CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu Rafah, Kalau awak ada peluang untuk menonton keseluruhan video itu pasti awak tahu apa yang berlaku – Ning Baizura

19-5-2024 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13274| Komen: 25



TERUK dikecam gara-gara didakwa kurang cakna terhadap isu Palestin, penyanyi Ning Baizura mengakui tidak sengaja memberi reaksi sedemikian kerana sibuk melayan permintaan peminat untuk menyanyikan lagu.

Ujar Ning atau Ning Baizura Sheikh Hamzah, 49, orang ramai tidak akan salah faham sekiranya mereka menonton keseluruhan video siaran langsung tersebut.

“Kalau awak ada peluang untuk menonton keseluruhan video itu pasti awak tahu apa yang berlaku dan saya ada kongsi dalam Instagram saya.

Ketika peminat meminta lagu, saya membaca komen yang keluar dan pada ketika itu secara khususnya saya bercakap nama penonton yang sukar disebut.

“Semasa saya baca komen peminat, tanpa sengaja saya beri reaksi seperti itu. Saya tak bermaksud mahu mempersenda situasi di Gaza dan tempat itu. Sebab itu saya cakap ‘siapa itu’ bukan ‘apa itu’,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.


Seperti menambah minyak ke dalam api, pelantun lagu Curiga itu mengakui kecewa sikap segelintir netizen yang menyunting video tersebut sehingga menyebabkan tuduhan bertambah teruk.

Menurut Ning, hakikatnya dia juga dalam diam membantu rakyat Palestin namun enggan menguar-uarkan sumbangannya itu.

Saya rasa perkara kecil ini telah tular tanpa mengetahui situasi sebenarnya. Sangat mudah bagi orang lain untuk sunting seperti yang tular.

“Terus-terang saya tidak berniat hendak menyakiti sesiapa pun kerana saya tahu apa yang berlaku di Palestin. Saya juga banyak menyumbang.

Cuma benda-benda amal ini tidak perlu diuar-uarkan, semuanya datang dari hati kita,” ujarnya.

Bukan tampil memberi seribu alasan sebaliknya Ning berpendapat tidak adil netizen tidak mendengar penjelasan darinya dan hanya menghambur kata nista susulan video berkenaan tular.

Saya di sini bukan ingin memberi alasan tapi sebagai manusia kita berhak untuk mendengar kedua-dua belah pihak sebelum menyerang Instagram saya menggunakan kata-kata kasar.

“Segelintir peminat saya keluar memberikan kenyataan terima kasih untuk sokongan itu dan yang tidak mengikuti saya keluarkan pelbagai perkataan tidak sedap didengar,” ujarnya.

Sebelum ini, netizen kecewa dengan respons Ning yang bertanya siapa ‘Rafah’ ketika muncul menerusi video siaran langsung dalam Instagram miliknya.

Dia memberi respons spontan itu selepas penonton video siaran langsungnya meninggalkan komen ‘All Eyes on Rafah’. “All eyes on Rafah… Who’s that?,” katanya sambil tersenyum ketika membaca komen tersebut.

Sumber  – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 19-5-2024 03:14 PM
sudah la kau...x sedar dii tu sendu
Quote imransulaiman 19-5-2024 05:58 PM
Dengar boleh...percaya jangan.

Awak tunjuklah bukti video penuh. Takkan seorang pun followers awak tu takde yang rekod penuh.
Quote sharlenetexas 19-5-2024 06:27 PM
Macik ni makin tua makin perasan bimbo mcm. Dia ingat comel sangat ke. Umur bukannya bbnu.


Quote Sesuatu… 19-5-2024 06:30 PM
Skrg kak ning tau dh kn who is Rafah?
Quote hokeypokey 19-5-2024 06:34 PM
mana full video???
Quote jihyomelly 19-5-2024 07:40 PM
alhamdulillah akhirnya acik kuning tahu rafah tu apa kan lps kena boikot..kalau tak tak peduli pun…
Quote Hoola 19-5-2024 07:51 PM
dok tiam2 la kak ning
kita gen ongtua dh ni buruk asyk main hp je

silent is golden
lbh classy org2 muda kata
Quote hazmireen 19-5-2024 08:12 PM
Xcuseee meee… who is ning???
Quote sangbara2020 20-5-2024 07:52 AM
org dh xpeduli ke dia ke yg dia mengarut2 sgt ni?
Quote imanamsyar 20-5-2024 08:44 AM
memang la dia sebut who's that..sbb dia ingat rafah tu macam Siti Nur Rafah binti Ariffin..
damage has done la mokcik..netz tidak budusss...
Quote Prickford 20-5-2024 08:48 AM
Support LGBT, menggelupor sambut Xmas sedangkan mak & husband yg asal2 Christian dah convert Muslim, what do u expect guys. Acik Kuning sedang biol menopos.
Quote HoneyManjer 20-5-2024 08:50 AM
mintak maaf jer la macam selalu buat....
netz ummah malays semua pemaaf
Quote epullipan 20-5-2024 08:59 AM
play victim ke tu
Quote kakakgarang 20-5-2024 09:39 AM
hmmm iolls nk sokong kuning la.. huhu...
Quote Burong_Hantuk 20-5-2024 12:04 PM
dia nih memang drpd dulu bnyk hal,,kes gaduh dgn bapak kandung,kes fantasi dgn 7 jantan dll...sampah sangat
Quote BoongaKertas 20-5-2024 04:19 PM
done blocked and left
Quote vanillaninja 20-5-2024 04:35 PM
Burong_Hantuk replied at 20-5-2024 04:04 AM
dia nih memang drpd dulu bnyk hal,,kes gaduh dgn bapak kandung,kes fantasi dgn 7 jantan dll...sampah ...

5 je. 7 tu ramai sangat
Quote OyaTonggek 20-5-2024 04:37 PM
acik ni sambut krismas mcm dia yg kapir...siap pokok krismas bagai...omaknye skali bersluar pendek eventho kulit dh melayut..
Quote heythere123 21-5-2024 01:44 PM
bukan video tu ada lagi ke dekat ig sheols?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.042347 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top