Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa berkongsi detik awal percintaannya dengan suami, Datuk Ahmad Azraf Azman. Menerusi satu sesi soal jawab bersama jenama sebuah produk suplemen, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid memaklumkan dia mula berkenalan dengan suaminya itu menerusi satu pertemuan bersama rakan-rakannya. Menurut Intan, suaminya yang memulakan langkah mengoratnya terlebih dahulu. "Saya kenal dengan suami dari kawan dan kenalan rapat, kami berjumpa dan dari situlah kami mula berkenalan." "Sudah tentu suami saya yang mengorat saya dahulu." "Hello, kita perempuan, kenalah lelaki mengorat kita dulu."
Ketika ditanya mengenai perancangan untuk menimang cahaya mata, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Kekasih Paksa Rela’ ini memaklumkan dia mahu menimang sekurang-kurangnya tiga orang cahaya mata. "Saya nak anak maksimum tiga orang tetapi kita bergantung kepada rezekilah." Sekadar info, Intan dan Azraf selamat mendirikan rumah pada 18 Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah terletak di Johor. Semenjak mendirikan rumah tangga, Intan kerap menjadi perhatian wargamaya apabila dilihat sering dimanjakan Azraf. Sumber: TikTok/OhBulan |
vanillaninja replied at 6-5-2024 03:48 PM
Nampak makin classy ya sheols lepas jadi Datin
tidak_kelihatan replied at 6-5-2024 05:00 PM
Laki dia mcm muka boss aku.
ninajaybee replied at 6-5-2024 05:23 PM
I pulak nampak dia try hard nak potray berduit tp lawak flex placements nya
irvene replied at 6-5-2024 08:11 PM
you slay girl. kita 1 team
lyshafull replied at 6-5-2024 08:17 PM
Dh lama nmpk uols tapi org kata classy
ADVERTISEMENT