Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim sanggup bertolak ke Mekah, transit di Jeddah dan balik pada hari yang sama semata-mata untuk membeli minyak wangi Musk Al-Rumman. Menerusi video di laman TikTok, Ryzal menjelaskan minyak wangi tersebut hanya boleh didapati di Mekah. Bagaimanapun, Ryzal meluahkan rasa kecewa disebabkan tidak dapat menunaikan umrah kerana berkesempatan untuk singgah di Mekah selama beberapa jam sahaja. “Ryzal sekarang berada di Jeddah, dalam perjalanan ke Mekah untuk membeli minyak wangi. “Selepas beli minyak wangi, Ryzal akan naik teksi yang sama dan balik ke Lapangan Terbang Jeddah. Ada empat jam lagi, Ryzal kena berada di lapangan terbang semula pada pukul 1 petang. “Ryzal datang ke Mekah dari London. Kalau hendak buat umrah memang tidak sempat. MasyaAllah, tidak boleh lupa bau minyak wangi tersebut,” katanya.
Menurut Ryzal, dia ingin menunaikan umrah kerana sudah berada di Tanah Haram, tetapi terpaksa melupakan niatnya itu atas faktor kekangan masa. “Mungkin sebab Allah SWT tidak izinkan, maka tidak jadilah (melakukan umrah). Apa sahaja yang kita lakukan, semuanya atas izin Allah SWT. “Perancangan Tuhan adalah yang terbaik,” katanya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu dengan Ryzal yang mampu pergi Mekah dan balik pada hari yang sama. “Untunglah banyak duit. Nak pergi Mekal pun tidak ada hal. Jalan terus,” kata seorang pengguna. “Aku rasa, dialah orang pertama pergi Mekah balik hari semata-mata untuk beli minyak wangi,” kata Yati Tiram. “Minyak wangi Mekah baunya memang lain daripada yang lain. Boleh jatuh cinta dengan wangian dari Mekah ini,” kata Sue. Sumber – KOSMO! ONLINE |
amyza replied at 21-5-2024 07:22 AM
Tak payah tawaf selamat datang ke? Dah berlegar2 sekitar masjidil haram tu. Tolong sape yg arif jawa ...
ADVERTISEMENT