KUALA TERENGGANU – Pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid mengalami kecederaan dipercayai akibat disamun di hadapan sebuah apartmen di bandar raya ini malam ini. Beliau yang kelihatan lemah dan memegang kepalanya yang dipercayai dipukul dengan cota telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini. Teman wanitanya, Eyka Farhana yang merupakan selebriti kelihatan menemani Akhyar ke hospital. Difahamkan Eyka Farhana atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 29, ke bandar raya ini untuk meraikan ulang tahun kelahiran Akhyar ke-25. Loading FB Post...
Sementara itu, tinjauan mendapati setakat pukul 11.30 malam, Akhyar masih menerima rawatan di Unit Kecemasan HSNZ. Akhyar yang juga tonggak Harimau Malaya mula menyertai TFC secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Pemain itu juga difahamkan berada dalam perancangan pengendali negara, Kim Pan-gon untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada bulan depan. Sumber – KOSMO! ONLINE |
tepisket.. replied at 3-5-2024 10:10 AM
Player ni x reti jaga aurat eh? Dalm pdg da pakai seluar pendek kat luar pon sama. Btw iols rasa cm ...
Sesuatu… replied at 3-5-2024 02:15 AM
Lawo kereta tu. Suzuki jimny ke tu
Moga cepat sembuh akhyar
Sesuatu…: Lawo kereta tu. Suzuki jimny k ...
mojarean_X replied at 3-5-2024 11:42 AM
Ohh dh x under jdt ke
vanillaninja replied at 3-5-2024 04:11 PM
Kisahnya BF si Eyka Farhana football player rupanya. Masyuk ke heols ni?
antikorok replied at 4-5-2024 03:30 PM
Penyamun sasar kaki Akhyar
Syazwan Msar
antikorok replied at 4-5-2024 03:32 PM
Plot thickens
Serang kaki?
jihyomelly replied at 3-5-2024 06:54 PM
katanya kena samun 5k..tergelak ada komen..eyka memang dok serumah ke sbb memanjang ada sama2
ADVERTISEMENT