PETALING JAYA – Lelaki yang cedera akibat terkena benang yang melintang di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bakal membuat laporan polis dalam masa terdekat. Menurut MuasRosdi menerusi sebuah ciapan di aplikasi X, dia akan membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, esok. “Alhamdulillah terima kasih pada yang mendoakan. Esok saya akan berjumpa ketua balai polis Ampang untuk membuat laporan,” katanya. Sebelum ini, MuasRosdi telah memuat naik sebuah hantaran yang mendakwa dia telah mengalami kecederaan pada kawasan dagu ketika melalui Lebuh Raya SUKE pada pukul 6.30 petang, Isnin. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas susur keluar Taman Kosas, Ampang, menghala ke tol Bukit Teratai. Terdahulu, Kosmo! melaporkan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) meminta penunggang motosikal terbabit agar tampil melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Prolintas dalam kenyataan berkata, mana-mana saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkenaan insiden berkenaan untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya atau Prolintas secara terus. Sumber – KOSMO! ONLINE. |
Weller replied at 15-5-2024 10:56 AM
up kat socmed dulu tapi tak report polis?
matamata replied at 15-5-2024 12:51 PM
Kadang2 benang layang2 pun boleh Jadi...
ADVERTISEMENT