Miley Cyrus dari usia 14 tahun hingga kini terlalu banyak transformasi yang berlaku kepadanya. Miley Cyrus bermula dengan kejayaan lakonan cemerlangnya dalam siri Disney Hannah Montana dan sejak dari itu dia mendapat perhatian dunia. Malah, sejak itu juga dunia mengikuti ‘fashion sense’ nya. Banyak perubahan yang dapat kita lihat tetapi yang paling ketara adalah gaya fesyen dan juga potongan rambut. Pengkritik fesyen mengatakan fesyen Miley pada masa kini terlalu liar dan tidak sesuai dengan imej Hannah Montana. Malah, dia masih lagi ikon bagi kanak-kanak kecil yang sukakan Miley menerusi Hannah Montana. Jadi, apabila berimej sedemikian ia mungkin tidak sesuai. Rambutnya dari ikal mayang dipotong pendek. Ada yang mengkritik positif malah ada juga yang negatif. Tapi pada saya, rambut Miley sangat stailo dan saya tabik ‘spring’ Miley potong pendek sedemikian daripada rambut asalnya panjang mengurai. Jom tengok timeline Miley Cyrus dari awal pembabitan di Hollywood sehingga kini. 2006 2007 2008 2011 2012 2013
|
ADVERTISEMENT