CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hisyam Hamid dan isteri sudah bercerai setahun lalu? Ini jawapan tuan badan

10-5-2024 03:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 47350| Komen: 243


Pelakon berasal dari Singapura, Hisyam Hamid akui masih belum bersedia untuk memberi komen berkenaan dakwaan bahawa dia dan isterinya, Rosmawati Hanafi atau Mel sudah bercerai.

Menerusi satu temu bual, aktor berusia 38 tahun tersebut berkata dia perlu mengambil kira banyak faktor penting sebelum mengulas lanjut tentang isu ini.

Hisyam bagaimanapun berkata dia bakal mengeluarkan kenyataan berkenaan dakwaan tersebut namun ketika ini dia mahu menjaga hati dan perasaan dua anak mereka.

Tambah Hisyam, setiap rumah tangga pasti tidak lari daripada berdepan dengan masalah dan sudah tentu ada pasang surutnya.

"Apa yang saya boleh katakan, sekarang ini saya belum bersedia nak beri komen perkara ini. Saya akan beri kenyataan bila sampai masanya."

Ujar pelakon Ariana Rose tersebut, hubungannya dengan Mel tetap baik malah wanita berkenaan masih menjadi pengurusnya dan mengatur kerjaya seninya seperti biasa.

"Hubungan kami sampai sekarang okay dan Mel masih menjadi pengurus saya. Kami juga keluar bersama dengan anak-anak pada Aidilfitri, baru-baru ini. Cuma ada perkara yang ‘personal’ (peribadi) yang saya belum boleh komen lagi."



Hisyam turut akui tidak terkejut dengan spekulasi tentang rumah tangganya dan sedar ia sudah berlegar sejak setahun yang lepas.

"Saya faham sebagai ‘public figure’ semua orang nak tahu mengenai perkara itu (isu rumah tangga). Saya tak terkejut pun sebab perkara itu sudah lama diperkatakan. Saya faham ramai peminat yang sering bertanya mengenai perkara itu dan ramai juga yang turut mendoakan kami."

Dalam pada itu, Hisyam berkata dia berterima kasih kepada rakan wartawan dan semua pihak yang menghormati serta memahaminya dalam hal ini.

Untuk rekod, Hisham berkahwin dengan Rosmawati pada 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak, Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.


SUMBER : Harian Metro/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cantthinkofany 10-5-2024 03:14 PM
uishhh....anak2 dah besar weiiiii
Quote prince_marhaen 10-5-2024 03:14 PM
dapnya heolssssssssssss... emmmm!
Quote alesandra 10-5-2024 03:15 PM
Bercerai ler tu kot xpun berpisah je belum
jatuh talak
Quote telracs 10-5-2024 03:17 PM
Kalau jawapan macam tu, dah bercerai la tu...

Kalau tak bercerai, tak de nya nak jawab camtu...
Quote watachiwa 10-5-2024 03:17 PM
HH ni kawen muda la kan. now umo 38.
anak sulong umo 17 tahun. meaning heols ni umo 21 dh ade anak
Quote chandrahusin 10-5-2024 03:20 PM
jawapan mcm nak tunggu
the right time to disclose
Quote black_handbag 10-5-2024 03:29 PM
helok lagi heols walau udah 38.. bini dia dah nampak tua dah.. tp hisham ni dgn anak2 tu nampak cam abang je.. jambu betul heols
Quote edoraixora 10-5-2024 03:30 PM
macam jawapan irma hasmie arituh

sayangnya lahai bercerai, anak2 dah besar panjang
ada skandal ke apa
Quote syamzana 10-5-2024 03:30 PM
baru 38? selama ni ingatkan lbh krg mat aron dah 40an.
dah berpisah la tu kalau dak mau merempan org ckp dah cerai berai pdhal elok lagi berbini.
Quote supernaturalee 10-5-2024 03:33 PM
black_handbag replied at 10-5-2024 03:29 PM
helok lagi heols walau udah 38.. bini dia dah nampak tua dah.. tp hisham ni dgn anak2 tu nampak cam  ...

jiran iols ada sorg gini
tgi, slim fit
nampak muda dan rsnya plg2 pun umur dia early 40s
anak2 ramai like 5 or 6 gitu
yg sulung baya2 ank hisyam ni la


Quote supernaturalee 10-5-2024 03:34 PM
not another sondol menyondol eh

berangkai2 plk
Quote supernaturalee 10-5-2024 03:37 PM
thread psl isu rmh tangga heols bln 10 tahun lepas


https://b.cari.com.my/forum.php? ... &extra=page%3D1
Quote boudinniA 10-5-2024 03:41 PM
Lelaki handsome ade rupa pun hidup tak bahagia.
Quote GreySuede 10-5-2024 03:41 PM
So dah cerai la ni... Makin hot la lepas ni..
Quote Kurex 10-5-2024 03:42 PM
Harap ada video leak hisham hamid
Quote ezacbee 10-5-2024 03:49 PM
Bercerai tapi masih jadi manager..

Quote lolipopmanish 10-5-2024 03:52 PM
Pernah jumpa he depan depan herlok jugakkk
Quote hyie 10-5-2024 03:54 PM
heols kawin awal, tak silap dalam 19-21 tahun camtu. Rasanya masa tengah sambung belajar kat kolej KL/Singapore. Eh adik dia pon ada yang belajar kat mesia kan. Rasanya diorang ni ada je sedara belah2 JB sana, sebab dia ada embah (nenek) keturunan jawa.
Quote prettyuglybabe 10-5-2024 03:55 PM
supernaturalee replied at 10-5-2024 03:37 PM
thread psl isu rmh tangga heols bln 10 tahun lepas

tahun lepas umur 38 tahun ni pun masih 38..
macam nekta pulak umur tersangkut di skala 30++++

Lihat semua komen(243)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.081303 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top