PETALING JAYA – Kerajaan akan terus memantau kadar inflasi dan impaknya kepada negara susulan daripada pengumuman gaji penjawat awam yang dibuat hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan meneliti pelaksanaan, pengawalan dan pengeluaran kenaikan gaji tersebut. “Pemantauan harus dikemas, sebab itu kenaikan itu berperingkat bermula Disember dan ke tahun berikutnya. Kalau ada naik pun, naik dalam keadaan terkawal. “Seperti yang kita tahu inflasi di negara kita paling rendah di Asia, jadi kita jangkakan kenaikan sedikit boleh diterima dan kenaikan agak tinggi itu akan membebankan rakyat,” katanya dalam program Soal Jawab Perdana Menteri malam ini. Dalam pada itu, disoal mengenai langkah yang diambil oleh kerajaan dalam isu kos sara hidup yang lebih adil untuk rakyat Malaysia Anwar berkata, kerajaan tidak memandang ringan beban dihadapi rakyat.
“Setiap mesyuarat jemaah menteri kita tekankan, kos sara hidup itu seolah-olah agenda tetap sebab kita tidak memandang ringan rakyat terbeban. “Sebab itu, kita beri subsidi padi naik dari RM350 ke RM500, pekebun kecil getah naik, nelayan naik, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) naik, RM10 bilion untuk tahun 2024,” ujarnya. Sumber – KOSMO! ONLINE. |
tungkai replied at 2-5-2024 03:57 PM
PADU apa cerita..?? Kata nak deploy subsidi bersasar? Website PADU pun dah tak boleh access. Ke kena ...
Zazama replied at 3-5-2024 12:39 AM
Adakah atau apakah mataku tersilap di mana-mana? Atau apakah daku masih bermimpi?
plywood: Kemarin aku makan direstoran m ...
chacon replied at 2-5-2024 02:50 PM
pantau jeke..harga barang tak turun2
Triple_8 replied at 2-5-2024 10:13 PM
Bukan scam tetapi idea separuh masak kerajaan PH. Sekarang lebih baik yang sudah isi itu berdoa ag ...
ADVERTISEMENT