CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 13 tahun mengaku bersalah bakar anak kucing hidup-hidup

3-5-2024 07:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26687| Komen: 62




Kajang: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membakar anak kucing hidup-hidup di sebuah pangsapuri di sini, minggu lalu.

uvana itu membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.

Mengikut pertuduhan, anak tunggal itu didakwa bersama-sama dua lagi yang masih bebas secara kejamnya menyebabkan kesakitan kepada seekor kucing dengan membakar haiwan itu di sebuah pangsapuri di sini pada jam 1.08 petang, 22 April lalu.

Dia didakwa mengikut 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dia boleh didenda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.


Timbalan Pendakwa Raya Nurul Afiqah Abdul Ghaffar memohon jaminan RM10,000 berikutan kesalahan itu membabitkan penganiayaan haiwan dan berkepentingan awam.

Ibu pesalah juvana itu berusia 30 tahun dalam rayuannya memohon ikat jamin dikurangkan berikutan hanya berpendapatan RM1,500 sebulan sebagai pekerja kilang di sebuah syarikat elektronik dan berstatus ibu tunggal.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Nik Siti Norazlini membenarkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun ini bagi mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum menjatuhkan hukuman.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan tular satu rakaman video berkaitan kejadian itu yang menunjukkan tiga lelaki sedang melepak di tapak parkir motosikal flat berkenaan dan dua daripada mereka kemudian menyimbah dipercayai bahan bakar ke atas anak kucing dianggarkan berusia enam minggu sebelum salah seorang menyalakan api.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi mendapati terdapat tiga lelaki yang terbabit dalam kejadian itu.

Perkara itu turut mendapat perhatian Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika yang mahu tindakan segera diambil pihak berkuasa atas kekejaman itu

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blue_blur 3-5-2024 07:48 PM
ibu 30. anak 13. beranak umur 17, proses sebelum beranak, umur 16 kebawah.........
Quote honeybee1802 3-5-2024 07:55 PM
Kesian tu kesian...tp bebdk ni sekali sekali kena diberi pengajaran jgk...tp iols harap hakim boleh bg hukuman berkelakuan baik...buat keje amal cuci longkang 70 mesjid ke...and kena score study dr f1-f5...kalo dia tak score bg la dia bermlm percuma kt jail 30nhari ke...
Quote shernazz 3-5-2024 08:07 PM
Member iols rupanya handle kes Ni..
Budak Ni Ada kekurangan Masih sayang ke
Quote delia3003 3-5-2024 08:09 PM
Edited by delia3003 at 3-5-2024 08:10 PM

Artikel lain ada bagitau budak ni tak sekolah. Kalau betul, alahai.

Harap dapat tangkap 2 orang lagi.
Quote Minami2013 3-5-2024 08:11 PM
Kecik2 dah jiwa kering... Kesian budak ni. Maybe tak cukup kasih sayang.
Quote LautBiru52 3-5-2024 08:14 PM
Kot ye pun kurang kasih sayang jgn la bakar kucing tu dik
Quote manamana123 3-5-2024 08:17 PM
kesiannya dah lah ibu tunggal , anak macam tu ...
Quote midori888 3-5-2024 09:21 PM
tanda2 awal bakal jd pembunuh org ataupun serial killer....meols dulu2 suka baca kisah2 serial killer, starting diorg mcm nie lah, mula2 bunuh haiwan dulu, bunuh plak dgn kejam, lepas tu bunuh org pulak...
Quote nuryakmal 3-5-2024 09:39 PM
Kesian budak ni, tak sure la. The system failed him or the parent themselves.
Quote lolipopmanish 3-5-2024 09:44 PM
Macam jeffrey dahmer masa kecik bunuh binatang

Dah rasa seronok bila besar bunuh org pulak. Elok diazankan budak ni
Quote I.K.A888990 3-5-2024 09:51 PM
sampai dibakarnya haiwan tu hidup2
apa salah haiwan tu kat kau dik
Quote dua_chzy 3-5-2024 10:05 PM
blue_blur replied at 3-5-2024 11:48 AM
ibu 30. anak 13. beranak umur 17, proses sebelum beranak, umur 16 kebawah.........

Sebab tu anak dia low EQ, IQ.
Quote adm7 3-5-2024 10:05 PM
Bapak nya mana?
Quote dua_chzy 3-5-2024 10:06 PM
shernazz replied at 3-5-2024 12:07 PM
Member iols rupanya handle kes Ni..
Budak Ni Ada kekurangan Masih sayang ke

Bukan. Dia memang psikopath.

Bebudak yang kurang kasih sayang, takkan membunuh mahkluk lain jika tidak berjiwa psikopath.
Quote kotakbaju 3-5-2024 10:07 PM
shernazz replied at 3-5-2024 08:07 PM
Member iols rupanya handle kes Ni..
Budak Ni Ada kekurangan Masih sayang ke

Member uol yang tuan majistret tu ke?

Kekurangan Masih sayang tu hapa? Kekurangan kasih sayang tu tau la
Quote kotakbaju 3-5-2024 10:11 PM
dua_chzy replied at 3-5-2024 10:06 PM
Bukan. Dia memang psikopath.

Bebudak yang kurang kasih sayang, takkan membunuh mahkluk lain jika  ...

Psikopath tu macam suka buat keganasan ke kezaliman camtu ke?

Iols kecik2 dulu penah sekali ambik anak kucin pi bubuh dalam lopak air lumpur. Iols pun taktau kenapa buleh buat camtu. Tetiba pi ambik. Macam nak tengok apa reaksi anak kucin tu. Adakah iols dikira psikopath sekarang tak buat dah.
Quote blue_blur 3-5-2024 10:13 PM
dua_chzy replied at 3-5-2024 10:05 PM
Sebab tu anak dia low EQ, IQ.

kita bole agak macam mana mak dia besarkan anaknye.... kat sekolah pulak, bukan tugas cikgu2 nak mendidik sahsian budak2... hmmm parah....
Quote ninajaybee 3-5-2024 10:13 PM
midori888 replied at 3-5-2024 09:21 PM
tanda2 awal bakal jd pembunuh org ataupun serial killer....meols dulu2 suka baca kisah2 serial kille ...

Ya benar.
Quote Skuau 3-5-2024 10:13 PM
yg ni tak nak latih ke berjuang lwn serail?

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.040933 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top