“Berniaga tepi jalan tidak ‘standard’? Cetek sangat pemikiran itu.” Demikian luahan pelakon, Faye Kusairi apabila dilemparkan stigma sebegitu oleh segelintir individu terhadapnya yang menganggap berniaga di gerai tepi jalan adalah perkara yang tidak membanggakan. Realitinya, menurut Faye, berniaga di tepi jalan banyak mengajarnya tentang masyarakat setempat dan mengenali ramai individu berhati mulia. “Saya dapat mengenali masyarakat sejak saya berniaga begini dan percayalah, ramai betul orang yang baik dan sentiasa bersedekah serta menginfaq hampir setiap minggu. “Ini semuanya saya anggap rezeki yang meluas apabila berniaga di sini. Banyak perkara yang saya pelajari, kenali dan alami. “Hampir kesemuanya mendorong ke arah lebih positif walaupun ada yang memandang rendah tetapi hakikatnya banyak hal yang baik,” katanya dalam Instagram.
Bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT itu, Faye berkata, dia kini memilih untuk kekal positif dan mahu berusaha menjadi individu lebih baik. “Apa apapun, saya terima (kecaman) dengan ikhlas dan reda. Hanya Allah SWT tentukan perjalanan saya dan akan sentiasa berusaha lebih baik. “Jadi, tolong doakan saya semoga saya diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan diperluaskan lagi rezeki agar perniagaan ini mampu berkembang,” ujarnya. Terdahulu, Faye mencuri perhatian ramai apabila bergelar peniaga nasi ayam walaupun hanya membuka sebuah gerai di pinggir jalan di Bukit Antarabangsa, Ampang pada Disember tahun lalu. Katanya, niat untuk membuka gerai menjual nasi ayam telah lama diimpikan iaitu sejak hamil anak ketiganya lagi. Sumber – KOSMO! ONLINE |
nena9042 replied at 23-5-2024 01:53 AM
Dia ni kan yang kahwin pilot jugak?
Surprised tak jadi trophy wife je duduk rumah
nena9042 replied at 22-5-2024 05:53 PM
Dia ni kan yang kahwin pilot jugak?
Surprised tak jadi trophy wife je duduk rumah
nena9042 replied at 23-5-2024 01:53 AM
Dia ni kan yang kahwin pilot jugak?
Surprised tak jadi trophy wife je duduk rumah
nena9042 replied at 23-5-2024 01:53 AM
Dia ni kan yang kahwin pilot jugak?
Surprised tak jadi trophy wife je duduk rumah
aciksenah replied at 23-5-2024 09:55 AM
Dia p caras husband k.lina kepom pom..masa tu k.lina tengah mengandung. Tengok la mcmana k.lina se ...
azimodin replied at 23-5-2024 09:57 AM
Kak kepom nak bising2 pon x mendatangkan faedah sebab kak jepom pon sailang orang punya kan? Cuma ...
ADVERTISEMENT