CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kopi daun bawang kini trend di China

4-5-2024 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21289| Komen: 29



BEIJING – Sejenis minuman istimewa berupa kopi dibancuh bersama daun bawang semakin menjadi trend di China dan menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen, lapor portal Liputan6.com hari ini. 

Video mengenainya dikongsikan dalam akaun Instagram @mustsharenews. Menu dinamakan ‘scallion latte’ itu semakin popular selepas mencetuskan perdebatan netizen sama ada daun bawang akan merosakkan rasa kopi.

Minuman itu dibuat dengan meletakkan daun bawang cincang di bahagian bawah cawan, kemudian ditambah kopi dan susu dan akhir sekali, daun bawang diletakkan di bahagian atas sebagai hiasan. 

Semakin banyak kedai kopi di China mula mencipta menu baharu itu untuk hiburan di media sosial, namun sebilangan netizen berasa ingin tahu dan kagum dengan rasanya yang unik.

“Daun bawang mengandungi kalsium yang tinggi,” kata seorang netizen.


Kopis tersebut bukan satu-satunya minuman luar biasa  kerana sebelum ini, kopi tiram Guangdong, latte sup daging lembu Ningxia, nasi kopi Shanghai, latte kicap, telur ditambah kepada kopi, dan banyak lagi ramuan kopi unik dihasilkan di China. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolen 4-5-2024 01:26 AM
Euwwww daun bawang dah la kuat bau dan rasa dia..aneh aneh selera diorg nih
Quote alesandra 4-5-2024 05:04 AM
No thanks
Quote kuzaime 4-5-2024 07:30 AM
Entahlah, aku sejenis lantaklah viral cam manapun, kot yg aneh2 aje memang tekak x boleh terima
Quote ninja boy 4-5-2024 08:03 AM
Apa saja boleh buat duit termasuk daun bamboo daun teratai buat tea
Quote Binodino 4-5-2024 08:48 AM
Daun bawang? Demo tak kenal barey. Baik letak daun ketum. Kot boleh naik sampai ke bulan
Quote noor2 4-5-2024 08:53 AM
Sebab dari China.. Cuba dari kopi Zus atau Starbucks yg buat ni....tentu ramai nak..
Quote shernazz 4-5-2024 09:46 AM
Daun Pandan la pulak
Quote krustykrab 4-5-2024 09:56 AM
Mcm malaysia la semua nk ditambah cheese..
Geli tekak aku mcm mn la korg blh makan pisang goreng cheese.
Quote kepompong 4-5-2024 09:56 AM
shernazz replied at 4-5-2024 09:46 AM
Daun Pandan la pulak

daun pandan pernah je dorang buat. tapi pakai monin laa. bukan daun betul2 ... i rasa flavour  scallion ni tkde dibuat oleh monin / torani / giffard

kalau stakat pakai flavour yg available di pasaran, takde la "thrill" nak merasa giteww
Quote slyfynx 4-5-2024 09:57 AM
@CARI-HBZ baru kuar gua ke?
Quote Weller 4-5-2024 02:19 PM
kalau dari negara k possible viral tinggi

walaupun rasa hampeh
huhuhuhu
Quote shernazz 4-5-2024 02:58 PM
kepompong replied at 4-5-2024 09:56 AM
daun pandan pernah je dorang buat. tapi pakai monin laa. bukan daun betul2 ... i rasa flavour  sca ...

Monin tu.rasa dia kuat..

Tapi iols.tak.boleh.la.kopi dok tambah rasa Ni...
Pening.
Hahaha..
Kopi adalah Kopi Saja...
Tambah perasan lain..iols rasa Baik iols minum.ketum
Quote sharlenetexas 4-5-2024 04:19 PM
Tak suka daun bawang. Lagi suka sadri.


Quote liyamariska 4-5-2024 04:26 PM
nape ai terpikir minuman ni akan rasa seperti sup bukan kopi...
Quote I.K.A888990 4-5-2024 04:34 PM
mmg tak lah nak minum benda2 ni
Quote Hoshhi 4-5-2024 10:33 PM
China mmg pelik2
Quote ketambangkang 5-5-2024 11:28 AM
kat kelate pon ade kopi campur telur puyuh mentah..mula2 pelik tp dh byk kali mnm ok je
Quote manamana123 5-5-2024 02:35 PM
Bayangkan bau tu
Quote Tinot7 5-5-2024 02:39 PM
Pakai serai ada tak dibuat sblm ni?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.139857 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top