SINGAPURA – Singapore Airlines akan membayar bonus hampir lapan bulan gaji kepada kakitangan syarikat penerbangan berkenaan selepas mencatatkan prestasi kewangan terbaiknya, lapor portal berita pyok semalam. Menurut Singapore Airlines, para pekerja akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.9 bulan gaji asas. Bonus dikira menggunakan formula lama yang dirangka untuk memberi ganjaran kepada pekerja apabila syarikat penerbangan itu menunjukkan prestasi yang baik. Bagi tahun kewangan 2023-2024, syarikat penerbangan itu melaporkan keuntungan S$2.68 bilion (RM9.33 bilion) berdasarkan pendapatan mencecah S$19 bilion (RM66.19 bilion). Ia merupakan keuntungan terbesar pernah dicatatkan Singapore Airlines dalam tempoh 77 tahun. Tahun lalu, Singapore Airlines membayar bonus perkongsian keuntungan yang besar selepas pekerja menerima bonus bersamaan dengan 6.65 bulan gaji ditambah dengan bonus ex-gratia tambahan bernilai sehingga 1.5 bulan gaji pokok. – AGENSI
|
jejaka_hensem replied at 17-5-2024 12:06 AM
Kitorang hujung bulan ni baru tau samada 5 atau 6 bulan bonus.
Nak jugak terpaling di forum
cmf_premierleag replied at 17-5-2024 07:23 AM
Boleh la staf SIA beli umah landed banglo kt johor
Kitty_catz replied at 17-5-2024 08:47 AM
hagaknya udah ada tu sis
deme dah lama ranchangggg...kita je yg tatawuuuu
sharlenetexas replied at 16-5-2024 10:53 AM
Kebaya mas tetap lawa.
TOPwind replied at 17-5-2024 12:41 AM
MAS untung RM700 juta je
dapat 4 bulan bonus
cmf_premierleag replied at 17-5-2024 08:58 AM
Best le depa bleh beli umah cash landed kt johor..by 2026 nanti RTS dah JB spore dah siap, senang ...
ADVERTISEMENT