CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penganggur berusia 44 tahun dipenjara 30 hari curi setandan pisang

6-5-2024 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3989| Komen: 9

Gambar sekadar hiasan




Kuala Terengganu: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 30 hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri setandan pisang.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu selepas Wan Mustafa Wan Ab Rahman, 44, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri setandan pisang milik seorang warga emas di sebuah rumah di Kampung Beladau Kolam, Manir di sini, jam 6.50 petang pada 29 April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 29 April lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 6-5-2024 03:41 PM
Sebab nk beli dadah ke sebab miskin?
Quote zehra2 6-5-2024 03:49 PM
mat pit kot.. kalo sekali dua curi pisang tkde nya nk report polis.. ni mesti dah byk kali. akhir nya tertangkap.
org tua tu pun tanam pisang sbb nk berjual.
penat tanam pisang, hasil nya dicuri.
dah ler pokok pisang tu berbuah sekali je.
lain ler.pokok durian puluh tahun boleh berbuah lagi.
Quote kakikuDibibirmu 6-5-2024 03:54 PM
kata bidalan, berkaki ayam,
kalau makan, ajak-ajak ayam;
kalau nak tidur, tidur-tidur ayam,
kalau tak nampak, itu rabun ayam.

makan leher ayam nanti greentea kepala teleng yam...

Quote jejaka_hensem 6-5-2024 03:58 PM
zehra2 replied at 6-5-2024 03:49 PM
mat pit kot.. kalo sekali dua curi pisang tkde nya nk report polis.. ni mesti dah byk kali. akhir ny ...

A'ah kan,pokok pisang,nenas sekali je dorang berbuah.
Lama jugak pulak tu nak nunggu,
Pokok padi pun sama
Quote I.K.A888990 6-5-2024 05:08 PM
dek kerana pisangggg
Quote Belibis 6-5-2024 08:29 PM
zehra2: mat pit kot.. kalo sekali dua  ...

Salah kita jugak..selalu sangat sebut ' jangan sampai pisang berbuah dua kali'..[em:3:]
Quote Gunama 6-5-2024 08:56 PM
Tetiber terase nk mkn cekodok pisang plak.
Quote manjalara_01 7-5-2024 10:36 PM
Tp pedo yg rogol budak 4 tahun d luar tabii tu dibebaskan...[em:6:]

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.187425 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top