Petaling Jaya: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden simbah asid terhadap bintang Selangor FC dan pemain kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Damansara, di sini, semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. "Suspek adalah lelaki berusia 20-an dan akan direman hari ini. "Pada masa sama, kami sudah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal). "Polis juga akan memanggil beberapa saksi bebas bagi membantu siasatan. Motif kejadian masih disiasat," katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Faisal disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya. Sumber : Harian Metro |
spitsid replied at 6-5-2024 02:52 PM
Dkat mall mana kejadian ni uols?
putera_daruna replied at 6-5-2024 03:37 PM
masak la bila kena cekup...
ADVERTISEMENT