CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eyka Farhana Dedah Akhyar Rashid ‘Start’ DM Di Instagram, Lima Tahun Hadap ‘LDR’ Mudah

8-5-2024 11:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22494| Komen: 51


Pelakon Eyka Farhana tidak menganggap hubungan jarak jauh dengan teman lelaki yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid sebagai satu masalah.

Menerusi temu bual di Podcast Studio Sembang, Eyka, 29, berkongsi detik pertemuan dengan Akhyar melalui ‘direct message’ (DM) di Instagram.



"Dia DM saya di Instagram. Pada mulanya saya tidak kenal siapa yang DM saya tu. Adik saya beritahu dia kenal siapa Akhyar."

"Adik minta saya cuba untuk keluar dengannya dan pada awalnya saya agak keberatan untuk berkawan dengan pemain bola sepak tapi itulah… sekarang Alhamdulillah hubungan kami dah hampir lima tahun."


Menurutnya, hubungan jarak jauh memberi ruang kepada mereka untuk fokus kepada kerjaya masing-masing.


"Hubungan kami tidak mempunyai masalah daripada segi masa sebab kami menjalani hubungan jarak jauh (PJJ)."

"Kami pun jarang jumpa dan disebabkan itu saya banyak memberi fokus kepada kerjaya seni. Bila kami masing-masing tak sibuk barulah kami luangkan masa untuk berjumpa."

Sementara itu, hubungan jarak jauh ini juga membuatkan Eyka lebih menghargai masa bersama teman lelaki.

"Hubungan ini menjadi lebih mudah kerana kami PJJ. Kami banyak buat panggilan video dan sebenarnya kami ada sahaja masa untuk luangkan bersama."

"Bila saya cuti saya ke tempat dia, kalau dia pula cuti walaupun dalam sehari dua, dia juga akan datang ke Kuala Lumpur."

"Bila jarang berjumpa, barulah kami rasa kualiti masa bersama. Bagi saya, kepercayaan itu juga sangat penting."

Sekadar info, hubungan Eyka dan Akhyar mula dihidu apabila menerima kejutan sambutan hari lahir ke-25, pada tahun 2021.

Eyka bagaimanapun sebelum ini enggan mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya itu namun memohon doa semua agar dipermudahkan.


Sumber: Youtube/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote divalaura 8-5-2024 11:55 PM
ok suka couple ni..
semoga berjodohan dan kekal ke akhir hayat
Quote rayna_raynes 9-5-2024 12:05 AM
meols pun suka. sama comel sama padan.
Quote Nenolen 9-5-2024 12:17 AM
bagus Eyka, fokus bidang you…Akhyar fokus bidang dia…buat yg terbaik…ada jodoh insyaAllah tak kemana…
Quote Sunkiss8999 9-5-2024 12:39 AM
Seribu kali eyka dari ruhainies kemut..eyka lawa berganda..kemut harap make up..eyka takde gossip bapak gula..bermewah mewah pun nampak hasil usaha berlakon n jadi duta..kalau bf sponsor pun..so what? Bf bujang trang tang tang..eyka tak menyondol laki org kat set..ok sekian perbandingan iols utk eyka dan kemut..hihi
Quote Maroon_nerds 9-5-2024 01:03 AM
Sunkiss8999: Seribu kali eyka dari ruhainies kemut..eyka lawa berganda..kemut harap make up..eyka takde gossip bapak gula..bermewah mewah pun nampak hasil usaha be ...


Weyh kelakar. Kenapa ko buat perbandingan kemut ngan eyka?
Quote manamana123 9-5-2024 03:16 AM
healthy relationship
Quote anony-mous 9-5-2024 05:09 AM
Masa awal2 dlu ramai je kecam . Skrg komen good2 plak ye.
Quote Sunkiss8999 9-5-2024 11:59 AM
Sebab boleh dikkk
Quote Sunkiss8999 9-5-2024 12:00 PM
Maroon_nerds replied at 9-5-2024 01:03 AM
Weyh kelakar. Kenapa ko buat perbandingan kemut ngan eyka?

Sebab boleh dikkk
Quote marchikobonzo 9-5-2024 12:01 PM
Coeml betul dia ni
Quote Sazreena 9-5-2024 01:04 PM
Dia aku pasan ada potential masa berlakon ceta juvana..comel dan tak kaku. Muka x mekap pun lawa. Setakat eyka ngan sohaines, bertiang terpelanting.
Quote noell 9-5-2024 01:07 PM
Maroon_nerds replied at 9-5-2024 01:03 AM
Weyh kelakar. Kenapa ko buat perbandingan kemut ngan eyka?

itu benchmark terbaru retis malaysia la sis
Quote likilu 9-5-2024 01:09 PM
Eh? Selalu dia ni interview orang skip topic percintaan
Dia kan bitter lagi pasal kawen muda pastu cerai tak ngaku janda siap pernah cakap I tak pernah kawen lel
Quote beatgirlX 9-5-2024 01:12 PM
Dulu zaman awal muda remaja dia mmg enjoy cara dia.. Tapi tu je la citer dia selain seksi.. Yg lain lakonan semua mmg ok...
Dia nak couple tu so far dr mula ok je sb x obvious sgt mcm couple lg satu yg da kawen dan baru dpt anak tu... Diaorg ni lek2 je.. Moga berjodohan lah sb lama dah kan kapelnya
Quote dakewa 9-5-2024 01:15 PM
Tapi muke dia bebudak betol kan. Awet muda.
Quote hokeypokey 9-5-2024 01:19 PM
comel manis btul eyka ni..
Quote mamapea 9-5-2024 01:24 PM
eyka ni mmg cantik...aku start tahu eyka ni kalau x salah dlm drama yg dia berlakon dgn nabila huda...mak nabila jasmin hamid...drama apa tak ingat..terpegun aku tgk eyka...
Quote katak hijau 9-5-2024 01:26 PM
Suka dia ni. Cantik
Quote MadameOnion 9-5-2024 02:10 PM
Yang ni mmg betul cantik..muka bangun tido pun cantikkkk sangat..bukan mcm penyondol sorang tu..bertepung 3 kilo..kalau buang tepung..yaaa ampunnnnn

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.268461 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top