CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Setiap Hari Ada Post! Fazura Dipuji Netizen, Artis Paling Konsisten Bersuara Tentang Palestin

17-5-2024 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 102584| Komen: 863



Sejak beberapa hari lepas, beberapa selebriti tanah air teruk dihentam masyarakat disebabkan gerakan #Blockout2024.

Ada yang dikecam kerana tidak menggunakan platform media sosial mereka untuk bersuara tentang apa yang berlaku di Palestin dan ada juga yang dihentam kerana langsung tidak tahu tentang apa yang berlaku di Rafah ketika ini.

Pelakon dan usahawan, Fazura menerima pujian ramai netizen kerana dilihat sentiasa konsisten berkongsi tentang Palestin sejak awal lagi.

Menerusi hantaran di Twitter, seorang individu mempersoal bagaimana Ning Baizura boleh tidak tahu langsung tentang apa yang berlaku di Rafah sedangkan penyanyi itu mengikuti Fazura di Instagram.

"Dia follow Fazura kot, takkan la tak keluar langsung kat feed (Instagram)."



Netizen memuji keberanian Fazura kerana meskipun mempunyai hubungan baik dengan pelbagai jenama mewah antarabangsa namun dia tidak mempedulikan hal tersebut dan tetap bersuara tentang Palestin.

Malah ada yang berkata Fazura tidak memuat naik atau mempromosikan tentang jenama antarabangsa yang menyokong Israel sejak 7 Oktober lagi.

"Fazura tu asal aku scroll IG mesti tengah post pasal Palestine. Artis yang paling konsisten post. Post dia pasal Palestine lagi banyak dari post kerja/personal."


Dalam pada itu, netizen berkata Fazura adalah bukti bahawa tiada apa yang buruk bakal berlaku malah rezeki makin melimpah ruah jika bersuara tentang Palestin.

Malah, ada yang menyindir selebriti lain yang senyap dan tidak menyebarkan kesedaran tentang Palestin gara-agra mahu menjaga ‘periuk nasi’ masing-masing.


Selain Fazura, Kavita Sidhu, Ramona Zam Zam, Uyaina Arshad, Lisa Surihani dan Yuna juga antara selebriti yang dilihat konsisten berkongsi tentang Palestin.

SUMBER : Twitter/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yellowsky 17-5-2024 12:01 AM
Yuna pun sama
Quote hmmlantakko 17-5-2024 01:10 AM
tanggung ke pakai topi bawah tudung cenggitu??
Quote Frangapini 17-5-2024 01:31 AM
Sekali sekala Fazura ni bergaya.. dengan topi & scarft tu.. nampak ‘fab’ & chic’   x semua orang boleh ‘carry’ this look.
Quote sharlenetexas 17-5-2024 02:06 AM
Perkara baik kita sokong.


Quote divalaura 17-5-2024 02:48 AM
risau lobenak serang memvavi buta
Quote Frangapini 17-5-2024 03:19 AM
yellowsky replied at 17-5-2024 12:01 AM
Yuna pun sama

Article dah mentioned di last paragraph.

“ ……Selain Fazura, Kavita Sidhu, Ramona Zam Zam, Uyaina Arshad, Lisa Surihani dan Yuna juga antara selebriti yang dilihat konsisten berkongsi tentang Palestin”.
Quote Shayang 17-5-2024 06:35 AM
Edited by Shayang at 17-5-2024 06:39 AM

Awal2 dulu masa bulan okt 23 tu dia lambat juga tak post awal2 masa terjadi la.
Ingat lagi masa tu org list kan juga dia sbb tak nmpk lg post pasal palestine
Masa tu pun netizen kecoh gak kan marah2 artis/influencer yg tak post.
Quote hanihan16 17-5-2024 06:49 AM
Shayang replied at 17-5-2024 06:35 AM
Awal2 dulu masa bulan okt 23 tu dia lambat juga tak post awal2 masa terjadi la.
Ingat lagi masa tu o ...

tapi dia dah start consistent & actively post pasal palestine since 19 oktober lagi, both kat feed & stories.
Quote Piramida 17-5-2024 07:08 AM
Dia ni antara yg pandai guna soc med ke arah yg elok2 tanpa try hard jadi penonggeng.
Quote Shayang 17-5-2024 07:17 AM
Edited by Shayang at 17-5-2024 07:24 AM
hanihan16 replied at 17-5-2024 06:49 AM
tapi dia dah start consistent & actively post pasal palestine since 19 oktober lagi, both kat feed ...


Ya sbb sblm tu mmg netizen ada kecoh2 pasal ni bila tgk start 7 oct tak ramai org pemes sebut pasal palestine.
syamimia tu start kena kecam sbb jawab pasal neutral tu pun masa 16 okt. Dasat gak dia kena sampai hilang byk followers.
Sejak tu laa influencer dan artis semua start share dah pasal palestine.
PM pun start buat solidariti sampai sekolah2 pun diarahkan buat.

Sblm2 ni cuma artis2 dan influencer pro palestine je yg sejak dulu2 rajin post pasal palestine walaupun bkn masa perang cth yatt mengayat ,heliza, farah lee dan geng2 usrah tu.

Quote fossil 17-5-2024 07:31 AM
fazura the besttttt

non-stop post pasal palestine n collaborate with wartawan palestine untuk post berita terkini. proud of you fazura
Quote ___ 17-5-2024 07:59 AM
Tapi suami berbangga dgn produk berkait Israel.
Macam poyo je ber-LV bagai, siap tagging LV.

Fazura gigih post pasal palestin everyday... dia gigih endorse produk pro-Israel

1000074589.jpg
Quote cm_vungtau 17-5-2024 08:02 AM
Edited by cm_vungtau at 18-5-2024 04:52 PM

Terpaling Palestine Macam la orang tak reti baca news.
Quote oklatu85 17-5-2024 08:33 AM
___ replied at 17-5-2024 07:59 AM
Tapi suami berbangga dgn produk berkait Israel.
Macam poyo je ber-LV bagai, siap tagging LV.


Laki dia pun da masuk Dalam blockout.. ni benang fazura...focus on subject..
Quote ___ 17-5-2024 08:39 AM
oklatu85 replied at 17-5-2024 08:33 AM
Laki dia pun da masuk Dalam blockout.. ni benang fazura...focus on subject..

Hahaha bila tiba tang couple ni disuruh focus on subject.
Tak boleh disentuh ye couple ni kat forum nii.

Bila kena kat org lain... segala adik beradik kena kutuk

Fazura tak tegur ke suami poyo dia endorse brand pro israel?
Kata terpaling palestin
Bini terpaling palestin... laki endorse brand zionist symphatiser
Quote oklatu85 17-5-2024 08:44 AM
___ replied at 17-5-2024 08:39 AM
Hahaha bila tiba tang couple ni disuruh focus on subject.
Tak boleh disentuh ye couple ni kat foru ...

Kenapa plak dia nak tegur..da Nama pun fattah Tu Lagi dia.. kalau da kena blockout nasib dia la... Dia Yang pegi promote.. tanggungjawab diri sendiri... Takkan semua benda nak salahkan faz. Faz da buat part dia.. siap collaborate Lagi dengan wartawan dkt Sana utk engage pasal palestin. X kisah dapat warning engagement kurang.. makcik bawang mmg suka salahkan faz kalau hal fattah.. padahal fattah Tu suami dia kot
Quote ___ 17-5-2024 09:05 AM
Edited by ___ at 17-5-2024 09:30 AM
oklatu85 replied at 17-5-2024 08:44 AM
Kenapa plak dia nak tegur..da Nama pun fattah Tu Lagi dia.. kalau da kena blockout nasib dia la... ...

So terpaling palestin on socmed je lah.
Off socmed tak terpaling palestin lah ye?... laki sendiri pun bangga dgn brand pro-Israel. Org lain masuk blockout list, gigih delete post... dia tak de pun delete. Gigih sembah brand pro-zionist.
Even Fattah tu laki dia... dia tak boleh tegur ke.
Kalau laki kau langgan pelacur... kau tak boleh tegur? Sebab status si suami lagi tinggi drpd isteri ke macamana logic akal kau ni?

Bagus modus operandi couple ni... pro-palestin boleh collab dgn Fazura... pro-zionist israel pulak collab dgn Fattah

Dua- dua pihak boleh sapu hahahah






Quote Masukkeluar 17-5-2024 09:09 AM
Si pasha sanda tu sama macam awal. Langsung xpernah post apa apa pn smpai skrg. Org dk kecoh psl rafah dan blockout pun langsung senyap buat tak tahu. Ignorant gila pasaa sendat ni. Pdhl dia ni mana pernah collab dgn brand international mcm retis lain. Byk jd duta timbang kilo je
Quote apedehal 17-5-2024 09:13 AM
___ replied at 17-5-2024 09:05 AM
So terpaling palestin kat socmed je lah.
Kat rumah tak terpaling palestin pun... laki sendiri pun b ...

Jgn gelabah nyah... kat umah myb da kena sound smpai gaduh2 we dunno... i said again we dunno

Lihat semua komen(863)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.270080 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top