CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alif Satar Pesan Jangan Main Perasaan Wanita

14-5-2024 10:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7986| Komen: 0


Sebelum ini hangat isu penyanyi dan pelakon Alif Satar membuat persembahan macam dalam gereja. Kali ini, penyanyi berkenaan kembali jadi tumpuan kerana kapsyen di hantaran Instagramnya.

Menurut laporan OhBulan! aktor tersebut tampil menjelaskan kapsyen yang dikongsikan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak walaupun namanya terpalit dalam isu curang kerana berkongsi nama yang sama dengan Aliff Aziz.

Katanya, idea untuk menulis kapsyen tersebut datang secara spontan dan tidak mengambil serius dengan usikan netizen.

"Tak ada. Netizen ni gurau kasar. Saya tak pernah ambil serius. Mereka suka menyakat."

Difahamkan, Alif menasihati pengikutnya untuk tidak mainkan perasan wanita dan hantaran itu telah meraih perhatian ramai netizen.


"Tulis kapsyen Instagram je pun sebab saya main banyak sukan. Berbasikal, berenang, berlari, main tennis, main golf tiba-tiba posting main bola."

Sementara itu, para peminat kagum dengan aktor tersebut kerana jarang dikaitkan dengan kontroversi. Apa-apa pun netizen kena ingat Alif Satar lain dari Aliff Aziz.

Kredit: OhBulan!/OhMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.055919 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top