Semalam industri hiburan dikejutkan dengan pendedahan pelakon Myra Natasya yang mendakwa dirinya merupakan anak tak sah taraf dan bapanya, penyampai radio Halim Othman tidak pernah berkahwin dengan ibunya. Kata Myra, dia bertindak untuk membuat pendedahan tersebut atas alasan agar bapanya itu berhenti mengambil tindakan yang melibatkan dirinya tanpa pengetahuannya seperti menukar maklumat di sijil lahir. "Apa yang saya buat daripada pendedahan ini adalah untuk dia berhenti buat apa yang dia suka sewenang-wenangnya. "Apa yang dia tak nak cerita itu hak dia jadi tapi apa yang saya nak tekankan ini apa yang dia buat ini salah dan saya juga pernah minta mak saya untuk ubah dia tapi tidak dilayan." Tambah pelakon ini, dia memberikan masa selama seminggu kepada Halim untuk memberi penjelasan kepadanya agar isu tersebut boleh diselesaikan dengan baik.
|
Tiggybiru replied at 13-5-2024 05:26 PM
So pasnih budak2 anak luar nikah kena bangga mcm ni ka? Bangga fighting pasal ni?
Cerita dia simple ...
gekkou replied at 13-5-2024 10:06 AM
bangga mengaku anak luar nikah
bangga buka aib keluarga
rina0602 replied at 14-5-2024 11:33 AM
Tak faham la. HO tukar kat mana? Info Bapa tu ke? Tak boleh ke kalau tambah maklumat bapa? ke HO tuk ...
dewi_rina replied at 14-5-2024 11:52 AM
mcm mana lah perasaan dia ye masa mak dia bgtahu dia anak luar nikah/tak sah taraf? ke dia tahu send ...
ADVERTISEMENT