CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Suami sempat bagi tuala je" - Wanita gelabah bilik hotel diserbu pukul 2 pagi, nak tangkap khalwat tapi tak tunjuk kad kuasa

1-5-2024 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22433| Komen: 93


Seorang wanita berkongsi kisah mengenai dirinya dan suami dituduh berkhalwat disebuah hotel. Pintu biliknya diketuk sekumpulan individu tidak dikenali pada jam 2 pagi.

"Lawak juga, tak pasal je kena tangkap basah. Berangin la suami yang baru lelap tiba-tiba dikejutkan. Entah siapa buat serbuan semua bilik kat hotel ni.”

"Katanya nak periksa konon ada yang berzina dekat hotel ni. Mengaku ada kuasa nak periksa. Tapi tak nampak pula ada polis atau kakitangan hotel yang mengiringi mereka.”

Kemudian, keadaan menjadi lebih tegang apabila sekumpulan individu itu berkeras untuk membuat pemeriksaan tanpa senatang dokumen sokongan atau kad kuasa.

"Suami mula tanya elok je. Tapi mereka berkeras nak masuk bilik kami. Suami tanya siapa yang iringi mereka. Mereka kata ada kuasa nak masuk dan soal siasat kami dalam bilik hotel.”

“Esoknya ramai mengadu kat receptionist...baru tahu mereka main redah masuk serbu semua bilik.”


"Suara suami makin tinggi bertanya tentang kuasa apa mereka ada untuk masuk bilik kami. Tiba-tiba jurucakap sekumpulan 'mangkuk hayun' ni buat suara tinggi juga.”

"Sementara itu, bini yang serba-salah ni tak tahu nak pakai apa sebab suami cuma bagi sehelai tuala je. Dalam keadaan mamai berfikir, kat folder mana aku simpan sijil nikah yang aku scan masuk dalam telefon.”

"Aku jerit kat suami suruh bagi mereka masuk. Siap tanya apa tujuan nak periksa. Suara tu memang ala-ala cikgu tanya students kenapa tak buat kerja sekolah? Dua ke tiga kali aku tanya.”

"Akhirnya mereka cakap tak ada apa-apa dan blah. Aih lega. Suami pula payah la nak tidur lepas tu. Dah la kami baru sampai waktu Maghrib sebelum tu dari Banting.”

"Esoknya ramai mengadu kat receptionist. Baru tahu mereka main redah masuk serbu semua bilik. Satu pasangan makcik dan pakcik ni, telefon kena rampas sebab rakam muka mereka. Paksa mereka delete video.

Menyirap darah dengar.”

Kredit: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 1-5-2024 12:01 AM
Sialnya perangai..
Quote Perwira2022 1-5-2024 12:15 AM
Siapakah mereka? Betul ke penguatkuasa jabatan agama? Atau boleh je jadi pihak yg menyamar penguatkuasa jabatan agama bertujuan untuk memburukkan nama baik jabatan agama.

Faham2 sajalah parti politik pro maksiat & LGBT tertentu kan paling benci kerja jabatan agama menegakkan amar makruf nahi mungkar.
Quote dani-rox 1-5-2024 12:28 AM
nasib baik tak buka pintu. entah2 penyamun ke, geng perogol ke... harap hotel (atau sebenarnya tahap motel?) ada cctv.
Quote pocongkiutss 1-5-2024 02:29 AM
Nak tau satu jah..lokasi kat mana
Quote stingergrumpy 1-5-2024 05:07 AM
Perwira2022 replied at 1-5-2024 12:15 AM
Siapakah mereka? Betul ke penguatkuasa jabatan agama? Atau boleh je jadi pihak yg menyamar penguatku ...

Kalau sangsi..pi buat laporan polis ler baghal....biar polis tangkap polis(penguatkuasa jab agama)#demamsheriff....
Quote ultra78 1-5-2024 06:39 AM
Mangsa tu patut buat laporan polis,bukan sekadar mengadu di receptionist. Entah-entah orang menyamar untuk merompak ke. Jika betul mereka pegawai jabatan agama, mereka masih kena ikut SOP
Quote Samerosie 1-5-2024 07:58 AM
Gambar atas tu gambar dr time kejadian ke, ke gambar hiasan.  Kenapa tangan yg tampung dinding tu mc tangan budak sekolah?
Quote midori888 1-5-2024 08:46 AM
jappp...laki bini kalu tido hotel, mmg tido bogel ker?
Quote otai_g 1-5-2024 09:15 AM
Gang2 konon Amar maaruf la ni. Ko pg la serbu kat tmpt public tmn bunga ke, tepi pantai ke. Knp nak serbu kat tmpt privacy org? Ini bkn ajaran Islam sbnr.

Dibuatnya tgh serbu pastu ternmpk si perempuan yg terdedah, naik sheikh plk tkg serbu tu. Ada je Kes mcm ni berlaku.
Quote anony-mous 1-5-2024 09:41 AM
Confuse baca cerita ni, yg cerita ni tgh bogel ke? Tp laki dah tdo?
Quote anony-mous 1-5-2024 09:43 AM
midori888 replied at 1-5-2024 08:46 AM
jappp...laki bini kalu tido hotel, mmg tido bogel ker?

The 1st thing yg crossed my mind masa baca smlm. Dah la dia pi share dkt fb dia. I yg rasa malu. Xgeli ke tdo bogel dkt hotel murah?
Quote kotakbaju 1-5-2024 10:01 AM
midori888 replied at 1-5-2024 08:46 AM
jappp...laki bini kalu tido hotel, mmg tido bogel ker?

Aduhh soalan pun lagi mau tanya. Mesti uols belum kawin lagi.

Hotel mana ni pakai main kacau privacy orang dalam bilik nak rehat2.
Quote matamata 1-5-2024 10:06 AM
mStar punya laporan mana ada kredibiliti....main petik je...sahih ke tidak belakang cerita...sama la dgn wartawan CARI ni
Quote Firenzza 1-5-2024 10:23 AM
otai_g replied at 1-5-2024 09:15 AM
Gang2 konon Amar maaruf la ni. Ko pg la serbu kat tmpt public tmn bunga ke, tepi pantai ke. Knp nak  ...

Pernah berlaku, so called penguatkuasa bawak pompuan berdua naik keta konon nk buat report, ujong2 kt tgh jln pak aji kulop pun x tahan air dh naik kepala teruih dirogol pompuan tuh.

Quote Belibis 1-5-2024 10:25 AM
anony-mous: Confuse baca cerita ni, yg cer ...

Sangka baik jer..tido bogel lepas selesai tugas.[em:3:]
Quote imanjannah 1-5-2024 10:37 AM
hotel yg selalu aku pegi, nk naik ke atas kena ada card utk scan..
Quote kitmal 1-5-2024 10:39 AM
cuma berlaku pada hotel 2 bintang ke bawah..ada berani buat kat hotel 5 bintang>???
Quote Ahriman 1-5-2024 10:44 AM
Iols tetiba teringat baru2 ni salah seorng porummer cerita pengalaman,ajak wife buat projek kat hotel sbb MIL bertandang dekat rumah.
Lupa dh porummer yang mana.
Quote dagusengett 1-5-2024 10:48 AM
Ahriman replied at 1-5-2024 10:44 AM
Iols tetiba teringat baru2 ni salah seorng porummer cerita pengalaman,ajak wife buat projek kat hote ...

Dah la hotel oyo
Lagi tinggi risiko kena kot gini

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.042413 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top