PETALING JAYA – Selepas mencetuskan fenomena dalam dunia penyiaran radio tanah air dan terbaharu ‘mengikat’ janji dengan penerbit Erma Fatima, nama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin atau KJ terus meniti di bibir ramai wanita.
Pengacara dan pelakon Adriana Adnan turut mendambakan untuk berdampingan dengan Khairy, 48, yang disifatkan mempunyai karisma tersendiri sebagai tetamu jemputan audio siar atau podcast kendaliannya, Ruang Terbuka. “Dream guest (tetamu jemputan) yang sangat-sangat saya ingin jemput dalam Ruang Terbuka adalah KJ. “Mana tahu Ruang Terbuka featuring Keluar Sekejap (podcast kendalian KJ dan Shahril Hamdan). Kita boleh berangan-angan,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Multimedia Entertainment baru-baru ini. Menurut bekes pengacara program Hlive itu lagi, kalau politik digabungkan dengan dunia hiburan, itu satu menjadi satu nilai tambah buat dunia penerbitan podcast yang kini kian berkembang sekarang. “Bercerita tetang politik dan kita gabungkan dengan show biz (dunia hiburan) pasti menarik. “KJ pun sekarang dah jadi figura terkenal atau selebriti. Jadi, saya memang teringin nak dengar cerita KJ,” jelasnya lagi. Ruang Terbuka merupakan podcast kendalian dan diterbitkan Adriana sendiri dengan kerjasama FYP Entertainment yang mula bersiaran bermula Mac lalu. Baru-baru ini, KJ yang merupakan penyampai radio Hot FM bersetuju berlakon di bawah karya arahan atau terbitan Erma Fatima untuk projek dramanya yang akan datang. Sumber – KOSMO! ONLINE
|
krustykrab: Tk takut ke dgn bini kj
sharlenetexas replied at 30-4-2024 03:43 PM
Ehhh tarik rambut dulu dgn tasha gerga.
j3m4h replied at 1-5-2024 12:35 AM
Why perlu takut with noury? Kj ni dominant..king control…kaki flirt…he always portrayed himself a ...
ADVERTISEMENT