CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rafah makin ‘hilang’ dari peta, air mata Siti Nurhaliza gugur

10-5-2024 08:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4365| Komen: 20

Description: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan rasa sebak mengenang nasib anak-anak yang berada di sekolah miliknya di Gaza, Palestin iaitu Sekolah Afwa Al Afiyah.

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan rasa sebak mengenang nasib anak-anak yang berada di sekolah miliknya di Gaza, Palestin iaitu Sekolah Afwa Al Afiyah.

Kongsi Siti, 45, hanya doa mengiringi agar keajaiban berlaku untuk rakyat Palestin yang kini berjuang di Rafah.

“Mereka di Rafah dan keadaan memang tidak selamat. Jadi kita berdoalah.

“Setiap masa saya melihat hantaran kejadian ini, saya tidak boleh menahan sebak dan tidak tahu nak buat apa.

“Kita semua doakanlah semoga berlaku keajaiban kerana daripada Allah sahaja kita minta benda ini cepat berakhir,” luahnya sambil mengalirkan air mata.

Dalam masa sama, pelantun lagu Menyapa Dunia itu mengakui masih berhubung dengan pengurus Sekolah Afwa Al Afiyah, Dr. Mohanad untuk mengetahui perkembangan terkini murid dan petugas sekolah tersebut.

“Macam semalam Dr. Mohanad sentiasa memberi info menerusi WhatsApp. Dalam Instagram pun saya lihat memang keadaan tidak selamat sangat untuk mereka.


“Seperti yang kita sedia maklum, Israel memang menyerang Rafah ketika ini di mana tempat mereka menetap,” katanya.

Pertempuran Gaza sekali lagi menyerang rakyat Palestin yang berlindung di Rafah sekali gus mengorbankan 19 orang, Isnin lalu.

Terdahulu, Siti bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi Yayasan Nurjiwa membina sekolah yang ditubuhkan pada 5 Oktober 2021.


Menerusi Yayasan Nurjiwa, Siti membina sebuah sekolah yang menawarkan pengajian al-Quran dan akademik bagi membantu anak-anak di Palestin sejak Oktober 2021. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 10-5-2024 11:57 PM
Betol..kita yang baca lalu lalang terasa useless nya sebagai umat Islam. Hanya mampu berdoa. Kenapalah susah sangat Israel ni. Memang brtol2 kejam nak clearkan semua. Masalahnya Dorang suruh rakyat Palestine keluar. Pindah tempat lain. Tapi jalan semua ditutup.
Quote MisXoXo 11-5-2024 03:15 AM
Allah nak tunjuk mcm tulah hati org2 yg suka berdendam.akan musnahkan xkira apa.bukalah mata kita
Quote kmbg 11-5-2024 06:47 AM
Kalau pasal Palestine ni hati jadi sakit tengok news pasal dorg tapi tak boleh buat apa..kalau taknak amek tau tak baca news pulak rasa bersalah
Quote oklatu85 11-5-2024 05:05 PM
Berakhir bila sampai waktu nak kiamat je tokti.. benda berkaitan palestin ni benda yg ditulis..mmg kena tunggu Imam mahdi utk bebaskan palestin.. bila da bunuh dajal..
Quote Minami2013 12-5-2024 02:34 PM
Mampu doa je semoga Allah angkat dan kurangkan kesakitan mereka.
Quote I.K.A888990 12-5-2024 02:47 PM
teruskan berdoa utk saudara2 kita kat sana
semakin menjadi2 lahanat tu membunuh bom sana sini
Quote pakwetizzaqyah 13-5-2024 09:51 PM
ye ye je
Quote LembingDayanti 14-5-2024 10:37 PM
ahhh melebih lebih la dia ni
Quote September14 14-5-2024 10:59 PM
Hrni menangis bgai nak rak.. esok ko la watak utama jd penghibur konsert2 yg melalaikan..

Xde beza la pun dgn retis2 yg g metgala tu
Quote laqoyah 15-5-2024 12:59 AM
mampu tu je lah... tup tup keluar album tiap2 tahun. konsert sendu ala funfare level. time gedik atas stage ko tak hingat plak felstin kan?





Quote Heydidle 15-5-2024 01:39 AM
takut hilang punca ‘pendapatan’ utk yayasan nurjiwa..30%.. huhu
Quote wadiunong 15-5-2024 12:21 PM
tak paham apa acik2 forum nak. bila artis tak tunjuk sokongan psl issue Palestine, uols kecam. Bila ada artis tunjuk sokongan uols kecam gak, cakap terpaling show off. apo uols nak ni acik2 forum weiiiiii?
Quote ninajaybee 15-5-2024 01:44 PM
wadiunong replied at 15-5-2024 12:21 PM
tak paham apa acik2 forum nak. bila artis tak tunjuk sokongan psl issue Palestine, uols kecam. Bila  ...

Konon Blackout utk retis2 create awareness tapi bila diorang up post diejek2 pula macam2. Segala sumbangan duit dicancellah pulak. Baru baca kat IG tadi ada komen yg cakap derma duit tak guna. Aiyo.
Quote wadiunong 15-5-2024 02:24 PM
ninajaybee replied at 15-5-2024 01:44 PM
Konon Blackout utk retis2 create awareness tapi bila diorang up post diejek2 pula macam2. Segala s ...

adoiii abis tu kalo derma duit x guna, diaorang nak suruh buat apa lg? nak kena pegi Palestine sana pulak berjemaah ke? baik acik forum or netizen mmg ada mental & heart illness masing2. too free tak de apa nak buat sbb tu byk masa bertenggek kt med sosial retis filter retis mana yg tak pro/pro Palestine. Sendiri yg follow retis2, sendiri yg tersakiti
Quote sleepandream 15-5-2024 02:26 PM
2-3 ketul ponen haterz bangang kat atas ni.
mesti idolat theyols ning baizura yg sendu itoh... sedeh!!
Quote weezerfan 15-5-2024 02:32 PM
naina replied at 10-5-2024 11:57 PM
Betol..kita yang baca lalu lalang terasa useless nya sebagai umat Islam. Hanya mampu berdoa. Kenapal ...

Depa nk semua palastenian mampos kot thats why bunuh budak ngan perempuan.
Quote weezerfan 15-5-2024 02:33 PM
wadiunong replied at 15-5-2024 12:21 PM
tak paham apa acik2 forum nak. bila artis tak tunjuk sokongan psl issue Palestine, uols kecam. Bila  ...

Acik porum yg gitu level eq depa rendah.
Quote weezerfan 15-5-2024 02:34 PM
sleepandream replied at 15-5-2024 02:26 PM
2-3 ketul ponen haterz bangang kat atas ni.
mesti idolat theyols ning baizura yg sendu itoh... sedeh ...

Merata dia mencirirt komek bekap retis.terpaling x kesah psl palestine katanya
Quote sleepandream 15-5-2024 02:44 PM
weezerfan replied at 15-5-2024 02:34 PM
Merata dia mencirirt komek bekap retis.terpaling x kesah psl palestine katanya

masalah mental sis... nak up idolat sendiri kang kantoi minat retis sendu... terpaksa la cari pasal dgn yg tersohor 3 dekad

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.065305 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top