Pelakon Mimi Lana mendedahkan dia menangis selama hampir seminggu selepas terpaksa memotong pendek rambutnya demi menjayakan watak bernama Emma dalam filem The Experts. Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, berkata ketika itu dia berasa tidak yakin pada diri dan sedikit kekok dengan imej tersebut. "Waktu saya potong rambut untuk The Experts ini, saya rasa hampir seminggu saya menangis-nangis. Sebab saya rasa tak boleh terima, tak boleh carry rambut itu." "Jadi, baru sekarang ini saya nak rasa rambut panjang balik. Tolong jangan suruh saya potong rambut lagi." Mimi berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem The Experts yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Tambah Mimi, dia berpendapat imej berambut pendek kurang sesuai dengannya dan akui mengambil masa untuk menyesuaikan diri.
"Mungkin saya dah biasa rambut panjang dan tak pernah berambut pendek. Saya rasa kali terakhir saya rambut pendek, waktu saya sekolah dulu. Bila mereka minta saya potong rambut pendek, mulanya saya yakin." "Okay boleh la! Tapi bila dah potong, saya rasa tak ada benda yang dapat tutup diri saya. Ini kali pertama saya rasa macam itu. Setiap kali bangun pagi, saya rasa ‘oh no, this is not me, tak sesuai dengan diri saya’. Saya rasa tak yakin dengan diri sendiri. Tapi lama-lama saya kena terima la." Sementara itu, disoal adakah dia sanggup memotong lagi rambutnya jika mendapat bayaran tinggi dalam mana-mana tawaran, Mimi menjawab dia akan melihat dari segi skrip sesebuah naskhah. "Insya-Allah, (potong rambut jika dapat bayaran tinggi). Kita kena tengok la bayaran itu, berbaloi ke tak. Kita kena tengok skrip juga." "Kalau skrip itu menuntut kita berambut pendek, tak boleh panjang, kita kena potong la. Apa-apa pun kita tengok pada skrip la." Sekadar info, filem aksi heist, The Experts terbitan Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures bakal menemui penonton bermula 23 Mei ini di pawagam seluruh negara. Selain Mimi, The Experts turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Maya Karin, Remy Ishak, Ray Dap Dap dan ramai lagi. Sumber : OhBulan |
jambatannetizen: Mimi ini pada i dia ini budak ...
missbigrockstar replied at 20-5-2024 10:47 PM
Nipu lah last rambut pendek zaman sekolah dulu. Ada je dia rambut layered ke mullet ke few years bac ...
DianaSaksen replied at 21-5-2024 01:57 PM
Bagi aku misha Omar artis paling lawa Dan sesuai rambut pendek..still nampak feminine
sharlenetexas replied at 20-5-2024 11:38 PM
Nekti promote cite ni. Ankel jay 1st time jd produser.
ADVERTISEMENT