CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jenazah suspek serang balai polis Ulu Tiram selamat dikebumikan kira-kira 300 meter dari kubur lain

20-5-2024 11:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9775| Komen: 119

Description: Jenazah suspek lelaki yang ditembak mati dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram telah selamat dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram pada Selasa.

Jenazah suspek lelaki yang ditembak mati dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram telah selamat dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram pada Selasa.

Menurut Sinar Harian, jenazah tiba pada jam 12.15 tengah hari dan dikebumikan kira-kira setengah jam kemudian di tanah perkuburan yang berdekatan dengan rumah keluarganya di Kampung Sungai Tiram.

Upacara pengebumian tersebut dikawal ketat oleh anggota polis, dengan pihak media dan orang ramai tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan serta pintu utama dikawal oleh lima anggota polis.

Proses pengebumian ini hanya dihadiri beberapa penduduk kampung serta pegawai dan anggota polis.

Difahamkan, proses pengebumian lewat dijalankan kerana tiada ahli keluarga yang menuntut jenazah selepas bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI).

Waris lelaki tersebut hanya menuntut jenazah pada pagi Selasa sebelum urusan pengebumian dilakukan.


Bagaimanapun, kubur suspek terletak di hujung tanah perkuburan tersebut, kira-kira 300 meter dari kubur lain.

Ketua Kampung Sungai Tiram, Muhamad Mohamed Som, 66, memaklumkan bahawa Pejabat Kadi Daerah mengarahkan kubur suspek dijarakkan dari kubur lain.

"Untuk itu kita telah menyediakan tapak kubur di hujung kawasan tanah perkuburan berkenaan," katanya ketika ditemui.

Jumaat lalu, media melaporkan berlaku serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram pada jam 2.30 pagi yang mengorbankan dua anggota polis, manakala seorang lagi cedera.

Dalam kejadian tersebut, seorang penyerang bertopeng dan berpakaian gelap serta bersenjatakan parang ditembak mati di lokasi kejadian.

Anggota polis yang maut ialah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, manakala anggota yang cedera ialah Koperal Mohd Hasif Roslan bertugas di Unit Rondaan Cegah Jenayah.

Susulan insiden itu, tujuh individu termasuk lima ahli keluarga suspek serta dua penuntut institut pengajian tinggi (IPT) direman untuk membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 20-5-2024 11:52 PM
Tah2 pembunuh ni sempat bertaubat sebelum mati. Jumpa kat akhirat dia flip hair ja.

Anyway, what goes six feet under are just bio waste.
Quote Ahriman 21-5-2024 12:00 AM
Zaman sekarang kubur pon dh ada kasta.
Quote grouper 21-5-2024 12:28 AM
Penjenayah2 yg dh meninggal sebelum ni ada x kubur asing mcm ni? Lepas ni kena wat kawasan kubur untuk penjenayah?
Quote otai_g 21-5-2024 12:31 AM
Ni ajaran mn ikut ni nak jarak2 kan kubur. Kubur masing2. Kalo mayat dlm kubur sebelah kena sebat tade effect pun kat jiran sebelah.
Quote Suchi 21-5-2024 12:36 AM
otai_g replied at 21-5-2024 12:31 AM
Ni ajaran mn ikut ni nak jarak2 kan kubur. Kubur masing2. Kalo mayat dlm kubur sebelah kena sebat ta ...

Fatwa drpd mufti Johor sendiri

Jawatankuasa Fatwa Johor (JFJ) memutuskan jenazah penyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu dikebumikan jauh dari kubur-kubur lain.
Jenazah juga tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid atau surau dan hendaklah dimandi, dikafan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga sahaja.
"Fatwa ke atas jenazah suspek ini sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek apatah lagi membunuh anggota yang menjaga keselamatan negara yang tidak melakukan salah dan silap terhadap suspek.
"Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dan simpati ke atas suspek di atas apa yang telah dilakukannya," menurut kenyataan JFJ, seperti dilaporkan Harian Metro.
Dilaporkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Jumaat lalu, dipengerusikan Mufti Johor Yahya Ahmad.
Quote sharlenetexas 21-5-2024 03:01 AM
Kalau brf, tanam kat area frogmore sebelah kotej katak.


Quote stingergrumpy 21-5-2024 04:29 AM
Anak jiran aku yg 3 tahun tanya...kalo jenazah ini dikebumikhen jauh dari pusara umum yg lain atas khilafnya didunia sebelum matinya....bagaimana pula jenazah sultan serta pembesar pembesar negara yg lain yg disatukhen disemadikhen 'dikhaskhen' diplot jauh dari pusara lain  jua? Apa pula sebabnya?

Anyone?
Quote stingergrumpy 21-5-2024 04:34 AM
Adakah soalan soalan kubur yg akan dipersoalkan keatas penghuni kubur ini berbeza dari penghuni kubur2 lain? Tanya anak jiran aku
Quote stingergrumpy 21-5-2024 04:35 AM
Adakah doa buat simati yg satu ini sejurus selepas disolat jenazahkheun berbeza dari jenazah penganut2 islam yg lain? Kerana silamnya waktu hidupnya?
Quote Nurkaseh01 21-5-2024 05:28 AM
Biar betul boleh buat mcm ni, bukan nya kubur yang jauh2 ni org murtad dengan bunuh diri je?
Quote Perwira2022 21-5-2024 06:49 AM
Nanti macamanalah kubur penjenayah liwat dan rasuah yg telah disahkan & disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah. Adakah dikuburkan di luar pagar tanah perkuburan? Ye lah, takut pulak kalau diliwatnya mayat2 lelaki lain bawah tanah tu.
Quote pokokmeranti 21-5-2024 07:46 AM
Perwira2022 replied at 21-5-2024 06:49 AM
Nanti macamanalah kubur penjenayah liwat dan rasuah yg telah disahkan & disabitkan kesalahan oleh pi ...

akan dikuburkan bersama pemimpin2 agung yg 'mulia' lain. nanti leh sembang2 sesama jiran tanya masa hidup apa kau dah buat utk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.
Quote imanamsyar 21-5-2024 08:03 AM
ada sapa2 tau motif dia serang balai polis tu..iolls baca 2,3 artikel still xtau motif dia..stress ke? psyco ke? dendam ke?
anyone, please enlighten me..
Quote lostnfaun 21-5-2024 08:08 AM
Apa ke pelik fatwa mufti nie. Mati pun ada kasta yer. Habis banduan kes² berat & penjenayah yg mati semua tue kubur asing² jgk ke?

Asbab kubur asing tue, 7 keturunan org bercerita.
Quote A-Are 21-5-2024 08:13 AM
Nurkaseh01 replied at 21-5-2024 05:28 AM
Biar betul boleh buat mcm ni, bukan nya kubur yang jauh2 ni org murtad dengan bunuh diri je?

ni dikira bunuh diri la ni...dia mst da tao consequence dia p serang balai jd apa...
Quote Decaffeinated 21-5-2024 08:17 AM
Suchi replied at 21-5-2024 12:36 AM
Fatwa drpd mufti Johor sendiri

Jawatankuasa Fatwa Johor (JFJ) memutuskan jenazah penyerang Balai  ...

Jawatankuasa fatwa dah jadi hakim mengadili orang yang telah mati yang tentunya tak mampu menjawab. Nama pun saspek, tau saspek?
Quote reddots 21-5-2024 08:30 AM
sebab reput cari ni tetiba hidup aku konfius kejap. hari ni hari rabu ker selasa. reput cari pemalas. dah la artikel tak tulis tarikh, letak hari pun hentam kromo.
Quote stingergrumpy 21-5-2024 08:33 AM
Decaffeinated replied at 21-5-2024 08:17 AM
Jawatankuasa fatwa dah jadi hakim mengadili orang yang telah mati yang tentunya tak mampu menjawab ...

MAZA dah komen kewww?

Atau kejong kerana belum ditanya?
Quote noor2 21-5-2024 08:34 AM
Knp perlu diasingkan?.

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.055771 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top