CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kapal Handala milik FFC ke Eropah Utara, anjur protes tentang kekejaman Israel di Gaza

3-5-2024 07:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16384| Komen: 1


KUALA LUMPUR: Kapal Handala milik Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan belayar ke beberapa negara di utara Eropah sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza dalam misi “For the Children of Gaza”.

Menerusi kenyataan terbaharu FFC, misinya adalah bagi menganjurkan demonstrasi besar-besaran di setiap pelabuhan di Eropah Utara bagi menentang pembunuhan beramai-ramai yang terus berlaku di Gaza.

‘’Demonstrasi besar-besaran adalah bagi menentang pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan ia dijangka akan berlangsung di setiap pelabuhan.

‘’Program ini akan diatur oleh kumpulan aktivis, organisasi, dan individu. Aktiviti antara lain melibatkan ucapan solidariti bersama Palestin, aktiviti kanak-kanak, tarian rakyat Palestin, puisi, nyanyian, dan muzik,’’ katanya.

Tambah kenyataan itu, misi ini antara lain adalah bagi membantah sekatan yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap penduduk di Gaza yang sekali gus menyekat bantuan kemanusiaan masuk ke wilayah bergolak itu.


Ia antara lain bagi mengecam dan mencabar beberapa negara seperti Amerika Syarikat yang terus menerus bersekongkol dengan Israel dalam melakukan kekejaman di Gaza.

‘’Walaupun dunia sudah mendesak agar gencatan senjata yang berkekalan dilaksanakan di Gaza, namun AS dan negara-negara sekutunya terus bertindak menyokong Israel.

“Untuk itu adalah penting untuk menyokong misi ini dalam menunjukkan keganasan dan kezaliman berterusan rejim Zionis di Gaza,’’ kata kenyataan itu.

Selama ini, selama 18 tahun, sekatan yang dilakukan Israel telah menyebabkan 2.3 juta kanak-kanak Palestin di Gaza telah dinafikan hak keselamatan, pendidikan dan kesihatan.

‘’Sejak Oktober 2023, pembunuhan berterusan menyebabkan harapan penduduk di Gaza khususnya kanak-kanak untuk meneruskan kehidupan terus malap.

‘’Beratus-ratus kanak-kanak terbunuh setiap minggu disebabkan serangan Israel yang tidak berperikemanusiaan yang sehingga kini telah menghancurkan hampir 70 peratus rumah di Gaza,’’ tambahnya lagi.

Kapal Handala dijadualkan akan berlabuh di beberapa pelabuhan termasuk Lysekil pada 3 Mei, Gothenburg (4 Mei), Halmstad (6 Mei), Helsingborg (7 Mei) dan Malmo pada 8 sehingga 10 Mei ini sebelum memasuki Laut Mediterranean sebelum berlepas ke Gaza.

Pelancaran semula pelayaran kapal Handala berlangsung seminggu selepas sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat diadakan bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.

Gesaan dibuat menerusi satu kenyataan bersama yang menyebut misi melibatkan tiga kapal ini memiliki hak untuk melalui perairan antarabangsa dan Israel tidak boleh campur tangan dalam misi tersebut.

Malah hak tersebut telah lama termaktub di bawah undang-undang antarabangsa.

Sumber : Astro Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 4-5-2024 10:49 AM
kadang2 orang europe ni lagi tegas tentang isu kemanusiaan ni cuma pemimpin dia je macam cabai

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.035026 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top