CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 juta warga Jakarta akan berpindah ke Nusantara

3-5-2024 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12803| Komen: 88


JAKARTA – Projek ibu negara baharu Indonesia, Nusantara pada masa ini menyaksikan hanya beberapa rangkaian jalan raya dan kerangka luar bangunan siap dibina di Kalimantan, lapor akhbar Daily Mail.

Bagaimanapun, negara kepulauan rantau Asia Tenggara yang mempunyai lebih 275 juta penduduk itu berharap Nusantara akan sedia menempatkan seramai 6,000 penduduk pertama menjelang Oktober tahun ini.

Perkembangan itu berlaku ketika ibu kota lama, Jakarta semakin tenggelam ke dalam laut.

Pada masa ini, 40 peratus kawasan di Jakarta berada di bawah paras laut yang menyaksikan kira-kira 10.6 juta orang di kota mega tersebut (dan 30 juta di kawasan sekitarnya) mungkin terpaksa berpindah.

Masalah itu juga memerlukan penyelesaian jangka panjang yang segera.

Berkaitan Nusantara pula, sebilangan aktivis dan suku kaum tempatan yang menetap di Kalimantan selama beberapa ge­nerasi telah memberi amaran bahawa projek mega itu sudah mula mengganggu alam semula jadi, memotong akses kepada air dan membahayakan nyawa.


Pembinaan Nusantara menelan kos AS$35 bilion (RM166.8 bilion) dan bermula hanya dalam tahun 2022, namun pemerintah berharap ibu kota berkenaan boleh dihuni dalam tempoh beberapa bulan dan siap sepenuh­nya ketika Indonesia menyambut kemerdekaan ke-100 pada 2045.

Seramai 1.9 juta orang dijangka berpindah ke Nusantara dari Jakarta, Pulau Jawa yang terletak kira-kira 2,011 kilometer dari Pulau Borneo berkenaan.

Terletak di pantai timur Pulau Borneo, pihak pemaju hanya mempunyai masa dua tahun untuk membersihkan tanah dan memulakan kerja pembinaan.

Pihak permaju berharap untuk mewujudkan sebuah bandar masa depan yang inovatif dan mesra alam.

Dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah AS$1.32 trilion (RM6.29 trilion) pada tahun 2022, Indonesia pas­tinya mempunyai sumber kewangan kukuh untuk me­nyiapkan projek bercita-cita tinggi itu.

Pemerintah meminta supaya kumpulan pertama terdiri daripada 6,000 penjawat awam pertama berpindah ke Nusantara seawal Oktober 2024 untuk mewujudkan asas kukuh kema­sukan pelaburan swasta, demi­kian menurut Lembaga Permodalan Negara Nusantara.

Wakil-wakil rakyat berharap Nusantara akan dikuasakan secara eksklusif oleh tenaga hijau menjelang tahun ini dengan pembinaan sebuah loji solar berkapasiti 50 megawatt.

Mereka berkata, Nusantara akan mengamalkan konsep ‘bandar rimba’ dengan 75 peratus daripada kawasan metropolis berkenaan dibina di kawasan hijau.

Projek itu mendapat sokongan beberapa nama besar dengan Institut Tony Blair menandatangani memorandum persefahaman untuk membina pusat penyelidikannya di Nusantara pada tahun lepas, demikian menurut akhbar The Jakarta Post.

Sejak pelancaran projek itu, penyokong-penyokong pemuliharaan telah memberi amaran bahawa rancangan untuk membina sebuah bandar raya di dalam hutan Borneo berusia 140 juta tahun itu boleh memberikan kesan buruk kepada hidupan liar tempatan.

Populasi orang utan di Borneo merosot lebih 50 peratus sejak 60 tahun lalu, manakala habitat haiwan itu menyusut sebanyak 55 peratus dalam tempoh dua dekad, demikian menurut Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Profesor Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar di Universiti IPB, Hadi S. Alikodra Bogor berkata, cabaran utama ialah bagaimana untuk mendidik orang ramai mengenai isu tersebut.

Pegawai Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan, Wiranto pula memberi jaminan: “Kami akan secara intensif mendidik pekerja dan semua orang tentang pemuliharaan di bandar rimba ini.”

Pembinaan di kawasan seluas 256,000 hektar itu juga dikatakan mengancam spesies monyet belanda Indonesia yang tidak ditemui di tempat lain di dunia.

Selain Indonesia, tindakan serupa dilakukan oleh negara lain termasuk Malaysia yang memindahkan pentadbiran ke Putrajaya dari Kuala Lumpur, manakala Myanmar menukar ibu kotanya dari Yangon ke Naypyidaw dalam tahun 2006.

Brazil pula memindahkan ibu kotanya dari Rio de Janeiro ke Brasilia pada 1960 sementara Abuja menggantikan Lagos sebagai ibu negara Nigeria dalam tahun 1991. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 3-5-2024 08:48 AM
Ibu kota brazil ialah brazilia?
Abuja ibu kota lama nigeria?

Baru tau
Quote epullipan 3-5-2024 08:57 AM
mantap pelan perancangannya..harap pati2 indon akan beralih tidak menjadi pati di negara orang...cuma berhijrah je ke ibu kota baru
Quote laksmanabentan 3-5-2024 11:26 AM
kurang la orang Jakarta sikit....
Quote BoongaKertas 3-5-2024 11:51 AM
iols teringin nak tahu. since nak pindah sana kan, market real estate jakarta drop tak ek? sbb iols tahu harga condo sana mak aihhh mahal noks.
Quote Sazreena 3-5-2024 12:17 PM
Lagi senang la nak masuk sini...hmm...
Quote Decaffeinated 3-5-2024 12:19 PM
2 juta acik gomen.

Kalau perangai macam acik gomen malaya, bank rakyat sila buka cawangan cepat2.
Quote salimrock 3-5-2024 12:24 PM
jakarta dah padat,


ye la kalimantan tu pn besar juga, tak silap sykt di malaysia pn ada bukak ladang kt kalimantan...


mgkn berberapa tahun kebelakangan ni, kalimantan asik bakar hutan je, mgkn sebab nak bukak ladang sawit dan ibukota baru nusantara
Quote antikorok 3-5-2024 12:25 PM
Calling for Priskies dan Nusaroyak. Tengah kemas2 beg nak pindah ibu kota baharu ke tewwww?
Quote she 3-5-2024 01:50 PM
Tak sabar nak tunggu bandar baharu siap nanti
Nak tengok perkembangan Borneo
Harap2 bagi impak
Quote Dwdrum 3-5-2024 01:57 PM
Harap tidak jadi seperti naypidaw jadi ghost capital apabila junta tukar location dari yangon.... Hanya gomen servants saja di sana... Marhein still pilih tinggal di yangon untuk economy centre
Quote gekkou 3-5-2024 01:59 PM
cabaran utama ialah bagaimana untuk mendidik orang ramai mengenai isu tersebut.


cabaran ini tergunapakai untuk malaysia guna
benda paling mudah
buang sampah dalam tong sampah pun tak mampu nk buat
Quote Ahriman 3-5-2024 02:35 PM
Jerebu incoming.sukaneka anjuran Indonesia.
bakar jngn tk bakar.
Quote LautBiru52 3-5-2024 02:39 PM
pindah sana takpa. jgn datang sini sudah.
Quote shernazz 3-5-2024 02:57 PM
Tinot7 replied at 3-5-2024 08:48 AM
Ibu kota brazil ialah brazilia?
Abuja ibu kota lama nigeria?



Mesti uols ingat ibu negara Brazil adalah Rio de Janeiro kan....hahahah
Quote saden 3-5-2024 03:36 PM
ibunegara canada ialah Ottawa. ibunegara australia ialah Canberra. ibunegara malaysia ialah Putrajaya. harap maklong
Quote gideoncross 3-5-2024 04:03 PM
BoongaKertas replied at 3-5-2024 11:51 AM
iols teringin nak tahu. since nak pindah sana kan, market real estate jakarta drop tak ek? sbb iols  ...

Aiol prnh tngok video kat TT psl apartment kat Jakarta, dh mcm kat NYC uol
Quote gideoncross 3-5-2024 04:03 PM
antikorok replied at 3-5-2024 12:25 PM
Calling for Priskies dan Nusaroyak. Tengah kemas2 beg nak pindah ibu kota baharu ke tewwww?

@Friska

Mohon muncul
Quote cicicumel 3-5-2024 04:10 PM
gideoncross replied at 3-5-2024 04:03 PM
Aiol prnh tngok video kat TT psl apartment kat Jakarta, dh mcm kat NYC uol

Rumah2 kat Jakarta jauh lebih cantik dan estetik compare to KL.iols buat rumah pon byk refer deko indo punya TT dan UTube.
Quote sharlenetexas 3-5-2024 04:19 PM
Mall apa yg ada kat sana?


Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.044629 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top