CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelawak Chiwan kini suami orang

6-5-2024 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5067| Komen: 16


"Kami dah kenal sejak dua tahun lalu dan sudah merancang untuk berkahwin sejak tahun lalu," kata pelawak dan penyampai radio, Chiwan Chilok, 38, yang melangsungkan pernikahan dengan Amira Ayuni Hashim, 27, kelmarin.

Pasangan itu sah bergelar dengan suami isteri dalam majlis pernikahan di Bizmilla Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang, Banting jam 6 petang.

"Tanpa hantaran, mas kahwinnya RM1,000 bersama sebentuk cincin," katanya kepada Harian Metro.

Chiwan yang juga penyampai Suria FM berkata, pada mulanya mereka merancang untuk mengadakan majlis pada Februari lalu.

"Cumanya kerana kekangan waktu, kami terpaksa tangguh dulu sehingga ke bulan ini," katanya.

Menggalas tanggungjawab baru, Chiwan berkongsi rasa bahagia kerana kini sudah bergelar suami dan tidak merancang mengenai cahaya mata, sebaliknya menerima dengan terbuka sekiranya diizinkan Allah dalam tempoh terdekat.

"Saya rasa gembira sebab dah jadi suami. Selepas ini, kalau nak bawa pasangan ke mana-mana, dah tak ada halangan atau orang perkatakan. Memang niat saya nak halalkan dia.

"Rabu nanti saya dah masuk kerja balik. Rancangan untuk bulan madu mungkin pada Aidiladha.

"Kami tak rancang untuk cahaya mata, tapi kalau ada rezeki awal, lebih bagus. Saya pun dah 38 tahun. Jadi, harapannya secepat mungkin," katanya.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farnor 6-5-2024 04:19 PM
Seiras dua pengantin.. Comel lagi. Isteri ko masih muda masih boleh mengandung.. Guwe pun berharap dapat anak secepat mungkin.
Quote Kancilkering 6-5-2024 04:26 PM
Edited by Kancilkering at 6-5-2024 04:28 PM
Farnor replied at 6-5-2024 04:19 PM
Seiras dua pengantin.. Comel lagi. Isteri ko masih muda masih boleh mengandung.. Guwe pun berharap d ...


moga dpt rezeki anak cepat le kome


Quote I.K.A888990 6-5-2024 04:27 PM
tahniah tahniah
Quote Farnor 6-5-2024 08:09 PM
Kancilkering replied at 6-5-2024 04:26 PM
moga dpt rezeki anak cepat le kome

Aamin harap makbul doa tu.
Quote Mary_jane 6-5-2024 08:31 PM
Murah rezeki chiwan. Tahniah mempelai, till jannah.
Quote kerani_je 1-9-2024 06:30 PM
Tahniah chiwan dah dpt baby..tengok ig mak mertua dia..Baby merdeka lagi 31 ogos..Kawin awal bln 5, baby lahir merdeka..
Quote kerani_je 1-9-2024 06:31 PM
Baby chiwan
Quote Glass_shoes 1-9-2024 06:34 PM
Edited by Glass_shoes at 2-9-2024 08:33 AM
kerani_je replied at 1-9-2024 06:31 PM
Baby chiwan


Bkn edisi kalkulator rupanya
Quote galleria23 1-9-2024 06:37 PM
Express betul baby nya. Tak boleh nak husnuzon. Huhuhu
Quote kerani_je 1-9-2024 06:38 PM
Glass_shoes replied at 1-9-2024 06:34 PM
Ha? edisi kalkulator..Apa pon tahniah dpt bayi merdeka

Kat ig dia n wife tak ada post apa2 pun pasal baby ni..tapi wife die mmg pregnant tgk last post tu die surprise kn chiwan ckp kat caption bunting pelamin..Padahal edisi klakulator jelas n nyata..

Biasa org dpt baby merdeka kemain happy siap post bangga bkn senang dpt tarikh cantik..tp chiwan x berani post..
Quote kerani_je 1-9-2024 06:43 PM
galleria23 replied at 1-9-2024 06:37 PM
Express betul baby nya. Tak boleh nak husnuzon. Huhuhu

Nak husnudzon pun x boleh..sbb depa sebelum kawin pun berangkat bercium bagai post kat tiktok..kite yg tgk pun malu..Nasib chiwan ni pelawak sendu..klau famous mesti dah viral..Tp chiwan ni juara mic on celebrity tahun lepas. Tp sbb kat tv awesome org x tgk sgt.
Quote pyaarAmor 1-9-2024 07:01 PM
Tengok elok je diorg ada kat raub ngan kak rara
Quote noiz_phayz 1-9-2024 07:07 PM
Macam bukan je chuols. Deme macam dekat kebun dari semalam tgk kat ig kak rara. Tak nampak perut pon.

1000117435.jpg
Quote LaMia_aiMaL 1-9-2024 11:43 PM
kerani_je replied at 1-9-2024 06:31 PM
Baby chiwan


Tk baik pitonah..Td tgk mil chiwan jwb..ni anak kakaknya la..bini chiwan beranak thn dpn..sekian hakak menyiasat..
Quote gerbera.memopad 1-9-2024 11:56 PM
Amboi, nasib belum ramai forummer keluar kalkulator masing-masing
Quote sangbara2020 2-9-2024 08:04 AM
nasib kalkulator ku rosak

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.052944 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top