Pelakon Mimi Lana menyatakan sokongan terhadap gerakan Blockout 2024 jika ia mampu meningkatkan kesedaran jenama antarabangsa mengenai nasib rakyat Palestin. Mimi, atau nama sebenarnya Roziana Zainal Abidin, 28, berharap usaha gerakan tersebut dapat memberi tekanan kepada jenama-jenama yang mempunyai kaitan dengan Israel. “Benda ini sudah lama berlaku. Saya rasa semua orang pun sedar dengan benda ini dan semua orang pun berpihak kepada Palestin. “Saya sokong 100 peratus kalau gerakan ini dapat membantu dan dapat memberi tekanan pada jenama yang secara terang-terangan memberi sumbangan kepada Israel,” katanya pada tayangan perdana filem The Experts malam tadi. Dalam pada itu, Mimi bagaimanapun mengharapkan agar gerakan Blockout itu tidak menjadi punca masyarakat saling bermusuhan. Sebaliknya, mereka harus bersama-sama bagi memastikan misi menghentikan serangan Israel ke atas Palestin dapat dibuat.
“Saya rasa kita jangan bawa isu ini sampai berpecah-belah. Kita kena tahu misi kita kenapa kita buat benda ini. “Kita kena bersatu dan membantu mereka sebab kita tahu perkara ini sudah sampai di hujung (Rafah iaitu kubu terakhir penduduk Gaza) dan mereka memerlukan suara kita,” katanya. Kempen Blockout artis dan pempengaruh bermula di Amerika Syarikat (AS) di mana menyasarkan golongqn yang tidak pernah bercakap mengenai Palestin atau menjadi duta produk menyokong kekejaman Israel. Kempen tersebut turut menular ke Malaysia dan menamakan beberapa nama barisan selebriti popular tanah air dan pempengaruh antaranya Nadhir Nasar, Nabila Razali, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Daiyan Trisya, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari. Sumber – KOSMO! ONLINE |
pocongkiutss replied at 18-5-2024 12:08 PM
Dia mmg pernah share post pasal gaza sebelum ni atau baru nk menggelabah mcm DT ?
cm_vungtau replied at 18-5-2024 02:27 PM
Honest question. Kalau orang yang suka post2 pasal Gaza ni korang baca ke? Kalau aku, aku skip aje ; ...
cm_vungtau replied at 18-5-2024 02:27 PM
Honest question. Kalau orang yang suka post2 pasal Gaza ni korang baca ke? Kalau aku, aku skip aje ; ...
alesandra replied at 18-5-2024 02:11 PM
Org xde berpecah belah la.biasa la semua benda argue.kopi mana terpaling sedap pun bole bergado mcm ...
fattymah replied at 18-5-2024 02:44 PM
Asyik2 gambo berdarah je chouls.. gambo budak tadak kaki..
cm_vungtau replied at 18-5-2024 02:27 PM
Honest question. Kalau orang yang suka post2 pasal Gaza ni korang baca ke? Kalau aku, aku skip aje ; ...
sharlenetexas replied at 18-5-2024 08:40 PM
Iols selalu tgk reels stray cats kat gaza.
Missjass replied at 18-5-2024 12:13 PM
Rasa mcm dh lama jgk tk post. Dulu ad la jgk siap ikut Faz pergi solidarity
Lampuled replied at 18-5-2024 08:49 PM
Kalau yg jenis post or share yg extreme tu mmg skip or i unfollow je sbb mmg tak boleh nk tgk. I s ...
ADVERTISEMENT