CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diseret sejauh 600 meter, Pemandu Mabuk Langgar Atlet Kayak Malaysia Hingga Parah Ditahan Polis

15-5-2024 07:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6057| Komen: 23


JOHOR BAHRU --  Seorang pemandu lelaki mabuk ditahan polis berhubung kemalangan melibatkan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias pada Sabtu lalu, Lapor Sinar Harian, atlet yang berusia 22 tahun itu cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL).

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, suspek yang berusia 30-an didapati positif alkohol selepas ujian saringan pernafasan dilakukan.

Bagaimanapun, suspek negatif daripada pengaruh dadah menerusi ujian air kencing yang dilakukan.

"Siasatan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod saman trafik yang belum dijelaskan tetapi tidak mempunyai rekod jenayah.

"Kemalangan tersebut berlaku semasa mangsa menunggang motosikal di Lebuhraya EDL menghala ke Kota Tinggi dilanggar kereta Toyota Vios dipandu suspek dari arah belakang pada jam 4.30 petang Sabtu.


"Kereta suspek dari arah belakang itu mengubah haluan secara tiba-tiba dari lorong tengah ke lorong kiri dan melanggar mangsa," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Masyitah difahamkan mengalami retak bahu kanan, tulang pingggul dan luka di bahagian kaki akibat kejadian manakala suspek tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ujar Raub lagi, mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Colombia Asia di Iskandar Puteri.

Suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan ikat jamin selepas ditahan selama 24 jam untuk siasatan.

Kes disiasat bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan.

Jika sabit kesalahan pelaku boleh dipenjara sehingga minimum tujuh tahun atau maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM30,000 atau maksimum RM50,000.

Sehubungan itu, beliau memohon saksi yang melihat kejadian tersebut agar tampil ke balai trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek 014 6977122.

Sebelum ini, Masyitah parah selepas dilanggar dan diseret sejauh 600 meter apabila motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan tersebut.

Perkara itu dimaklumkan oleh Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang dalam satu kenyataan.

Insiden membabitkan pelajar jurusan Kejuteraan Mekanikal itu sempat dirakamkan papan pemuka sebuah kereta (Dashcam).

"Menurut saksi berserta rakaman 'dashcam', kereta terbabit dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal dan kemudiannya menyeret mangsa sejauh 600 meter," tulis hantaran berkenaan.

Untuk maklumat, Siti Nurul Masyitah merupakan Atlet Kayat Dragon Boat Malaysia Bronze Medal SEA Games 2023.

Sumber: Sinar Harian/SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 15-5-2024 07:47 PM
"Jilaker itu arak kasi saiya mabuk..kasi hukum itu worang jual arak sama saiya"- Pemabuk
Quote I.K.A888990 15-5-2024 08:39 PM
asal tutup muka lahanat ni
nasib ada dashcam sbg bukti kalau tak..........
Quote noura29 15-5-2024 09:05 PM
Salam semua forumers, mohon doakan atlit kayak ini kerana buat masa ini beliau telahpun menjalani pembedahan dan 'ditidurkan' bagi memberi laluan pada beliau untuk betul² sembuh.
Quote Carcosa 15-5-2024 11:07 PM
Pkul 4.30pm kau mabuk? Eh sial, patut kau dah mabuk, kau langgar semua anak bini kau, keluarga tok nenek kau semua. Baru adil, faham tak babi?? Jadi luput semua keturunan kau. Tak guna se sen punkau hidup dlm dunia ni, kau tau tak? Ni kali kau lepas. Lepas ni, kau mabuk, gerenti kau mampos, masuk bawah tayar lori. Langgar lori dari blkg, sekali henyak muka kau kena. Baru puas hati aku.
Quote Carcosa 15-5-2024 11:12 PM
Screenshot_20240515_231029_X.jpg

Ni muka babi sial ni.
Lepas ni kau pulak accident kena henyak dgn lori. Babi betul lah. Dasar sampah dunia. Useless POS.
Quote Carcosa 15-5-2024 11:27 PM
Screenshot_20240515_232527_X.jpg

Kesian weiiii.. Huhuuuuu
Tolonglah Ya Allah.... Kau timpakan lah balasan seberat2 nya pada si pelaku ituu
Quote hmmlantakko 15-5-2024 11:33 PM
mesti pengundi dapig babiiisialll ni! minta Allah byr cash kat kau menyushkan hidup org lain
Quote any42 16-5-2024 12:08 AM
sebaknya kes ni. ank yg sdang bbakti pd mak ayh pula yg diuji ttimpa musibah ats kcuaian org lain. semoga segera diberi kesembuhan bt masyitah.

siang hari dah mabuk. gila !!
Quote Skuau 16-5-2024 12:53 AM
Carcosa replied at 15-5-2024 11:12 PM
Ni muka babi sial ni.
Lepas ni kau pulak accident kena henyak dgn lori. Babi betul lah. Dasar samp ...

di dalam negara perpaduan ini.."tada baik la u cakap ini macam...kita pon sama undi ini gomen...jugak ada".
Quote downiey 16-5-2024 07:08 AM
gile  nye driver...kecik2 xnk mam..dh besor mnyusahkn org
Quote mejaputih 16-5-2024 07:23 AM
Senoga hakim jatuhkan si pelaku kena tanggung ibu bapa masyitah sepanjang hayat.
Quote venom1 16-5-2024 07:25 AM
tak pulak puak2 kita lanyak dia kat jalan tu ya. kalau area kampung ke, area ulu2 tu dah selamat kena belasah sebelum bagi polis
Quote Minami2013 16-5-2024 07:31 AM
Moga dijatuhkan hukuman yg berat supaya menjadi pengajaran.
Quote ulamalu 16-5-2024 07:47 AM
noura29 replied at 15-5-2024 09:05 PM
Salam semua forumers, mohon doakan atlit kayak ini kerana buat masa ini beliau telahpun menjalani pe ...

Wassalam.  Semoga semangat beliau kuat dan pulih cepat.  Jadi ibubapanya mcmana?  Ada adik-beradik lain yg jaga ke?
Quote shamsadis 16-5-2024 07:48 AM
dapat saman, lepas gitu je lah....
Quote ketambangkang 16-5-2024 10:53 AM
kulit dia habis wehhh sbb kena seret jauh..pembedahan tu utk gantikan kulit dia yg tertanggal tu, Allah sakitnya dgr
Quote botol_tritan 16-5-2024 11:59 AM
Kesiannya.. dah la perempuan. I doakan speedy recovery utk adik ni. Aminn. Harap jangan la ada cedera yg significant dekat area muka. Perempuan kot. Sedih bayangkan.
Quote ina_na 16-5-2024 12:31 PM
botol_tritan replied at 16-5-2024 11:59 AM
Kesiannya.. dah la perempuan. I doakan speedy recovery utk adik ni. Aminn. Harap jangan la ada ceder ...

Skrg ni dah canggih...kwn iolss dl kn hentam gan ekor Lori trailer buat lazer operate jd ensem balik.. kesian sbb dia atlet kayak kan..Ade dgr kn tampal kat bahagian bahu n peha mcm tu..sedangkan kita tau atlet nye exercise pun mmg pakai seluruh anggota badan...iolss tgk atlet nye exercise mmg penat n mmg nk kn fit..kesian la kalo lps ni dia ssh nk bt semua tu...
Quote TOPwind 16-5-2024 08:36 PM
I.K.A888990 replied at 15-5-2024 08:39 PM
asal tutup muka lahanat ni
nasib ada dashcam sbg bukti kalau tak..........

muka tutup

tapi kulit hital legam

agak2 bangsa apa?


Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.056844 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top