Pelakon Ummi Nazeera menolak tawaran bekerja dengan penyanyi Aliff Aziz biarpun pernah digandingkan dalam drama Dia Dari Syurga. Kata Ummi atau nama lengkapnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 34, dia memilih berbuat demikian demi menjaga perasaan orang sekeliling. “Saya memang selektif termasuk mengenai pelakon gandingan dan selama ini saya juga memilih hero saya. “Sebenarnya, ada beberapa tawaran lain saya dapat selepas disatukan dengan Aliff dalam drama Dia Dari Syurga. “Namun, saya tolak bekerjasama dengan dia. Bukan sebab dia ada buat salah dengan saya tetapi saya cuma mahu elak mengguriskan hati sesiapa,” katanya kepada Kosmo! Online semasa Majlis Rumah Terbuka FiziWoo semalam. Ditanya sekiranya pelakon drama Nur Kasih itu pernah menghubungi Aliff, dia menafikan perkara tersebut tetapi sering berkomunikasi semasa dalam penggambaran.
“Saya tidak pernah menghubungi Aliff walaupun kami berkawan. Dia pun tidak pernah ‘overlimit’ melebihi had. “Dia pun selalu minta pertolongan saya berkenaan lakonan sebab tahu saya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun lalu,” ujarnya lagi. Dalam masa sama, Ummi hanya mendoakan terbaik buat Aliff selepas terjebak dengan kontroversi hangat yang melibatkan ramai pihak. “Sebagai rakan kerja, saya hanya mahu terbaik untuk semua orang. Dia dan keluarganya juga tidak pula buat salah dengan saya. “Namun, tiba-tiba ada benda tidak baik terjadi. Saya hanya mahu doakan terbaik dan tak sebarkan aib. “Apabila dapat tahu, saya tiada komen. Saya cuma tahu perkara tersebut melibatkan ramai orang,” jelasnya. Sebelum ini, Ummi pernah berpasangan dengan Aliff dalam drama Dia Dari Syurga yang disiarkan di RTM pada Mac lalu. Sumber – KOSMO! ONLINE |
kerani_je: Jgn tolak offer berlakon dgn a ...
None68 replied at 7-5-2024 11:57 PM
Wartawan ni nak menjebak pulak..nak suruh ramai2 komen..
imransulaiman replied at 8-5-2024 07:45 AM
Dia tolak sebab dia takut dia sendiri terembes.
Malas pula aku bila dia cakap alip minta tolong berk ...
“Dia pun selalu minta pertolongan saya berkenaan lakonan sebab tahu saya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun lalu,” ujarnya lagi.
ADVERTISEMENT