KISAH kahwin tak jadi atau cinta yang tergantung sepi memang tak lari daripada pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana. Meskipun sudah umumkan tak jadi kahwin sejak tahun lalu, mereka tetap diasak dengan soalan berkaitan hal tersebut sehingga ke hari ini. Memang kuat betul jodoh mereka sebab sampai sekarang orang masih bertanya. Menguatkan lagi perkara itu selepas Diva nampak Syafiq meninggalkan komen pada salah satu hantaran Instagram Mimi baru-baru ini. Tiada sebarang ayat dititipkan tetapi emoji bermata hati merah cukup untuk membuat ramai teruja. Mimi pula turut membalas dengan emoji berbentuk hati merah jambu. Mungkinkah doa Syafiq di Tanah Suci baru-baru ini dimakbulkan Tuhan? Kalau benar makbul, ramai yang tumpang gembira. Sumber : Kosmo |
ADVERTISEMENT