Nama penyanyi dan pelakon popular, Daiyan Trisha bersama beberapa artis-artis lain kembali menjadi bualan netizen apabila didakwa masih tidak berhenti menyokong dan mempromosikan produk atau jenama yang menyokong Israel. Menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman X baru-baru ini, seorang individu telah menulis pesanan khas untuk aktres tersebut. Dalam perkongsian itu, individu tersebut mempersoal tindakan artis-artis yang masih mempromosikan jenama yang menyokong Zionis meskipun mengetahui situasi saudara Islam di Palestin ketika ini. "Hi Daiyan Trisha, ini untuk awak. Awak inspirasi saya ketika menulis ni." Dalam pada itu, rata-rata warganet turut meluahkan rasa kecewa dan tak berpuas hati dengan sikap selebriti yang tidak menggunakan landasan media sosial mereka untuk tujuan memberi kesedaran berkenaan peperangan yang berlaku. "Actually, projek atau kerja dia semua mediacore. Dia tak ada pon any drama or lagu yang betul-betul hit macam at least some local selebriti. Yang dia ada hanya aesthetic feed flashing all zionist designers. "Saya cuba be positive maybe sebab dah sign contract before 7 Oktober. Tapi tahun depan saya tak positif lagi. Action speaks louder than words." Terdahulu, Daiyan merupakan salah seorang artis yang lantang menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin di akaun Instagramnya. Bagaimanapun, pelakon ini masih lagi mempromosikan jenama-jenama antarabangsa yang diketahui menyokong Israel. SUMBER : x/Beautifulnara |
ADVERTISEMENT