CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tawaran jet pejuang KAAN Turkiye untuk tingkat pertahanan udara Malaysia

6-5-2024 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3662| Komen: 4


Kuala Lumpur: Turkiye sedia bekerjasama dengan Malaysia dalam projek pertahanan untuk kepentingan kedua-dua negara dan bersedia menawarkan jet pejuang generasi kelimanya, 'KAAN' dalam membantu memenuhi keperluan pertahanan udara Malaysia.

Setiausaha Industri Pertahanan Turkiye Prof Dr Haluk Gorgun berkata, dengan bergabung tenaga, Malaysia boleh mendapat akses kepada teknologi terkini dan kepakaran, mempercepatkan keupayaan pertahanannya sendiri dan menggalakkan pertumbuhan industri pertahanan tempatan.

Dalam satu temu bual dengan Bernama menerusi emel menjelang Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 selama tiga hari daripada 6 Mei hingga 9 Mei di Kuala Lumpur, Gorgun menekankan manfaat timbal balik daripada perkongsian sedemikian.

"Kami terbuka untuk bekerjasama dengan Malaysia, sebuah negara sahabat dan bersaudara dalam projek pembangunan, termasuk Projek KAAN yang sudah dimulakan oleh Turkiye. Kami juga terbuka untuk berkongsi pengalaman yang kami peroleh daripada Pesawat Latihan Asas Generasi Baharu HURKUS dan pesawat HURJET dengan Malaysia.

 "Turkiye pada masa sama boleh mendapat manfaat daripada sumbangan Malaysia dalam bidang seperti penyelidikan dan pembangunan, keupayaan pembuatan dan pengetahuan serantau," katanya sambil menyatakan keyakinan terhadap kesan positif kerjasama itu terhadap hubungan dua hala dan keselamatan serantau.



Gorgun menyatakan, Turkiye dan Malaysia sudah berjaya bekerjasama dalam projek-projek perolehan langsung, usaha pengeluaran bersama dan aktiviti Pemindahan Teknologi (ToT) di pelbagai platform dan subsistem.

Kerjasama luar biasa ini ditunjukkan oleh projek kenderaan darat seperti Adnan dan Gempita, yang diketuai oleh FNSS, serta radar, sistem senjata dan inisiatif kawalan yang dipandu oleh Aselsan dan penghantaran kenderaan berperisai yang difasilitasi oleh Nurol.

Mengulas lanjut, Gorgun menegaskan, sebagai jet pejuang serba guna, KAAN mahir menjalankan pelbagai misi, termasuk pertempuran udara-ke-udara, serangan udara-ke-darat, pengintipan dan perang elektronik, memberikan Malaysia pilihan serba guna untuk menangani pelbagai cabaran keselamatan.

"Kebolehoperasian KAAN dengan sistem Nato dan potensi pemindahan teknologi memberikan peluang kepada Malaysia untuk menyepadukan pesawat itu dengan lancar ke dalam infrastruktur pertahanannya melalui kerjasama Turkiye.

"Secara keseluruhan, pelaburan dalam KAAN akan meningkatkan penguasaan udara Malaysia dengan ketara, mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala dan menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan serantau di Asia Tenggara," kata beliau.

Pada 21 Februari lalu, ujian penerbangan sulung selama 13 minit oleh jet pejuang generasi kelima Turkiye pertama, KAAN, menarik perhatian media antarabangsa.

KAAN juga dilaporkan hasil usaha selama lebih sedekad daripada Tentera Udara Turkiye dan negara itu menyasarkan KAAN untuk menggantikan armada F-16 Turkiye.

Turkiye ialah satu daripada lima negara di dunia yang boleh membangunkan dan menghasilkan jet pejuang generasi kelima secara bebas, menyertai Amerika Syarikat (AS), Russia, China dan Korea Selatan.

Sementara itu, mengenai DSA dan Natsec, Gorgun berkata, perhimpunan antarabangsa itu akan menjadi platform hebat untuk pertukaran idea bersama antara kedua-dua negara dan untuk rundingan mengenai kerja-kerja bersama yang boleh dilakukan.

 Gorgun berkata, Turkiye sudah mencapai kejayaan ketara di wilayahnya dalam operasi yang dilaksanakan dengan menggunakan hanya peluru domestik, dengan sokongan UAV dan UCAV khususnya, selain sudah mengubah keseimbangan kuasa di wilayah Mediterranean dengan tentera laut dan tentera udaranya.

"Faktor terbesar penyertaan kami dalam DSA 2024 begitu kuat iaitu untuk menunjukkan tahap yang kami capai ke Asia dan untuk memberikan mesej bahawa Turkiye adalah salah seorang pemain utama dalam industri pertahanan dan sedia untuk bekerjasama dengan Malaysia.

"Saya percaya, DSA 2024 akan menjadi platform yang hebat untuk pertukaran idea antara kedua-dua negara dan untuk rundingan mengenai kerja-kerja bersama yang boleh dilakukan.

"Dalam mesyuarat kerjasama industri pertahanan yang akan dijalankan, kami akan mendalami keperluan tentera Malaysia, isu-isu yang boleh dihasilkan bersama dan kami pasti akan membentuk hala tuju kami dari perspektif ini dalam tempoh akan datang," katanya.

Gorgun menyatakan industri pertahanan Turkiye menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi negara itu dengan lebih 3,500 syarikat dan 80,000 pekerja.

Sehubungan itu, lebih 850 projek dan aktiviti berkaitan sudah dilancarkan yang membawa kepada perolehan industri pertahanan sebanyak US$12 bilion, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan melebihi US$2 bilion dan jumlah eksport tahunan mencatatkan rekod sebanyak US$5.5 bilion.

Pada tahun ini, Turkiye sekali lagi muncul sebagai kontinjen terbesar di Pameran DSA dan NATSEC 2024 dengan hampir 70 syarikat termasuk penyertaan Aselsan, Canik, Dearsan Shipyard dan Turkish Aerospace Industries.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 6-5-2024 09:03 PM
tanda2 perang dunia ke 3.
U.S dah bagi kebenaran pada geng utk buat jet sendiri.
tapi Korea selatan & Turki ni dah boleh agak teknogi tu dari mana.
Quote chacon 6-5-2024 11:34 PM
cantik gak jet ni macam jet US je..f35 tu.mantap2 kasi angkat 6 buah dulu
Quote pokokmeranti 7-5-2024 09:07 AM
bukan minat ATM nak pilih macam nie rasanya. mereka lebih memilih super hornet. second hand pun lebih baik utk ganti sukhoi
Quote nusaraya 7-5-2024 12:05 PM
Malaysia jangan hanya sekedar beli saja ....

Saran saya ... sebagai pemimpin umah islam dunia .. Bani Tamim Malaysia sebaiknya bekerja sama dengan Turkiye mengembangkan pesawat pejuang itu lebih baik lagi sehingga menjadi pesawat pejuang islam terbaik di dunia .. mengalahkan pesawat-pesawat pejuang lain milik USA, Russia, Eropa, Korea  etc etc ...

Itulah yang harus dilakukan Bani Tamim Malaysia... mengharumkan nama islam ...

Kami semua yakin Malaysia dan Turkiye mampu melakukan itu dengan mudah ...Hehehehe

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.032321 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top