CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelancong Israel dirompak di Thailand, ditinggal tepi jalan

16-5-2024 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19946| Komen: 26


BANGKOK – Seorang pelancong Israel berusia 81 tahun mendakwa dia ditinggalkan selepas telefon bimbitnya dirompak oleh penunggang teksi motosikal di Sattahip, wilayah Chonburi kelmarin, lapor laman berita The Pattaya News hari ini.

Mangsa, Albert Mahlev ditemui sedang duduk bersendirian di sebuah kedai di tepi Jalan Sukhumvit, daerah Sattahip.

Dia menyewa teksi bermotosikal dari Soi Buakhao di Pattaya, manakala penunggang tersebut membawa Mahlev ke persimpangan di Jalan Sukhumvit.

Penunggang bermotosikal itu didakwa meninggalkan Mahlev selepas mencuri telefon bimbitnya.

Disebabkan tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain kerana halangan bahasa, dia duduk di tepi jalan bagi menunggu bantuan.

Penduduk yang tidak dikenali kemudian menghubungi Balai Polis Sattahip dan anggota-anggota polis pelancong bertindak balas di tempat kejadian.


Mereka kemudian membawa Mahlev ke balai polis untuk siasatan lanjut. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 15-5-2024 11:21 PM
Negara pujaan Mat Salleh.

Adan uke
Quote Carcosa 15-5-2024 11:30 PM
Nasib baik dia rompak je.
Kalau di totak nya ko? Haaa. Siap kau di masaknya engkau jadi tomyam daging.
Quote Decaffeinated 15-5-2024 11:32 PM
'Disebabkan tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain kerana halangan bahasa...'

A well known fact about Thailand tapi pelancong tetap hadap juga. Manakala di tanah air penat lah gebang rakyat semua pandai BI orang putih tetap tak hingin nak kerumun harap PRC ja itu pun sebab mandarin speaking.  
Quote gigahertz 16-5-2024 12:09 AM
Carcosa replied at 15-5-2024 03:30 PM
Nasib baik dia rompak je.
Kalau di totak nya ko? Haaa. Siap kau di masaknya engkau jadi tomyam dagin ...

Israel ni banyak militari personal. kena jaga jaga
Quote annehuda 16-5-2024 04:07 AM
Satgi keluar plak statement Thailand tu antisemitic. Tp pelik gak jarang la dengar jenayah terhadap pelancong asing kt Bangkok tu. Aku rs mcm ada isu lain plak kt sini
Quote SalenaGomez 16-5-2024 06:08 AM
Carcosa replied at 15-5-2024 11:30 PM
Nasib baik dia rompak je.
Kalau di totak nya ko? Haaa. Siap kau di masaknya engkau jadi tomyam dagin ...

Nak makan daging nya pon x hingin. Daging busuuukkkk
Quote SalenaGomez 16-5-2024 06:15 AM
Decaffeinated replied at 15-5-2024 11:32 PM
'Disebabkan tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain kerana halangan bahasa...'

A well known fac ...

Tourist ni kalau yg tempat byk maksiat ni depa suka, x kisah sgt psal bahasa. Nak apa kat telen sume ada. Naturalnya, kebudayaan nya mmg la kaya dan makanan pelbagai. Tapi dadah, aktiviti pelacuran, pedo dan ladyboy pon byk. So mmg heaven sgt la tourist2 ni

Kan ada 1 tourist yg viral sbb katanya org malaysia x senyum n x sembah dia.
Quote Decaffeinated 16-5-2024 08:04 AM
Tak sembah tu macam yg cantum tangan tu ka? Aku pun suka tengok budaya tu serius rasa best bila kena greet macam tu. Kita memang tak ada. Harap senyum sahaja lah walau dalam paksa.
Quote buapakperut 16-5-2024 08:42 AM
kenapa tak melancong di India saja, tentu selamat duniyatul akhiratul
Quote buapakperut 16-5-2024 08:45 AM
Decaffeinated replied at 16-5-2024 12:04 AM
Tak sembah tu macam yg cantum tangan tu ka? Aku pun suka tengok budaya tu serius rasa best bila kena ...

bukan greet, dia cakap compared to thais, Malaysian ni kurang senyum kat dia. impolite la sebab kat thai kena serbu macam fans gitu katanya. hahaha punya la perasan.
Quote Decaffeinated 16-5-2024 09:27 AM
buapakperut replied at 16-5-2024 08:45 AM
bukan greet, dia cakap compared to thais, Malaysian ni kurang senyum kat dia. impolite la sebab ka ...

Kena serbu dgn bapa ayam kot. Kat bukit bintang pun ada cuma bisik2 la. Bab ini PRC lagi juara tanpa cover2 orang tengah ada conference pun depa serbu. Pompuan2 muda pula tu jadi promoter.
Quote B40tastePosh 16-5-2024 09:34 AM
Decaffeinated replied at 15-5-2024 11:32 PM
'Disebabkan tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain kerana halangan bahasa...'

A well known fac ...

Sebab Malaysia tak menaikkan nafsu orang putih dgn cara pakaian bertutup litup di pantai.

Hilang selera diorang walaupun Malaysian boleh berbahasa Inggeris
Quote B40tastePosh 16-5-2024 09:35 AM
Edited by B40tastePosh at 16-5-2024 09:44 AM
buapakperut replied at 16-5-2024 08:45 AM
bukan greet, dia cakap compared to thais, Malaysian ni kurang senyum kat dia. impolite la sebab ka ...


Berlagak kot...jalan mendongak depan diorang...hahahahaha

Lagisatu diorg suka Thais sebab more adventure, challenging, brain storming bila berbahasa Inggeris dgn orang Thais yang tak tahu english

Diorg suka adrenaline rush gitu
Quote ctaz 16-5-2024 09:38 AM
ISIS ni...(Israel Secret Intelligence Service)
Quote vanillaninja 16-5-2024 09:49 AM
Dah tua kertu pun jalan sorang ke. Tak takut ke tengah jalan2 tiba2 kiok ke. Umur pun dah 81. Dah la masuk negara orang.
Quote bottombikini 16-5-2024 09:58 AM
tah tah spy ...
Quote OshinDaSolja 16-5-2024 10:03 AM
Malaysian bukan spesis sembah omputih mcm Pinoy...Thai tak sgt actually, sbb tu tak kena jajah... jujurnya iollz benci tngok mat salleh yg buat vlog dtg sini puji2 Malaysia...nmpk sgt fake dan nk view jer, except one, iaitu Nomad Capitalist... pendapat dan pujian heollz tu valid sbb beliau professional person, ada company yg deal dgn offshore matters, taxation dan citizenship
Quote OshinDaSolja 16-5-2024 10:04 AM
Edited by OshinDaSolja at 16-5-2024 10:07 AM

delete : duplicated
Quote OshinDaSolja 16-5-2024 10:04 AM
Edited by OshinDaSolja at 16-5-2024 10:07 AM

delete : duplicated

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.076707 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top