama zakaria. Org industri gak ke?

Quote jalfa 25-5-2024 12:45 AM
Boleh pergi jauh..tapj tu la bertudung kan..so x leh pelbagai watak sangat...watak bini tido malam berlitup je la nanti
Quote pocongkiutss 25-5-2024 12:49 AM
Kenapa mcm tak lawa je pic atas tu..before ni mcm chantek
Quote Yaya04 25-5-2024 12:51 AM
Dalam tv tak senyum nmpak cantik pulak. Kat atas ni gambar sheols tak cantik plak bila senyum
Quote I.K.A888990 25-5-2024 12:54 AM
nampak muka di ada iras si bini soeb pula watitik tu haha
entahlah mungkin mata aku dah letih seharian kerja kot  
tak dan nak tgk citer ni macam lain macam pulak tgk abg ipar adik ipar sekali berlakon
Quote sharlenetexas 25-5-2024 12:57 AM
Mcm tokti pulak gambar atas.
Tgk kt tv mcm elbulu.


Quote shaiy 25-5-2024 06:15 AM
Tak minat ko la dik sori. Apa drama pun aku tk penah tgk. Tk tgk tv dh skrg.
Quote Rogue98 25-5-2024 09:45 AM
Aku suka dia ni.....tak sabar nak tgk drama dia n Meerqeen ..mcm cute jer
Quote sukanyanyi 25-5-2024 10:22 AM
pocongkiutss replied at 25-5-2024 12:49 AM
Kenapa mcm tak lawa je pic atas tu..before ni mcm chantek

Aik? Mata iols yg terbalik ke mcmna? Iols plak rasa yg kat atas tu nampak cantek, yg sblm ni kurang
Quote sukanyanyi 25-5-2024 10:23 AM
sharlenetexas replied at 25-5-2024 12:57 AM
Mcm tokti pulak gambar atas.
Tgk kt tv mcm elbulu.

Ha'ah.. same here
Quote orangbiasaje 25-5-2024 12:34 PM
I.K.A888990 replied at 25-5-2024 12:54 AM
nampak muka di ada iras si bini soeb pula watitik tu haha
entahlah mungkin mata aku dah letih sehari ...

ipar dgn sape?
Quote jerukkedondong 25-5-2024 01:29 PM
sharlenetexas replied at 24-5-2024 11:58 PM
Nonis pernah kawin dgn lelaki nama zakaria. Org industri gak ke?

suami pertama nonis Zakaria org Melaka bkn org industri bisnessman skrg dh brgelar Datuk..
awal tahun 2000 dorang stay kat BTHO...
Nmpk mcm loving couple tp tetiba cerai tak tahu apa kes pastu Nonis mnikah plk dgn Datuk Rosman..nikah kali ke tiga dia sauk Datuk Sheikh padahal Datuk ni belum cerai pun dgn first wife..
just wait n see lps ni Datuk mana plk dia rembat
HAHAHA..tgh mencari mangsa tu
Quote Missjass 25-5-2024 01:38 PM
jerukkedondong replied at 25-5-2024 01:29 PM
suami pertama nonis Zakaria org Melaka bkn org industri bisnessman skrg dh brgelar Datuk..
awal ta ...

Orang Melaka ke ayah Erysha ni ingt SSKJP jgk sbb raya haritu Erysha ni balik klate ngn ayah dia
Quote xAthenax 25-5-2024 02:23 PM
jerukkedondong replied at 25-5-2024 01:29 PM
suami pertama nonis Zakaria org Melaka bkn org industri bisnessman skrg dh brgelar Datuk..
awal ta ...

wah umur baru 25 tapi sudah kutip 3 exes yang bergelar datuk
Quote AraBellaJuan87 25-5-2024 03:11 PM
xAthenax replied at 25-5-2024 02:23 PM
wah umur baru 25 tapi sudah kutip 3 exes yang bergelar datuk

Aiyer... Mak dia la. Bukan dia.
Quote krustykrab 25-5-2024 03:37 PM
Dia ni ada kaitan ke dgn pira loy..kening tu sepesen je
Quote beatgirlX 25-5-2024 07:15 PM
Kening dia mmg buat aku teringat kat Elfira Loy..

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.184513 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top