CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga AS mengaku miliki bahan pornografi kanak-kanak, video lucah dalam laptop

6-5-2024 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3950| Komen: 9


Langkawi: Lelaki warga Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan video lucah dalam komputer riba, Februari lalu.

Tertuduh, David Matthew Frahm, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Helmi Ghani.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan video lucah di dalam komputer riba di sebuah kediaman di Chogm Villa, Jalan Seri Legenda, di sini, jam 7.10 malam pada 15 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam, Cheow Wee dan Alvin Lau.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Mei depan untuk mitigasi kes dan keputusan hukuman.

Sebelum ini, tertuduh sama turut berhadapan pendakwaan atas kesalahan tinggal melebihi masa ditetapkan apabila tinggal di negara ini selama 1,380 hari.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 6-5-2024 03:24 PM
Mamposlah ko setan!
Quote antikorok 6-5-2024 03:32 PM


Jelmaan Richard Huckle?
Quote shamsadis 6-5-2024 03:32 PM
Sebelum ini, tertuduh sama turut berhadapan pendakwaan atas kesalahan tinggal melebihi masa ditetapkan apabila tinggal di negara ini selama 1,380 hari.
Quote dua_chzy 6-5-2024 07:28 PM
Redskin pedo boleh fren2 dengan beliau.
Quote Redskin 6-5-2024 07:58 PM
Sekolah mana la yg malang, anak murid dapat cikgu Chazey bengap sex maniac.

Cikgu feminist busuk hati, pandai berlakon menyamar isle pulok tu.

Korang kalo nak tahu pasal sex scandal kat sekolah2, tanya cikgu chazey, semua dia tahu, kuat sex.
Quote Ahriman 6-5-2024 10:04 PM
Edited by Ahriman at 6-5-2024 10:08 PM

Laknat la pedo2 sekalian.semoga kau pulak kena sula dalam jail.

Abang iols pernah ckp.zaman dh maju.ko simpan blue dlam phone/laptop jadah apa.semua di hujung jari.ko taip je genre apa semua keluar.
Quote sharlenetexas 6-5-2024 10:13 PM
Edited by sharlenetexas at 6-5-2024 10:15 PM

Kokosen kepam otak jumud tak sedar diri. Pedo. Memang laknatlah orang macam ni.


Quote nanasno 7-5-2024 04:37 PM
macam mana boleh kantoi pulak tu dekat melesia.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.040429 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top