Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya dilaporkan menuruti permintaan suaminya untuk bernikah terlebih dahulu sebelum berhijrah ke luar negara.
Perkara itu dikongsikan pelakon Rozie Othman yang juga nenek kepada Syasya di mana cucunya itu mengikuti kehendak jikalau tidak mahu kehilangan suaminya itu.
"Suami Syasya nak sambung belajar dan mahu ikatan mereka sah sebagai suami isteri. Jika diikutkan Syasya masih belum bersedia tapi suaminya kata kalau tidak (mahu berkahwin) nak cari orang lain."
"Saya kecewa juga apabila pulang dari Makkah dapat tahu Syasya nak bernikah. Saya ada tanya kenapa tergesa-gesa? Tapi mereka sudah rancang sejak awal. Tapi itu semua ketentuan dan kuasa Allah."
Tambah Rozie lagi, suami Syasya juga masih belum bekerja kerana bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas sambutan hari raya Aidiladha ini
Aktres veteran itu juga menitipkan pesanan buat Syasya agar menjadi isteri solehah dan menjaga diri ketika berada di perantauan.
"Buat masa sekarang suami Syasya tak bekerja sebab akan sambung belajar tak lama lagi."
"Saya ada pesan pada Syasya agar dia jadi isteri yang baik dan solehah kepada suaminya dan sentiasa jaga diri apabila berada di tempat orang nanti."
"Kalau suatu hari nanti nak buat kemunculan semula, kena pandai bawa diri dan jaga nama baik suami."
Terdahulu, penyanyi satu daripada empat ahli kumpulan Dolla itu mengumumkan penarikan diri kerana urusan peribadi.
Berita itu kemudiannya menjadi gempar seketika di saat Dolla semakin ‘mendunia’ sehingga ke negara China.
Sumber : Beautifulnara
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|