CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga beranak lemas: Isteri cuba beri bantuan pernafasan lepas suami timbul

6-5-2024 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9990| Komen: 7


HULU SELANGOR – Suasana hiba menyelubungi ahli keluarga mangsa yang ditemui lemas melibatkan seorang bapa dan dua anak di Sungai Balak, berhampiran Jalan Genting Lama, Batang Kali, di sini hari ini.

Mayat mangsa, Arif Fadzil Abdul Salleh, 43, dan dua anaknya iaitu Damia, 9 dan Abdul Malik, 6 yang dibawa menaiki ambulans tiba di Unit Forensik, Hospital Kuala Kubu Baharu sekitar pukul 4.20 petang tadi.

Tinjauan Kosmo! di sini mendapati, isteri mangsa, Azimah Azaha, 37 bersama ahli keluarga lain dilihat masih terkejut dengan khabar duka itu dan enggan bertemu media.

Pada masa sama, calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu iaitu Pang Sock Tao turut dilihat hadir kira-kira pukul 4.55 petang bagi menziarahi keluarga mangsa sementara calon Perikatan Nasional,o Khairul Azhari Saut tiba selang 30 minit kemudian.

Sementara itu, sepupu mangsa yang dikenali sebagai Juliza memaklumkan, ketika kejadian, Azimah yang berada di tepi sungai cuba mencari dan menarik suaminya.


“Apabila dia nampak suaminya timbul, dia tarik mangsa ke tepi (darat) dan memberikan bantuan pernafasan (CPR) tetapi mangsa tidak memberikan respons.

“Selepas itu, Azimah nampak dua anaknya timbul dan menarik mereka ke tepi sungai namun kedua-duanya sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Juliza memberitahu, Azimah kemudian terus menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan kejadian terbabit.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang bapa dan dua anaknya disahkan meninggal dunia selepas lemas ketika bermandi-manda di Sungai Balak, Batang Kali, tengah hari tadi. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 6-5-2024 08:27 AM
Dalam ke sungai tu
Ke arus deras?
Quote Kitty_catz 6-5-2024 08:55 AM
salam takziah

bila ramai sangat kadang mmg susah nak pantau

jgn kata 7, meols 2,3 ketoi pun bawak kids swimming pool saje

Quote KamikuP 6-5-2024 09:52 AM
sALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA..

Dan dan tu jugak puak2 politik enterframe.. puik
Quote Tiggybiru 6-5-2024 08:50 PM
Innalillah..
Quote stroberi_80 6-5-2024 09:02 PM
Innalillaahi wainna ilaihi rojiun.
Salam takziah.
Quote B40tastePosh 6-5-2024 09:49 PM
Best lagi cari kerang time air surut...aritumeols dgn adik angkat Indon dan pekerja meols kutip seguni kerang

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.094237 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top