CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua jam pujuk, turunkan lelaki atas pencawang elektrik

21-5-2024 12:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3746| Komen: 15

Description: JITRA – Setelah hampir dua jam berada di atas pencawang elektrik bervoltan tinggi di Kampung Muhibbah, di sini, seorang lelaki akhirnya berjaya dibawa turun oleh anggota bomba.



JITRA – Setelah hampir dua jam berada di atas pencawang elektrik bervoltan tinggi di Kampung Muhibbah, di sini, seorang lelaki akhirnya berjaya dibawa turun oleh anggota bomba.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dibawa turun menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) pada pukul 8.43 malam

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum itu juga dipanggil bagi memutuskan bekalan elektrik di pencawang tersebut.

“Setelah dipujuk, lelaki terbabit selamat dibawa turun dari pencawang dengan ketinggian kira-kira 25 meter,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki menggemparkan penduduk Kampung Muhibbah apabila dia secara tiba-tiba memanjat pencawang elektrik bervoltan tinggi, malam ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ChildrenOfBodom 21-5-2024 08:56 AM
hahaha kecoh pasai ni kt jitra semalam,, warga asing katanya, dari mana tak sure..
Quote ChildrenOfBodom 21-5-2024 08:57 AM
Edited by ChildrenOfBodom at 21-5-2024 08:58 AM

https://www.instagram.com/kongsi.viral/reel/C7MuGpgSIsV/

[ig]C7MuGpgSIsV[/ig]


Quote kotakbaju 21-5-2024 09:16 AM
ChildrenOfBodom replied at 21-5-2024 08:56 AM
hahaha kecoh pasai ni kt jitra semalam,, warga asing katanya, dari mana tak sure..

Warga asing rupanya. Ingat orang situ jugak. Dah pasaipa gigih pi ragaih ataih pencawang tu, kot ye pun nak bunuh diri pi la tempat lain, ceruk2 hutan ka apa.
Quote BoongaKertas 21-5-2024 09:17 AM
tu kalau silap sikit tu, jd BBQ dia kat atas tu
Quote ChildrenOfBodom 21-5-2024 09:30 AM
kotakbaju replied at 21-5-2024 09:16 AM
Warga asing rupanya. Ingat orang situ jugak. Dah pasaipa gigih pi ragaih ataih pencawang tu, kot y ...

ada laporan berita kata warga asing..ada yg kata beralamat di perak, tapi tak tulis pulak lelaki tempatan
Gempar lelaki warga asing panjat pencawang elektrik

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
20 Mei 2024, 9:08 pm

JITRA – Seorang lelaki dipercayai warga asing menggemparkan penduduk Kampung Muhibbah di Tanah Merah, di sini apabila dia secara tiba-tiba memanjat pencawang elektrik bervoltan tinggi, malam ini.


https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... pencawang-elektrik/


=================================================================




Lelaki ditahan polis kerana panjat pencawang elektrik

Jitra: Lelaki yang memanjat pencawang elektrik di Kampung Muhibbah, Bandar Darulaman, petang semalam, ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, hasil siasatan mendapati, lelaki berusia 39 tahun itu beralamat di Batu Kurau, Perak.

Beliau berkata, suspek ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu dan akan dirujuk ke Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk ujian saringan air kencing, hari ini.

"Dalam kejadian semalam, bilik gerakan IPD Kubang Pasu menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam pada 6.24 petang yang memaklumkan suspek dipercayai memanjat pencawang elektrik itu.

"Berikutan itu anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan anggota Balai Polis Jitra tiba di lokasi dan mendapati suspek masih berada di atas pencawang berkenaan.

"Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kubang Pasu dan ambulans turut berada di lokasi untuk melakukan penyelamatan dan suspek berjaya dibawa turun pada 8.45 malam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media semalam melaporkan, seorang lelaki bertindak berani dengan memanjat pencawang elektrik sehingga menimbulkan ketakutan orang ramai di Kampung Muhibbah, Bandar Darulaman di sini.

Aksi lelaki terbabit memanjat pencawang bagaikan 'Spiderman' itu turut dirakam orang awam yang memenuhi kawasan itu dan boleh membahayakan nyawanya kerana arus voltan elektrik yang tinggi.



https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pencawang-elektrik

Quote kotakbaju 21-5-2024 09:38 AM
ChildrenOfBodom replied at 21-5-2024 09:30 AM
ada laporan berita kata warga asing..ada yg kata beralamat di perak, tapi tak tulis pulak lelaki t ...

Rasanya lelaki tempatan pun tak koser nak panjat pencawang saja2 kecuali dalam keadaan tak waras.
Quote supernaturalee 21-5-2024 11:19 AM
hai nasib la tak sampai tahap crispy kt ats tu

Quote plywood 21-5-2024 11:36 AM
orang weng saja yg buat mcm ni
Quote I.K.A888990 21-5-2024 01:47 PM
gigih eh tempat berisiko gini kau panjat
Quote sukacactus 21-5-2024 02:31 PM
Nak healing2 tu pergi la tepi tasik darulaman tu ha, dok situ takda sapa nak tangkap ko
Quote ninja boy 21-5-2024 06:45 PM
Edited by ninja boy at 21-5-2024 06:47 PM

Dah agak wargasing, org tempatan mana berani pencawang electric, wargasing juga ada masalah murung. Warga Malaysia aman2 masalah campak kat anak bini parent jiran org ramai tanggung
Quote Titatu 24-5-2024 11:16 AM
bahayanya
Quote mdhelmi 24-5-2024 05:16 PM
terpengaruh cerita Fall la tu
send msg pastu masukkan fon dlm kasut dan cuba jatuhkan
tgk msg tu sampai ke tak
Quote hokeypokey 24-5-2024 05:51 PM
terer la panjat tak jatuh
Quote any42 24-5-2024 05:55 PM
kesian pulak. Ape la mslah dia

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.053666 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top