CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Idea Tun Mahathir bina Putrajaya inspirasi buat ibu kota Nusantara

13-5-2024 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19580| Komen: 39


PETALING JAYA – Delegasi Indonesia bagi pembinaan ibu kota baharu negara itu Nusantara, mengadakan perjumpaan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah mencetuskan idea pembinaan Putrajaya sebelum ini.

Pertemuan pada 8 Mei lalu itu dihadiri lebih 20 orang delegasi Indonesia bagi mendapatkan pandangan serta idea berkenaan pembinaan Putarajaya yang dijadikan contoh kepada pembinaan Nusantara sebagai ibu kota baharu di Kalimantan menggantikan Jakarta.

Tun Mahathir melalui klip video tersebut telah menceritakan secara terperinci kenapa dan bagaimana Putrajaya dibina sebelum ini sehingga menjadi mercu tanda baharu bagi Malaysia.

Pembinaan Putrajaya dirasmikan oleh Tun Mahathir pada 1995, dan pembinaan siap pada 2005 dengan belanjawan kira-kira RM20 bilion.

Pada 1 Februari 1999, Putrajaya berjaya diwartakan ke dalam Wilayah Persekutuan, sekali gus menjadi tadbiran Wilayah Persekutuan ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan.


“Kita bina Putrajaya kerana Kuala Lumpur terlalu padat, bangunan-bangunan kerajaan duduk di merata-rata. Kuala Lumpur sudah terlalu sibuk dan padat. Untuk ke satu tempat ke tempat yang lain akan mengambil masa yang lama.

“Jadi kita bina Putrajaya, untuk bina kawasan baru jangan cari kawasan yang telah ada bandar, buat bandar baru kerana kita akan bina semua baharu termasuk jalan dan kabel-kabel untuknya,” jelas Tun Mahathir dalam klip tersebut.

Malah beliau turut berkongsi bagaimana Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) dibina serta dua terowong yang dijadikan sebagai laluan keretapi laju dan satu lagi untuk kegunaan kabel-kabel elektrik serta komunikasi yang dipelajari daripada salah satu bandar dari Eropah.

Rata-rata orang ramai turut teruja dan memuji Tun Mahathir yang dikatakan seorang pemimpin Malaysia yang dihormati dalam dan luar negara selama ini.

“Tengok Tun M, umur dah lanjut tapi pemikiran dia tetap hebat. Kanak-kanak era 70-an dan 80-an akan tahu bagaimana Tun menjadi Perdana Menteri ketika itu,” jelas Ezery Naim.

“Hebat Tun, masih lagi menjadi rujukan kepada mana-mana pihak yang memerlukan. Idea dia masih diterima pakai dan masih segar. Semoga Tun diberi kesihatan yang baik,” kata Nazrul Helmi.

Nusantara bakal menjadi ibu kota baharu Indonesia menggantikan Jakarta yang berisiko tenggelam kerana berada dekat dengan paras laut. Dijangka lebih 2 juta rakyat Indonesia akan berpindah ke Nusantara pada 2045 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 13-5-2024 12:21 AM
Ada yg indenial punyalah.


Quote MissYouSayang 13-5-2024 02:31 AM
Nuwart dgr ni mesti jeless habis
Quote jazaa100 13-5-2024 02:38 AM
Semua nk tiru msia....
Yg aku mnyampah, skrg baju melayu pun dorang dah pakai, siap dgn samping sekali....tapi biasalah....keindonan nya tu masih terserlah mcm nusaraya.....
Quote Decaffeinated 13-5-2024 07:02 AM
Perpindahan KL ke Putrajaya tidak total. Parlimen masih di KL. Kedutaan asing pun tak nak pindah walau ada presint diplomatik. Brunei dan Iraq sahaja yang ada bangunan there.
Quote Decaffeinated 13-5-2024 07:05 AM
MissYouSayang replied at 13-5-2024 02:31 AM
Nuwart dgr ni mesti jeless habis

Jeles dgn kunjungan delegasi dari indon ka? Baik jeles dgn kekayaan anak2 beliau.
Quote Decaffeinated 13-5-2024 07:11 AM
jazaa100 replied at 13-5-2024 02:38 AM
Semua nk tiru msia....
Yg aku mnyampah, skrg baju melayu pun dorang dah pakai, siap dgn samping seka ...

Melayu Indonesia adalah native to the land seperti Riau, Siak, Inderapura etc. berbanding jawa johor minangkabau n9. They have equal right if not more to their heritage.
Quote ekselen 13-5-2024 09:35 AM
dia mmg genius di zaman pentadbirannya.. byk yg dia buat masih kekal digunakan dan jadik ikon sampai skrg...pm2 yg lepas tu pun x mampu nk buat mcm mana dia buat.. byk pembangunan dan pemodenan dia lakukan.. he just good at his era... tu realitinya...
Quote allshares 13-5-2024 09:41 AM
jazaa100 replied at 13-5-2024 02:38 AM
Semua nk tiru msia....
Yg aku mnyampah, skrg baju melayu pun dorang dah pakai, siap dgn samping seka ...

Jgn ckp mcmtu. nanti nusaraya dtg dia tempek segala benda yg dia copy paste utk buat bukti yg melayu takde haritage, semua haritage kita dituduhnya tiru2an menggunakan bukti yg dia copy paste tah dari mana mengarut2. Akumpumtampaham.
Quote jazaa100 13-5-2024 09:59 AM
ekselen replied at 13-5-2024 09:35 AM
dia mmg genius di zaman pentadbirannya.. byk yg dia buat masih kekal digunakan dan jadik ikon sampai ...

Kannn....
Byk kemodenan yg Tun M buat....pikir 30thn akn dtg....mcm buka education utk foreigner....pindahkn pentadbiran ke putrajaya....lrt etc....

Tak dpt bygkn klu Tun tak buat semua tu....mcm indon, baru skrg nk buat lrt....klu tak, bila bawak keta jem je...mula tekan hon 6harakat nk tunjuk level bangang dorang.....

Mcm @nurasaraya
Quote watachiwa 13-5-2024 09:59 AM
allshares replied at 13-5-2024 09:41 AM
Jgn ckp mcmtu. nanti nusaraya dtg dia tempek segala benda yg dia copy paste utk buat bukti yg mela ...

nurtijen yindon terpaling klaim kekdahnya
Quote nolya 13-5-2024 10:19 AM
MissYouSayang replied at 13-5-2024 02:31 AM
Nuwart dgr ni mesti jeless habis

Tetap aja nak petik nama PMX ye? Payah kalau orang suka tak ukur baju di badan sendiri.
Quote nolya 13-5-2024 10:22 AM
Edited by nolya at 13-5-2024 10:23 AM
jazaa100 replied at 13-5-2024 02:38 AM
Semua nk tiru msia....
Yg aku mnyampah, skrg baju melayu pun dorang dah pakai, siap dgn samping seka ...

Tak pe...... kali ini M'sia pulak boleh klaim kalau N'dsia bina Nusantara dgn meniru idea TDM.
Quote B40tastePosh 13-5-2024 10:25 AM
Putrajaya bukan fokus untuk penempatan manusia.

Tapi untuk melancarkan urusan pentadbiran.

Tetapi Nusantara berfungsi untuk memindahkan 2 juta rakyat.

Fungsi sangat berbeza. Nusantara akan macet dan hutannya akan rosak.
Quote B40tastePosh 13-5-2024 10:27 AM
Edited by B40tastePosh at 13-5-2024 10:30 AM
Decaffeinated replied at 13-5-2024 07:11 AM
Melayu Indonesia adalah native to the land seperti Riau, Siak, Inderapura etc. berbanding jawa joh ...


Minangkabau tu pun Melayu...

Btw Suku yang paling besar di N9 adalah Melayu Jakun iaitu Suku Biduando...apa yang dimaksudkan dgn Biduanda? Biduanda bermaksud penduduk pribumi yang asal....Suku Minangkabau adalah Anak Suku dibawah Suku Seri Lemak(Perut Mendatang)

Iaitu suku minoriti pendatang

IMG_20240509_202422.jpg
Quote nw111 13-5-2024 10:31 AM
Mmg proud betul la dgn tun m ni..walanon je in denial
Quote rospinki 13-5-2024 10:32 AM
raja claim sedang meniru semuanya tentang Malaysia. go block indon
Quote nw111 13-5-2024 10:32 AM
jazaa100 replied at 13-5-2024 02:38 AM
Semua nk tiru msia....
Yg aku mnyampah, skrg baju melayu pun dorang dah pakai, siap dgn samping seka ...

Lama2 nanti claim baju melayu/kurung depa punya
Quote Decaffeinated 13-5-2024 11:08 AM
nolya replied at 13-5-2024 10:22 AM
Tak pe...... kali ini M'sia pulak boleh klaim kalau N'dsia bina Nusantara dgn meniru idea TDM.

Putrajaya neither original nor unique. Ini fakta.

Beberapa contoh untuk perbandingan:

Washington, D.C., founded in 1791
Canberra ACT, The capital city was founded and formally named as Canberra in 1913
Brasília, inaugurated as Brazil’s capital in 1960
Kazakhstan transferred its capital from Almaty to Astana on June 10, 1998
Quezon City, officially proclaimed the national capital on October 12, 1949


Putrajaya masih KL just like Quezon City masih Manila. Tanyalah satu dunia what's the capital of the Phillipines and see the answer.

Berbeza dengan DC, Canberra atau Brasilia masing2 adalah kota yang stand alone. Nusantara nanti akan lebih macam ni, terpisah terus dari Jakarta.

Quote Decaffeinated 13-5-2024 11:21 AM
B40tastePosh replied at 13-5-2024 10:27 AM
Minangkabau tu pun Melayu...

Btw Suku yang paling besar di N9 adalah Melayu Jakun iaitu Suku Bidu ...

Kalau tanya aku yes, sebab bahasa minang tu masih bunyi macam melayu (bahasa kelantan lagi susah nak hadam). Tapi indon punya definition for census lebih 'strict', minangkabau bukan melayu mungkin ada motif politik I don't know lah so that percentage melayu nampak small. Malaya pulak terbalik, even jawa mengaku melayu tu pasal indon mengamuk. Jawa ya jawa

Melayu Jakun itu Biduanda, ada source?

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.065215 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top