CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ya Allah, Hilangkanlah Tangisku Sehingga Aku Merasa Sabar & Ikhlas” – Irma Hasmie

24-5-2024 09:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12051| Komen: 9

Description: Pelakon Irma Hasmie mencuri tumpuan warga maya apabila dia ada memuat naik perkembangan terbaru dirinya di Instagram.

Pelakon Irma Hasmie mencuri tumpuan warga maya apabila dia ada memuat naik perkembangan terbaru dirinya di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Irma menulis kapsyen berbaur luahan hati untuk terus diberikan kesabaran dan ikhlas dalam menjalani kehidupan.

"Ya Allah, peluklah aku hingga hatiku bisa merasa tenang dan damai. Hilangkanlah tangisku sehingga aku bisa merasa sabar dan ikhlas, karena sabar dan ikhlas adalah satu-satunya ketulusan yang luar biasa."


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil mendoakan agar pelakon dan personaliti TV itu kekal tenang dan ketabahan dalam menjalani ujian hidup.

Terdahulu, Irma dilaporkan sudah bercerai dengan suami,Redza Syah Azmeer pada November tahun lalu.


Redza juga telah mendirikan rumah tangga kali kedua bersama pasangannya setelah dia menguar-uarkan perkhabaran itu menerusi satu hantaran di Instagramnya.

Perkongsian itu kemudiannya menimbulkan tanda tanya buat peminat Irma mengenai status hubungan suami isteri bersama Redza dan berita perceraian itu kemudian dimaklumkan sahabat Irma iaitu Reen Emran baru-baru ini.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 24-5-2024 09:26 PM
Dah bertolak ke Mekah ke? Semoga mendapat haji yang mabrur.


Quote menjad 24-5-2024 09:32 PM
Move on cepat² yer... moga bertemu jodoh lain yg lebih baik dan mendamaikan jiwa. Inshallah
Quote bedahmenjuyah 24-5-2024 09:43 PM
Redza mendirikan rumahtangga kali ke 2? Rasanya dia duda masa kahwin irma. Semoga tabah dan dipermudahkan segalanya.
Quote katnissE 24-5-2024 10:26 PM
Rumahtangga kali ke 3 kan?  sekurang-kurangnya yang diketahuilah.
Wartawan pemalas buat homework
Quote miss_strangers 24-5-2024 10:39 PM
Semoga Irma baik2 ajer...dah la cantik ..sopan pulak tu..
Quote noor2 24-5-2024 10:41 PM
Dia ni mmg cantik....
Quote pakwetizzaqyah 24-5-2024 11:44 PM
nabil.. amik la dia jadi no. 2 nabil... kita tak tahu perancangan Allah nabil...

Quote gorjeous 25-5-2024 11:56 AM
sabar yee. Banyak hikmahnya yg belum nampak lagi.
Quote adeqbun 25-5-2024 06:48 PM
pakwetizzaqyah replied at 24-5-2024 11:44 PM
nabil.. amik la dia jadi no. 2 nabil... kita tak tahu perancangan Allah nabil...


Hahaa aritu duk bekap alep kan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.046961 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top