CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diboikot Kerana Promosi Jenama Dikaitkan Dengan Zionis, Nadhir Nasar Beri Penjelasan

13-5-2024 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2479| Komen: 4

Description: Baru-baru ini, gerakan Blackout 2024 telah dilancarkan oleh pengguna media sosial untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar tidak menyokong artis atau pempengaruh yang masih mempromosikan produ ...


Baru-baru ini, gerakan Blackout 2024  telah dilancarkan oleh pengguna media sosial untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar tidak menyokong artis atau pempengaruh yang masih mempromosikan produk atau jenama yang menyokong Israel.

Salah seorang pelakon yang menerima banyak kritikan adalah Nadhir Nasar. Namun tidak cepat melatah, dia menjelaskan promosi yang dibuat itu kerana sudah menandatangani kontrak dengan jenama-jenama tersebut sebelum Oktober tahun lalu.

"Kerjasama dengan jenama tersebut dibuat tahun lalu dan ia berdasarkan keadaan ketika itu."
 
"Keputusan saya bekerjasama dengan mereka berdasarkan komitmen ikhlas untuk memupuk kreativiti dan menyokong artis seperti saya."


Tambah aktor ini, keputusan untuk menamatkan kontrak sebelum tempoh itu dapat memberi kesan kepadanya. Malah, ia juga dapat membabitkan semua pihak yang terlibat dalam kolaborasi tersebut.

"Usaha menamatkan kontrak sebelum tiba waktunya mempunyai kesan seperti penalti wang dan potensi tindakan undang-undang."

"Ia bukan sahaja memberi kesan kepada diri saya malah orang lain yang terlibat dalam kolaborasi berkenaan."


Di samping itu, Nadhir turut berkata dia menerima pandangan orang ramai dengan hati yang terbuka dan memberi jaminan akan menggunakan platform media sosialnya untuk perkara yang positif.

SUMBER : X/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 13-5-2024 09:37 PM
muka awam
Quote Pak.dolla 13-5-2024 09:42 PM
pakwetizzaqyah replied at 13-5-2024 01:37 PM
muka awam

.
.
.
hahahahaha...
tp pelik ramai minat dia...kat tt followers lebih sejuta kalah jahlop
Quote pakwetizzaqyah 13-5-2024 09:45 PM

penangan drama tv dia berlakon tu la tu

magic of social media

kena pulak generasi pelapis ni generasi terlebih dos vaksin


Quote DeLuna85 13-5-2024 09:47 PM
Nak tengok respon artis2 hollywood pasal ni. Nak tgk kesan pada dorang macam mana.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.162478 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top